Farrish Zaquan bin Ramli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cat Farish)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Cat Farish" dilencongkan di sini.
Cat Farish
407457 10150526383662946 1190331583 n.jpg
Latar belakang
Nama lahir Farish Zaquann bin Ramli
Juga dikenali sebagai Cat Ruffedge (ketika bersama Ruffedge), Cat Farish
Kelahiran (1974-07-12) 12 Julai 1974 (umur 43)
Teluk Intan, Negeri Perak Perak, Malaysia Malaysia
Genre Hip hop, Pop, R&B
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit album, ahli perniagaan
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1998 - kini
Kegiatan berkait Ruffedge, The Fabulous Cats

Farrish Zaquan bin Ramli atau juga dikenali sebagai Cat Farish (dilahirkan pada 12 Julai 1974) merupakan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge.

Beliau berasal dari Ulu Kinta, Perak dan mendapat pendidikan di SMK St. Anthony Teluk Intan . Menurutnya lagi semasa konsert Jelajah Era di Teluk Intan, Cat menyatakan bahawa dia pernah tinggal di Eastern Garden. Cat pernah bekerja dengan beberapa kedai muzik, antaranya Tower Records. Beliau turut menulis menulis lagu dan terbabit dalam beberapa projek yang melibatkan artis baru seperti FO3, Nabil, Sedozen, Moleq dan Caprise N Noa.

Beliau turut memiliki sebuah studio muzik di Kuala Lumpur.

Cat mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, Hartini Ramly pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Bagaimanapun, perkahwinan mereka berakhir pada April 2016.

Pada tahun 2017, Farrish juga mengeluarkan single terbaru iaitu Seram Dik Seram bergandingan dengan Eddie G. Lagu ini juga dijadikan runut bunyi untuk Drama Misteri Wan Peah yang bersiaran di TV3. Beliau juga akan menjadi pelakon pembantu dalam drama ini sebagai anak Wan Peah. [1] [2]

Kerjaya bersama Ruffedge[sunting | sunting sumber]

Untuk perincian mengenai topik ini, sila lihat Ruffedge.

Cat (dua dari kiri) bersama Ruffedge.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem

  1. Tipah Tertipu The Movie - (2006) Pelakon Utama
  2. Remp-It - (2006) Pelakon Utama
  3. Impak Maksima - (2007) Pelakon Pembantu
  4. I'm Not Single - (2008) Artis Jemputan
  5. Selamat Pagi Cinta - (2008) Pelakon Pembantu
  6. Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib - (2008) Pelakon Pembantu
  7. Jangan Pandang Belakang Congkak - (2009) Pelakon Utama
  8. Jin Notti - (2009) Pelakon Utama
  9. Adnan Semp-It - (2010) Pelakon Pembantu
  10. Semerah Cinta Stilleto - (2010) Pelakon Pembantu
  11. Jangan Pandang Belakang Congkak 2 - (2010) Pelakon Utama
  12. Cuti-Cuti Cinta - (2010) Pelakon Utama
  13. 3 Temujanji - (2012) Pelakon Pembantu
  14. Gerimis Mengundang - (2012) Pelakon Pembantu
  15. Dampak - (2013) Pelakon Pembantu
  16. Mat Moto - (2016) Artis Jemputan
  17. Mat Moto Otai - (2016) Pelakon Utama
  18. Coverina [3]

Drama[sunting | sunting sumber]

  1. Misteri Wan Peah (2017)

Rujukan[sunting | sunting sumber]