PU Abu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi
محمد ابو سفيان محمد مختار روزايدي
Kelahiran
Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi

PekerjaanPendakwah
PasanganAin ‘Afini Latif (k. 2018; c. 2019)
(k. 2019)[1]
Nurhannah Azra Mohd Zakir (k. 2019; c. 2020)
(k. 2022)
Anak-anak4

Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi (Jawi: محمد ابو سفيان بن محمد مختار روزايدي), lebih dikenali sebagai PU Abu, merupakan seorang pendakwah Malaysia. Beliau merupakan peserta Pencetus Ummah musim ke-3.[2] Beliau menarik perhatian orang ramai dan mengundang kontroversi kerana berkhawin dan menjadi suami kepada Hana Azraa, dan juga merupakan suami kepada Ain 'Afini Latif yang sedang sarat mengandung.[3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Karier[sunting | sunting sumber]

Abu pernah menjadi guru ganti dan guru tuisyen sebelum menceburi bidang dakwah. Beliau kini bekerja sebagai pengurus Operasi Arab Saudi, Persada Global Holidays.

Kontroversi dan isu[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Abu mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini Latif pada 2018 sebelum bercerai setahun kemudian. Mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Muhammad Adam Aysar Muhammad Abu Sufyan, Muhammad Aryan 'Afi Muhammad Abu Sufyan dan Siti Khadijah Muhammad Abu Sufyan.[4][5][6] Pada tahun 2019, beliau berkahwin bersama Hana Azraa dan dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen Muhammad Abu Sufyan pada 2020.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]