P.O.P

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
P.O.P
Juga dikenali sebagai
P.R.Inc
Berasal dariSabah, Malaysia
GenrePop, soul, RnB
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
Cat Presents Production
AhliAye, Benn, Aegy, Vin
Bekas ahliFiez

P.O.P, singkatan bagi Prince of Pop ialah sebuah boyband Malaysia yang terdiri daripada empat orang anggota. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan nama Triple Prince, kemudian menukar nama kepada Da'PrinZ pada tahun 2007.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

P.O.P bermula pada tahun 2006 dengan dua buah kumpulan berlainan yang bergabung untuk menyertai sebuah rancangan realiti iaitu Gang Starz dan menggelarkan diri mereka sebagai Triple Prince. Setelah gagal dalam percubaan pertama, mereka kembali ke rancangan tersebut dengan nama baru; Da'PrinZ untuk mencuba nasib buat kali kedua pada tahun 2007. Dengan nama Da'PrinZ, mereka telah merakamkan EP berbahasa Dusun berjudul Ada Hiivai Dandi Toh Nung Noilaan Ku dan aktif mengadakan persembahan dari daerah ke daerah di sekitar Sabah.

Pada tahun 2010, mereka telah dilamar oleh Cat Farish yang menemui mereka menerusi YouTube. Single pertama mereka telah digunakan dalam runut bunyi drama Seribu Kali Cinta yang disiarkan dalam slot Akasia TV3. Cat Farish telah menukar nama mereka kepada P.R.Inc dan kemudian kepada P.O.P, nama yang digunakan sekarang.

Dalam tahun 2011, 8 April, mereka telah membuat debut dalam rancangan Malaysia Hari Ini sebagai tetamu rancangan TV3 tersebut.

Anggota[sunting | sunting sumber]

  • Allen Max Ambrose Mudi lahir pada (1987-05-19) 19 Mei 1987 (umur 32). Dia lebih dikenali sebagai "Aye". Dia berasal dari Tambunan, Sabah.
  • Benny Francis Kimong lahir pada (1993-04-20) 20 April 1993 (umur 26). Dia lebih dikenali sebagai "Benn". Dia juga berasal dari Tambunan dan merupakan anggota P.O.P yang termuda.
  • Ag. Sri Iskandar Bahrin lahir pada (1987-11-22) 22 November 1987 (umur 31). Dia lebih dikenali sebagai "Aegy". Dia berasal dari Beaufort, Sabah.
  • Malvin Kalbin lahir pada (1983-12-03) 3 Disember 1983 (umur 35). Dia lebih dikenali sebagai "Vin". Dia berasal dari Beluran, Sabah.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

  • Ada Hiivai Dandi Toh & Nung Noilaan Ku (lagu berbahasa Dusun)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Aku" - semasa menggunakan nama Da'PrinZ
  • "Buku Baru" - Runut bunyi bagi Seribu Kali Cinta
  • "Main Jauh-jauh"
  • "Siapa Aku Tanpamu"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]