Kontroversi Anugerah Juara Lagu ke-34

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aepul Roza (kiri) adalah vokalis utama kepada kumpulan Drama Band (kanan) yang mencetuskan kontroversi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (2020).

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang berlangsung pada 9 Februari 2020, bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil telah mencetuskan beberapa kontroversi yang besar dimana yang tular di seluruh negara yang mengaitkan unsur politik

Persembahan Satira Drama Band[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, kumpulan muzik tanah air, Drama Band telah mencetuskan satu kontroversi dimana muzik video untuk lagu mereka yang berjudul "Drama", telah dikecam hangat oleh selurut rakyat Malaysia kerana muzik video tersebut mengandungi unsur perlian kepada golongan-golongan yang tertentu, isu ni turut berlarutan apabila lagu mereka layak masuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu. Semasa di peringkat akhir, mereka telah menggunakan pentas Anugerah Juara Lagu sebagai satu medium untuk membuat persembahan yang mengandungi isu perlian dan mengutuk kepada golongan-gologan individu yang terkenal di tanah air. Oleh hal demikian, isu ini telah menerima pelbagai reaksi yang berbeza oleh pelbagai individu dan sekaligus mereka juga terpalit dengan semua masyarakat kerana peresembahan mereka telah menyentuh isu sensitivit masyarakat dan telah digelarkan sebagai "keterlaluan", sehinggakan persembahan mereka telah diharamkan ditayangkan dimana-mana platform televisyen mahupun internet.

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Di awal persembahan, vokalis kumpulan tersebut iaitu Aepul, membuka persembahan mereka dengan memasuki unsur seram, dimana beliau tampil dengan imej seperti karakter Ryuk daripada anime Jepun iaitu Death Note. Kemudian, vokalis tersebut dikelilingi oleh puluhan individu yang berbaju putih pula digambarkan sebagai netizen. Signifikan mereka adalah untuk menyampaikan bahawa berbaju putih adalah lambang kepada sucinya netizen daripada sebarang dosa. Jadi ikut suka hati mereka sahaja untuk berkata apa sahaja di balik papan kekunci. Jika anda perhatikan betul-betul gelagat mereka yang berbaju putih, setiap kali ada watak parodi berjalan di atas karpet merah, pasti mereka mengejek, mengajuk dan mentertawakan individu terbabit.

Kontroversi pertama yang dibawakan oleh mereka adalah dimana babak yang memaparkan seorang wanita yang berjalan dengan lagak model berserta dengan selempang yang bertulis "Dewi Drama", model itu mereka menujukan kepada kes yang pernah tular di tanah air suatu ketika dahulu dimana isu bekas Juara Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Haneesya Hanee, dimana gelaran Dewi Remaja beliau telah ditarik balik apabila berlakunya penyebaran video yang memaparkan Hanesya bersama rakannya disebuah kelab malam berhibur sambil memegang gelas minuman keras. Ini menjadikan beliau mencipta sejarah sebagai juara Dewi Remaja paling tersingkat yang pernah ditabalkan iaitu selama 72 jam sahaja sebelum gelaran itu ditarik balik oleh pihak rasmi.

Kontroversi kedua pula adalah apabila dimana babak seorang lelaki yang memakai jacket, sedang berjalan di atas pentas sambil melambai tangan ke arah penonton, mimikan ini adalah untuk memerli seorang penyanyi terkemuka tanah air iaitu Haqiem Rusli, yang turut berada di barisan penonton ketika persembahan ini dipersembahkan, dimana Haqiem pernah membangkitkan kemarahan netizen termasuk rakan seperjuangannya, Ernie Zakri diatas penipuan beliau berkenaan masalah depresi yang dihadapi dirinya. Isu depresi yang kononya dialami oleh Haqiem itu berulah diketahui selepas beberapa ketika yang masalah depresi yang dikatakan oleh penyanyi tersebut adalah sekadar gimik semata-mata yang bertujuan untuk perancangan single terbaru beliau yang berjudul "Selamat Tinggal Sayang". Pelbagai pihak telah memberikan kata-kata terhadap beliau yang menyatakan sebagai lapar perhatian.

