Bahamas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Koordinat: 25°4′N 77°20′W / 25.067°N 77.333°W / 25.067; -77.333

Komanwel Bahamas
کومنويل باهامس

Commonwealth of The Bahamas  (Bahasa Inggeris)
Flag of Bahamas
Jata Bahamas
Bendera Jata
Cogan kataForward Upward Onward Together
Mara Ke Hadapan Bersama-sama (terjemahan)
Lagu kebangsaanMarch On, Bahamaland
Lagu diraja: God Save the Queen
Lokasi Bahamas
Ibu negara
dan Bandar terbesar
Nassau
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
KerajaanKomanwel
• Monarki
Charles III
Sir Cornelius A. Smith
Philip Davis
Badan perundanganParlimen
Senat
Dewan Perhimpunan
Kemerdekaan
• daripada United Kingdom
10 Julai 1973
Keluasan
• Jumlah
13,878 km2 (5,358 bt2) (ke-155)
• Perairan (%)
28%
Populasi
• Perkiraan 2022
400,516 (ke-177)
• Bancian Penduduk 2018
385,637
25.21/km2 (65.3/sq mi) (ke-181)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$16.130 billion[1] (ke-148)
$40,274[1] (ke-40)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$12.803 billion[1] (ke-130)
$32,077[1] (ke-26)
Mata wangDolar Bahamas (BSD) Dolar Amerika Syarikat (USD)
Zon waktuEST
(UTC−5)
• Musim panas (DST)
UTC−4 (EDT)
Bahagian memandukiri
Kod panggilan1-242
Kode ISO 3166BS
DPT internet.bs

Bahamas, secara rasminya Komanwel Bahamas (Bahasa Inggeris: Commonwealth of the Bahamas) merupakan sebuah negara yang terletak dalam Kepulauan Lucayan di rantau Hindia Barat di Lautan Atlantik. Ia terdiri daripada 97% keluasan tanah Kepulauan Lucayan dan dihuni oleh 88% penduduk kepulauan tersebut. Ibu Negara Bahamas ialah Nassau yang terletak di Pulau New Providence.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum kedatangan penjajah, Orang Taino berpindah masuk ke pulau-pulau selatan yang tiada penduduk dari Amerika Selatan melalui Hispaniola dan Cuba pada 1000 Tahun Masihi dan dikenali sebagai Orang Lucayan.[2] Semasa ketibaan Christopher Colombus di San Savador pada tahun 1492, sekitar 30,000 Orang Lucayan menduduki Kepulauan Bahamas.[3] Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494 yang membahagikan wilayah-wilayah baharu di kalangan Kerajaan Kastilla dan Kerajaan Portugal, meletakkan Kepulauan Bahamas dalam lingkungan Sepanyol. Pihak Sepanyol kemudiannya menghantar orang Lucayan ke Hispaniola untuk dijadikan hamba, dan sebahagian besar Kepulauan Bahamas menjadi sunyi dari tahun 1513 hingga tahun 1648 disebabkan hampir kesemua orang asli Bahamas dipindahkan secara paksaan melalui penghambaan atau mati disebabkan penyakit yang dibawa oleh orang Eropah ke pulau tersebut. Bahamas menjadi Jajahan Mahkota British pada tahun 1718 dan mencapai kemerdekaan pada tahun 1973.

Kerajaan dan politik[sunting | sunting sumber]

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

31 Daerah-daerah di Bahamas ditadbir oleh kerajaan tempatan masing-masing, manakala New Providence yang mengandungi lebih daripada 70 peratus daripada seluruh penduduk di Bahamas ditadbir secara terus oleh kerajaan pusat.[4]

Daerah-daerah Bahamas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2019. Dicapai pada 25 April 2019.
  2. ^ "Encyclopedia Britannica – The Bahamas". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2021. Dicapai pada 22 July 2019.
  3. ^ Keegan, William F. (1992). The people who discovered Columbus: the prehistory of the Bahamas. Jay I. Kislak Reference Collection (Library of Congress). Gainesville: University Press of Florida. m/s. 25, 54–8, 86, 170–3. ISBN 0-8130-1137-X. OCLC 25317702.
  4. ^ "Bahama Island Information". www.bahamaislands.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2021. Dicapai pada 4 February 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]