P Uthayakumar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nama ini merupakan nama orang India di mana nama yang diberikan ialah Uthayakumar dan nama bapanya ialah Ponnusamy.
P. Uthayakumar
Kelahiran Uthayakumar a/l Ponnusamy
(1961-11-07) 7 November 1961 (umur 56)
Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Warganegara Malaysia
Nama lain Uthaya
Pekerjaan Peguam
Ahli lembaga HINDRAF
Ibu bapa Ponnusamy s/o Arunasalam
Saudara P. Waytha Moorthy, P. Waytha Nayagi

P Uthayakumar (lahir 7 November 1961) merupakan pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu atau Hindraf. Polis PDRM menahan Uthayakumar, M Manoharan dan K Vasantha Kumar kerana mengadakan tunjuk perasaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan Batu Caves pada 25 November 2007.

Mereka tidak didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia. Oleh itu butiran kesalahan sebenar mereka tidak diketahui. Pihak keselamatan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan mereka tanpa perlu bersiap-sedia menyediakan bukti-bukti dan sebarang saksi.

Pada 8 Mei 2009, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pembebasan 13 orang tahanan ISA termasuklah Uthayakumar.

Surat kepada Gordon Brown[sunting | sunting sumber]

Pada 15 November, beliau dikatakan menulis surat mewakili Hindraf dan dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain Gordon Brown di No 10, Downing Street, London. Oleh kerana surat itu berbaur perkauman dan disiarkan dalam laman web, beliau disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948. Kesalahan diperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Kes dibicarakan di Mahkamah Sesyen Klang .Jaminan RM50,000 dan mengarahkan pasportnya ditahan. Kes hasutan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sabariah Othman pada 3 Ogos 2009.

Pasport dikembalikan[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Julai 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membenarkan permohonan peguam P. Uthayakumar supaya pasportnya dikembalikan bagi membolehkan beliau mendapatkan rawatan komplikasi jantung di London. Beliau turut membenarkan permohonan Uthayakumar supaya jaminannya dikurangkan daripada RM50,000 kepada RM10,000 dengan seorang penjamin.Hakim juga tidak bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa jumlah jaminan yang tinggi adalah perlu memandangkan Uthayakumar berdepan pertuduhan berikutnya di Mahkamah Sesyen Klang mengikut Akta Hasutan 1948. Peguam N. Surendran mewakili Uthayakumar manakala Timbalan Pendakwa Raya Melissa Mohd Akhir menjalankan pendakwaan.[1]

Parti Hak Asasi Manusia[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 2009, Uthayakumar setuju terlibat dalam politik Malaysia secara sah dengan menubuhkan Parti Hak Asasi Manusia (HRP).Pakatan Rakyat, sepertimana juga BN, tidak menangani keperluan golongan terpinggir seperti kaum India. Beliau menjadi setiausaha agung penaja parti itu . Beliau mengumumkan perkara itu dihadapan 2,000 penyokongnya di Klang. Gelombang 'Makkal Sakti' akan terus menuntut 18 perkara Hindraf.15 kerusi parlimen dan 38 kerusi DUN akan ditandingi dalam PRU 13. Kerusi parlimen dan DUN itu mempunyai 20 hingga 46.2 % undi kaum India di kira-kira sembilan kerusi.

Buku Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward' dihasilkan sewaktu beliau ditahan selama 514 hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]