Osman Botak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Osman Botak
Kelahiran
Osman bin Mohd Amin

1922 (1922)
Meninggal dunia1981 (berumur 58–59)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1959–1981

Osman Botak atau nama sebenarnya Osman bin Mohd Amin (1922 – 1981) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau dikenali setelah membintangi filem 6 Jahanam arahan P. Ramlee.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Osman Botak telah memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon tambahan pada tahun 1959 menerusi filem Musang Berjanggut arahan P. Ramlee Kemudian beliau diberi watak agak penting dalam filem Samseng arahan Ramon A. Estella. Sebelum beliau terlebih dahulu menyertai kumpulan muzik bersama Osman Ahmad dan Yusof B sebagai pemain trumpet.

Sekitar tahun 1960-an Osman Botak merupakan ketua kumpulan samseng Melayu di sekitar kawasan Chow Kit dan Kampung Baru, disamping menjadi pelakon pembantu di Studio Merdeka. Apabila P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1964, beliau telah mempelawa Osman Botak untuk berlakon dalam filem arahannya. Osman Botak juga pernah ketua keselamatan di Pawagam P. Ramlee di awal pembukaannya.

Antara filem lakonan Osman Botak ketika di Singapura seperti Musang Berjanggut, Raja Laksamana Bentan dan Dandan Setia. Di Studio Merdeka, Kuala Lumpur, Osman Botak terlibat seperti dalam filem seperti Kanchan Tirana, Jangan Tinggal Daku, Penyamun Si Bongkok, 6 Jahanam, Laksamana Do Re Mi dan beberapa lagi buah filem.[1][2][3][4]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1981 di usia 58 atau 59 tahun.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Majalah Filem
  • Kenangan Abadi P. Ramlee - Ramli Ismail
  • Temubual bersama Ramli Ismail pada 1998
  • Utusan Radio & TV
  • Varia Filem

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Klasik, Filem Melayu. "Osman Botak : Daripada samseng menjadi pelakon". X-PLORASI. Dicapai pada 2024-04-17.
  2. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-17.
  3. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-17.
  4. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]