Beaufort

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Beaufort
بعوفورت
Daerah dan Pekan
Mohor rasmi bagi Beaufortبعوفورت
Mohor
Lokasi bagi Beaufortبعوفورت
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Bahagian Pedalaman
Luas
 • Jumlah 1,735 km2 (670 batu persegi)
Populasi (2010)
 • Jumlah 75,900

Beaufort adalah merupakan salah sebuah pekan dan juga daerah di Sabah, Malaysia. Penduduknya dianggarkan sekitar 75,900 pada 2010. Di pekan ini terdapat rumah kedai yang telah dibina sejak zaman British lagi. Pada asalnya pekan dan daerah ini ditubuhkan bagi membantu meningkatkan ekonomi pendalaman Borneo Utara. Pada awalnya aktiviti ekonomi daerah ini berdasarkan getah. Semasa Perang Dunia II, ia merupakan salah satu tapak pertempuran antara tentera Jepun dan Australia di Sabah.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Secara amnya Daerah Beaufort meliputi kawasan seluas 1,735 kilometer persegi termasuk kawasan Daerah Kecil Membakut. Daerah ini bersempadan dengan daerah Sipitang di Selatan, Daerah Kuala Penyu di sebelah Barat, Daerah Tenom di Timur dan Daerah Papar di Utara.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Beaufort juga merupakan salah satu perhentian Kereta Api Negeri Sabah. Khidmat perubatan turut dibekalkan oleh hospital kerajaan. Terdapat juga tiga klinik swasta dalam kawasan bandar. Kawasan ini biasanya dilawati oleh pelancong dengan tujuan ingin berakit melalui Jeram Padas di Sungai Padas. Majoriti penduduk Beaufort adalah dari suku kaum Bisaya, Kedayan dan Melayu Brunei. Juga terdapat suku kaum Murut, Cina, Lun Bawang/Lun Dayeh dan Kadazan-Dusun yang menetap di dalam daerah ini.

Etnik di Beaufort - Bancian 2010 [1]
Etnik percent
Bumiputera Lain (Bisaya)
  
39.86%
Melayu
  
21.20%
Kadazandusun
  
17.12%
Cina
  
5.75%
Bajau
  
5.18%
Murut
  
2.55%
Lain-Lain
  
2.04%
Bukan Warganegara
  
6.06%
salah satu kedai lama di Pekan Beaufort

Di sini juga terdapat pasar terbuka yang dikenali sebagai tamu. Ianya diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Pelbagai hasil keluaran tempatan seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran, daging, dan ayam hidup dijual. Hari tamu tersebut diadakan berbeza dari daerah lain. Beaufort juga terkenal dengan hidangan mee cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, yang dihidangkan secara kering atau berkuah.

Selain itu, Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, Carolina Utara.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Jalan Utama ke Pekan Beaufort

Daerah Beaufort merupakan salah sebuah daerah yang terdapat dalam negeri Sabah, Malaysia. Daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Beaufort.

Daerah Beaufort di bahagikan kepada 8 (lapan) mukim berdasarkan kepada persempadanan pilihanraya bagi kawasan N.25 Klias dan N.27 Lumadan.

Berikut merupakan bilangan kampung bagi setiap mukim:

Kawasan N.25 Klias

  1. Mukim Kota Klias 10 buah kampung
  2. Mukim Limbawang 13 buah kampung
  3. Mukim Montenior 5 buah kampung
  • Jumlah 28 buah kampung


Kawasan N.27 Lumadan

  1. Mukim I 9 buah kampung
  2. Mukim II 7 buah kampung
  3. Mukim III 20 buah kampung
  4. Mukim IV 6 buah kampung
  5. Mukim V 11 buah kampung
  • Jumlah 53 buah kampung

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012.  p. 13
  2. ^ Beaufort, North Carolina Sister Cities

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Koordinat: 5°20′N 115°45′E / 5.333°N 115.750°E / 5.333; 115.750