Paan dan Paiz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paan dan Paiz
GenreDrama, komedi
PenciptaFazli Baharom
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Major Problema" oleh Roman dan Marsha
Lagu penutup"Major Problema" oleh Roman dan Marsha
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifTinie Arshad
Penerbit
  • Fazli Baharom
  • Shahrulezad Mohameddin
PenyuntingHarlina Abd. Ghani
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Siaran asal11 April 2012 – 4 Julai 2012

Paan dan Paiz ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Zalif Sidek dan Zahiril Adzim. Ia mengisahkan tentang dua sahabat karib yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 11 April hingga 4 Julai 2012.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Paan (Zalif Sidek) seorang yang malas, loyar buruk dan suka menjawab manakala Paiz (Zahiril Adzim) seorang yang kacak, bergaya dan rajin. Paiz memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk kahwin. Paan menjadi marah kerana Paiz telah berahsia dengannya. Siapakah bakal isteri Paiz itu?

Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan ‘merampas’ kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira (Sari Yanti). Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paiz berumah tangga, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut selepas kahwin.

Dira mula rimas dengan abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha (Norhayati Taib) untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari sana. Apakah rancangan Dira akan berhasil?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Norhayati Taib sebagai Kak Leha
  • Rafie Sumantri sebagai Dato' Ismail

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (25 April 2012). Paan & Paiz lakonan Zahiril Adzim dan Zalif Sidek Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 Mac 2013.
  2. ^ Paan & Paiz (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 22 Jun 2018.