Oscar Niemeyer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Oscar Niemeyer
Oscar Niemeyer 1968b.jpg
Oscar Niemeyer in 1968
Maklumat peribadi
Kewarganegaraan Brazil
Lahir Oscar Ribeiro de Almeida Niemeyer Soares Filho
(1907-12-15)15 Disember 1907
Rio de Janeiro, Brazil
Meninggal dunia 5 Disember 2012(2012-12-05) (umur 104)
Rio de Janeiro, Brazil
Alma mater Escola Nacional de Belas Artes (1934)
Universiti Persekutuan Rio de Janeiro
Hasil kerja
Bangunan
Projek Muzium Seni Moden Caracas
Anugerah

Oscar Ribeiro de Almeida Niemeyer Soares Filho (15 Disember 1907 – 5 Disember 2012), dikenali sebagai Oscar Niemeyer ( disebut [oskaʁ ni.e'majeʁ]), adalah seorang jurubina warga Brazil dianggap sebagai salah satu tokoh-tokoh utama dalam pembangunan seni bina moden. Niemeyer begitu dikenali kerana reka bentuk beliau untuk bangunan-bangunan awam di Brasilia, sebuah kota terancang yang turut menjadi ibu negara baru Brazil pada tahun 1960, serta kerjasamanya dengan arkitek-arkitek lain mereka bentuk ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Penerokaannya mendalami potensi estetika seni dalam binaan konkrit sangat berpengaruh dalam ilmu seni bina pada abad ke-20 dan awal abad ke-21.

Ringkasan hidup[sunting | sunting sumber]

Niemeyer mendapat pengajiannya di Escola Nacional de Belas Artes di Universiti Persekutuan Rio de Janeiro, dan beliau bekerja di balai tipografi ayahnya selepas menamatkan pengajiannya serta sebagai seorang pelukis pelan untuk syarikat-syarikat seni bina tempatan. Pada tahun 1930-an, beliau bekerja di bawah Lúcio Costa dan berkerjasama mereka bentuk bangunan pemerintah Palácio Gustavo Capanema di Rio de Janeiro. Projek utama pertama Niemeyer merupakan satu deretan bangunan untuk Pampulha, sebuah kawasan subbandar terancang di utara Belo Horizonte. Kerja-kerjanya, terutama untuk Gereja Santo Fransiscus dari Assisi, menerima pujian para pengkritik dan menarik perhatian antarabangsa. Sepanjang tahun 1940-an dan tahun 1950-an, Niemeyer menjadi salah satu jurubina Brazil yang paling produktif, dengan beliau sering bekerja di dalam dan di luar negara. Ini termasuk reka bentuk Edifício Copan (bangunan kediaman besar di São Paulo) dan satu projek bersama dengan Le Corbusier serta beberapa orang lain) di ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang turut mendapat jemputan untuk mengajar di Universiti Yale dan Sekolah Reka Bentuk Lulusan Harvard.

Penglibatannya dalam pelan kota Brasília[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1956, Niemeyer dipelawa oleh presiden Brazil yang baru iaitu Juscelino Kubitschek untuk mereka bentuk bangunan awam di ibu negara Brazil yang baru terletak di tengah-tengah negara ini jauh dari kota-kota yang sedia ada. Reka bentuknya untuk bangunan-bangunan Kongres Kebangsaan Brazil, Katedral Brasilia, Palácio da Alvorada, Palácio Planalto dan Mahkamah Agung Persekutuan —kesemuanya direka pada tahun 1960— berunsurkan eksperimental dan dihubungkan oleh unsur reka bentuk yang sama. Kerja-kerja ini membawa kepada pelantikannya sebagai ketua jurubina pertama Universiti Brasilia, serta ahli kehormat Institut Jurubina Amerika Syarikat.

Sokongan Niemeyer terhadap fahaman politik berhaluan kiri ideologi dan keterlibatannya dengan Parti Komunis Brazil (PCB) menyebabkannya meninggalkan negara selepas kudeta tentera 1964 dan membuka sebuah pejabat di Paris. Beliau kembali ke Brazil dalam tahun 1985, dan telah dianugerahi Hadiah Seni Bina Pritzker yang berprestij pada tahun 1988. Niemeyer yang berfahaman sosialis sejak kecil telah menghabiskan masa dalam buangannya di Cuba dan Kesatuan Soviet, dan beliau kembali bertugas sebagai presiden PCB dari tahun 1992 jingga 1996.

Usia tua[sunting | sunting sumber]

Niemeyer terus bekerja pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, terlibat terutamanya mereka bentuk Museum Seni Kontemporari Niterói (1996) dan Muzium Oscar Niemeyer (2002). Beliau telah terlibat dalam kira-kira 600 projek sepanjang 78 tahun kerjayanya.[1] Niemeyer meninggal dunia di Rio de Janeiro ketika usianya 104 tahun pada 5 Disember 2012, sepuluh hari sebelum hari jadinya yang ke-105.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Curtis, William J. R. (7 Disember 2012). "Oscar Niemeyer: architects and critics pay tribute", The Guardian

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Niemeyer, Oscar (2000). The Curves of Time: The Memoirs of Oscar Niemeyer. London: Phaidon. ISBN 0714840076. 
  • Emery, Marc (1983). Furniture by Architects. New York: Harry N. Abrams.  Check date values in: |access-date= (bantuan);
  • Oscar Niemeyer, un architecte engagé dans le siècle (arahan Marc-Henri Wajnberg, tahun 2001, 60 minit)
  • A Vida É Um Sopro ("Hidup Merupakan Sebuah Nafas Dari Udara") (arahan Fabiano Maciel, 2007)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]