Kontroversi untuk persembahan ketiga diteruskan dengan kes Pencetus Ummah, yaitu antara golongan individu yang pernah membangkitkan kemarahan netizen pada suatu ketika dahulu. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah isu berkenaan kes penceraian PU Abu dengan isterinya, Ain Afini, ketika isterinya sedang sarat mengandung. Semuanya gara-gara kemelut yang melanda dirinya akibat ingin menunaikan hasrat hati untuk memperisterikan seorang janda bernama Hana Azraa. Adegan ini mengajuk situasi tersebut dengan mempamerkan seorang lelaki ditemani perempuan mengandung dan seorang perempuan lain. Kelihatannya dia sangat bersyukur dengan apa yang ada sebelum menghalau perempuan mengandung untuk pergi daripada hidupnya. Seterusnya, adegan itu diteruskan pula dengan membawa masuk seorang individu lelaki yang menyamar dengan memakai blazer dan bersongkok, serta melakonkan semula aksi dengan lagak berpistol dua atau tanduk, adegan ini ditujukan kepada seorang Dai yang terkemuka di tanah air iaitu Dai Farhan, beliau juga tidak terlepas dengan isu sensasi pernikahan bersama isteri barunya ketika menunaikan umrah. Bangga dengan 18 orang wanita yang pernah melamarkan, isteri terbarunya itu adalah wanita ke 19 yang berjaya membuka pintu hatinya untuk berkahwin lagi.

Persembahan ditutup dengan menampilkan ajukan bekas Perdana Menteri Malaysia bersama isterinya sebagai momokan terakhir persembahan. Kelihatan gelagat lelaki berbadan gempak melakonkan watak sebagai Najib Razak lengkap bersuit dan isterinya Rosmah Mansor yang begitu bangga dengan koleksi beg tangannya. Kebetulan pula kontroversi ini melibatkan tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disamping rampasan barangan peribadi mereka yang memperlihatkan koleksi beg tangan yang mewah dan bermutu tinggi.

Reaksi dan tindak balas[sunting | sunting sumber]

Ramai tokoh industri hiburan telah menyuarakan bantahan dan kritikan terhadap persembahan mereka. Ini termasuk Adibah Noor.

Selepas kontroversi[sunting | sunting sumber]

Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza mempertahankan persembahan pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, malam tadi, sebagai kritikan sosial yang disampaikan dalam bentuk satira.

Mendakwa tidak berniat mengecam atau menjadikan karakter mana-mana individu sebagai sindiran, Aepul bagaimanapun memohon maaf atas keterlanjuran mereka.

“Saya mewakili Drama Band memohon maaf atas keterlanjuran kami dalam persembahan malam tadi. Jika ada yang meneka watak dibawa ke pentas ditujukan kepada mana-mana individu, kami tidak mampu menghalang.

“Bagaimanapun, selepas ini, kami akan lebih berhati-hati dalam persembahan dan tidak mengetengahkan lagi isu sensitif,” katanya kepada BH Online.[1]

Gaun berdarah Aina Abdul[sunting | sunting sumber]

Meskipun sangat menarik dan penuh emosi mengungkap segala maksud tersirat, persembahan penyanyi, Aina Abdul, menerusi lagu Sumpah pada Anugerah Juara Lagu ke 34 mengundang kritikan dan kontroversi.

Gimik persembahan Aina yang mengenakan gaun putih, bermain dengan emosi dan drama dimana darah keluar membuak-buak bermula dari leher membasahi gaun yang dipakai tidak dinafikan memukau penonton. Namun, ada pihak yang mendakwa ia  seakan mengetengahkan konsep bunuh diri.

Enggan pelbagai spekulasi liar terus timbul, Aina, tampil menjelaskan persembahannya itu adalah simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita. Ia adalah kekecewaan yang ditanggung seorang wanita selepas hati dilukai insan tersayang.

