6 Jahanam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
6 Jahanam
6Jahanam.gif
Pengarah P. Ramlee
Penerbit Merdeka Film Productions
Penulis P. Ramlee
Dibintangi oleh P. Ramlee, Nor Azizah, Yusoff Latif, Idris Hashim
Muzik oleh P. Ramlee
Sinematografi Hitam-putih
Disunting oleh Johari Ibrahim
Pengedar Shaw Organizations
Mula ditayangkan
1969
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Filem 6 Jahanam merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1969. Filem 6 Jahanam diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem 6 Jahanam diarah oleh pengarah P. Ramlee pada tahun 1969.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Di sebuah kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka. Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak, mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan tersebut. Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di kampung Pekan Menara. Di situ tinggal saudagar Tantari bersama isterinya Masmera. Tantari membuka kedai menjual pakaian dan kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar atas urusan perniagaan yang penting. Secara kebetulan, Tantari dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang gambar untuk mengambil gambar mereka berdua. Oleh kerana Tantari tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. Tukang gambar tersebut telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut dibunuh. Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia. Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya. Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. Dalam perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi yang muncul secara mencurigakan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. P. Ramlee sebagai Tantari
  2. Nor Azizah sebagai Masmera / Mastika
  3. Yusof Latiff sebagai Laksamana Damburi
  4. Sharif Babu sebagai Mumbala
  5. Ahmad Dadida sebagai Karambit
  6. Ibrahim Sabtu sebagai Jagindas
  7. Kamal Idris sebagai Katipang
  8. Osman Md. Amin sebagai Paragas
  9. J. B. Yusof sebagai Sujamang
  10. Idris Hashim sebagai Mahaguru Sanggabuana (ayah Masmera dan Mastika)
  11. Minah Hashim sebagai isteri Sanggabuana
  12. Karim Latiff
  13. Yusuff Bujang

Lagu[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]