Toyol (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Toyol
PengarahMalek Selamat
Dihasilkan olehDeddy M. Borhan
Dibintangi
Disunting olehHashim Hamzah
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
1980
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Toyol merupakan sebuah filem Melayu genre seram yang diterbitkan di Malaysia pada 1980. Filem Toyol diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Toyol mula ditayangkan pada 1980 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Sidek Hussain, Rohani Yahya dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Toyol diarah oleh pengarah Malek Selamat pada 1980.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Sebuah kampung diganggu oleh toyol yang dipelihara oleh seorang lelaki pemalas, Bachok. Kehidupannya sering dilanda masalah kewangan. Keadaan bertambah runcing apabila keluarganya di kampung memerlukan wang. Dia tidak lagi dapat meminjam wang kerana hutangnya terlalu banyak, tiba-tiba terdengar suara menyatakan dapat menolongnya dengan syarat dia dapat memenuhi beberapa permintaan suara itu. Setelah bersetuju maka setiap malam kampung itu digemparkan dengan kejadian toyol memasuki rumah dan kehilangan wang ringgit. Orang-orang kampung berpakat sesama mereka dengan mengadakan pasukan kawalan pada setiap malam bagi menangkap toyol itu. Dengan bantuan bomoh, akhirnya toyol itu dapat dihapuskan. Bachok yang membela toyol itu juga turut terkorban kerana dia tidak dapat memenuhi janji toyol tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Lanchang Kuning, nyanyian oleh Jamal Abdillah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]