Terdahulu, Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) menyifatkan persembahan di mana aksi penyanyi itu menikam dadanya sehingga darah memancut keluar membasahi pakaiannya dianggap sebagai keterlaluan dan melanggar peraturan. Malah, ada juga pihak mendakwa Aina membawa mesej yang salah kepada penonton dan boleh mengganggu emosi individu yang mempunyai masalah mental atau tekanan perasaan yang mungkin mendorong mereka yang untuk cuba menamatkan riwayat mereka sendiri.[2]

Hak cipta bersama "Sumpah"[sunting | sunting sumber]

Selepas hampir seminggu lagu "Sumpah" dinobatkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-34, timbulnya isu yang cukup kontroversi diantara Naim dan bekas kekasihnya yang juga merupakan bekas pelakon dan penyanyi, iaitu Dayana Amerda. Dayana tampil membuat kenyataan kepada pihak media yang mendakwa bahawa lagu "Sumpah" nyanyian Naim ialah hasil ciptaan bersama mereka pada tahun 2015. Dayana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan dan sikap tidak jujur Naim. Ini disebabkan Naim tidak mendaftarkan nama Dayana sebagai pencipta bersama sebaliknya hanya meletakkan namanya sendiri bersama Omar K sebagai pencipta mutlak lagu tersebut.[3] Bagaimanapun, Naim serta pihak pengurusannya kemudian tampil membuat kenyataan balas dengan menyarankan agar Dayana tampil mengemukakan bukti kukuh yang mengatakan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut. Namun, kenyataan balas daripada Naim tersebut dikhabarkan telah menyinggung perasaan keluarga Dayana. Ini kerana mereka berasa sangat kecewa apabila Naim Daniel telah menafikan hak Dayana sebagai pencipta bersama dalam lagu tersebut.[4] Bagaimanapun, pihak pengurusan Naim telah menegaskan bahawa lagu Sumpah kekal milik Naim dan Omar K. Mereka menjelaskan lagi Dayana boleh tampil menuntut sebarang hak penciptaan bersama sekiranya beliau berjaya mengemukakan bukti kukuh yang membuktikan bahawa beliau adalah pencipta bersama lagu tersebut.[5]

Penarikan semula gelaran Juara Lagu 34[sunting | sunting sumber]

Berhubung isu hakcipta Naim Daniel dan Dayana Amerda yang sedang hangat diperkatakan, ramai pihak yang mendesak agar gelaran Juara Lagu ditarik semula daripada Naim Daniel. Namun menurut kenyataan Ajai, iaitu selaku ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-34, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada pihak TV3 untuk berbuat demikian kerana berasakan tindakan tersebut adalah tidak wajar untuk dilakukan. Ini kerana Ajai beranggapan bahawa lagu tersebut sememangnya layak untuk menang dan pihak juri tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengangkat lagu Sumpah sebagai Juara Lagu ketika itu. Ini kerana lagu tersebut adalah sememangnya karya asal milik penyanyi itu sendiri dan bukannya diciplak. Sebaliknya hanya terjadi perselisihan faham diantara pencipta lagu tersebut. Namun begitu, Ajai juga sempat memberikan peringatan kepada penyanyi-penyanyi muda masa kini agar untuk lebih bersikap jujur dalam berkarya, dan bukannya untuk mengejar populariti semata-mata berikutan industri muzik masa kini yang tidak lagi seperti di zaman 80an dan 90an dimana hanya ada satu pencipta dalam sesebuah lagu. Disebabkan terjadinya isu seperti ini, Ajai juga berpesan sekiranya terdapat lebih daripada satu pencipta dalam penghasilan sesebuah lagu, maka nama mereka juga harus disertakan bersama agar pembahagian royalti kelak dapat dibahagikan secara adil.[6]

Isu Pemenang 'Vokal Terbaik'[sunting | sunting sumber]

Kemenangan Hafiz Suip untuk Vokal Terbaik dipertikai oleh peminat Ernie Zakri. Menurut mereka, penyanyi wanita itu lebih layak untuk mengungguli anugerah tersebut kerana memiliki suara lunak dan vokal mantap.[7]

Namun, ketua juri AJL34 Ajai menegaskan pemilihan Hafiz Suip sebagai pemenang anugerah vokal terbaik adalah tepat. Ujarnya lagi, kekuatan vokal Hafiz sangat hebat kerana tak ramai penyanyi mampu sampai ke tahap itu.

“Memang kita tahu Ernie ada vokal yang bagus, tapi bila bercakap tentang Hafiz Suip, satu benda ramai penyanyi tak boleh buat apabila dia berhentikan muzik, dia tampil semula dengan nada dan feel yang sama, itu sesuatu yang hebat, tak ramai penyanyi boleh buat.

“Bila muzik tu diberhentikan, penyanyi stop sekejap kemudian kembali dengan feeling yang sama, hanya mereka yang terpilih sahaja mampu buat begitu,” katanya.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]