Sari Yanti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sari Yanti
Sari yanti01.jpg
Sari Yanti pada 2007.
Kelahiran Sari Yanti binti Dato' Mohamad Nazari
(1984-11-09) 9 November 1984 (umur 33)
Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia
Kediaman Damansara
Warganegara Malaysia
Nama lain Sari
Pendidikan Diploma Pengajian Perniagaan
Pusat pendidikan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Pekerjaan Pelakon, model, penerbit
Tahun aktif 2007–kini
Terkenal kerana Kisah Kaisara
Pasangan Mohd Eddy Casmady Che Hussein (2009-2011; bercerai)
Jep Sepahtu (berkahwin 2017)
Anak 3

Sari Yanti Dato' Mohamad Nazari atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti (lahir 9 November 1984) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara (2007–08).[1] Sejak itu, beliau muncul dalam beberapa siri TV seperti Juanna (2008), Annisa (2009), Suria di Cordoba (2011), BFF: Teman Tapi Mesra (2012) dan Cik Serba Tahu (2017).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 9 November 1984[Nota 1] di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada 3 beradik, berdarah kacukan Melayu, Minang. Beliau tinggal di Damansara bersama ibu bapanya. Beliau belajar di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan mendapat Diploma Pengajian Perniagaan.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sari Yanti mula dikenali ramai apabila beliau muncul dalam iklan Hotlink, yang turut dibintangi oleh Bront Palarae.

Beliau ditawarkan oleh Aziz M. Osman untuk menjayakan watak Kaisara dalam siri drama remaja Kisah Kaisara terbitan Ace Motion Sdn. Bhd. dan disiarkan di TV3. Drama ini menjalani penggambaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati. Ia mengisahkan kehidupan pelajar sekolah yang bertudung.[3] Penampilan filem pertama Sari ialah menerusi watak pembantu dalam filem aksi perlumbaan kereta Impak Maksima arahan Ahmad Idham.[4]

Pada 2008, Sari memegang watak Juanna, seorang gadis yang menjadi mangsa dera ibu bapa tirinya dalam siri drama dengan tajuk sama yang disiarkan di TV1.[5] Beliau pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 kategori "Artis Baru Wanita Popular". Pada 2011, beliau menjayakan watak Suria Khadijah Parker, yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan dalam siri drama Suria Di Cordoba yang memulakan siaran pada 7 Jun di Astro Prima.[6] Drama ini menjalani penggambaran di dua bandar utama SepanyolCordoba dan Madrid dan juga di Malaysia—Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, Selangor.[7]

Beliau memegang watak sebagai Shahidah dalam siri drama komedi romantik remaja BFF: Teman Tapi Mesra bersama Muniff Isa, Syatilla Melvin dan Irfan Roslan. Drama ini memulakan siaran di TV3 bermula 15 Januari 2012, ia mengisahkan tentang hubungan antara Shahidah dan Iskandar yang terjalin sejak bangku sekolah.[8]

Sejak 2013, beliau telah menjadi penerbit dan telah menubuhkan syarikat penerbitanya, Apna Addo.[9] Sari menjadi sebahagian dari barisan pelakon drama keislaman I-Kids di Astro Ceria; memegang watak sebagai ibu Aliff.

Pada 17 Januari 2015, Sari memegang watak utama bersama Faizal Hussein dalam telefilem Penjara Seorang Isteri yang berkisarkan tentang perkahwinan Salmah dengan Zaid yang berlaku atas dasar suka sama suka dan perkahwinan mereka dikurniakan dua cahayamata. Dalam telefilem ini, yang berdasarkan dari satu kisah benar, Sari menjayakan watak sebagai Salmah.

Dari 6 hingga 9 Ogos 2015, Sari membuat penampilan sulungnya di pentas teater menerusi teater Hexa X Unus yang menggandingkan beliau bersama penyanyi dan pelakon Aqasha.[10]

Pada 27 Mac 2017, Sari memegang watak Aerna Isyqee dalam siri drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil, Cik Serba Tahu yang menggandingkan beliau bersama Remy Ishak. Beliau dilaporkan menggantikan Mira Filzah yang menarik diri pada saat-saat akhir akibat pertindihan jadual kerja.[11]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sari berkahwin dengan Mohd Eddy Casmady Che Hussein pada 16 Januari 2009, dan bercerai secara rasmi pada 11 Disember 2011.[12][13] Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al-Haq.[14][15][16] Pada 14 Jun 2016, Sari dan bekas suami telah bersetuju untuk mencari jalan penyelesaian secara baik terhadap permohonan nusyuz (kembali taat) terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.[17][18]

Pada 25 Februari 2017, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pelawak Jep Sepahtu.[19][20][21] Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang bernama Dariya Inara pada 26 April 2018.[22][23][24] Sari mewujudkan laman Instagram Dariya Inara—@dariyainaraofficial pada Mei 2018 dan setakat ini telah memmpunyai hampir 75, 000 pengikut.[25]

Pada Julai 2016, dalam satu temuramah bersama Star2, Sari mendedahkan beliau pernah dikejar oleh seekor lembu pada ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.[26]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah
2007 Impak Maksima Siti Ahmad Idham
2011 Misteri Jalan Lama Setiausaha Iskandar Afdlin Shauki

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2007-08 Kisah Kaisara Kaisara TV3
2008 Juanna Juanna TV1
2009 Annissa TV3
2011 Suria Di Cordoba Suria Khadijah Parker Astro Prima
2012 BFF: Teman Tapi Mesra Shahidah TV3
2014 Mail & Sudin Sambut Ramadan Mawar Astro Citra, Astro Maya HD
Anugerah Terindah Riana TV3
Cinta Si Egois HyppTV
2015 Mencari Mubarakh Masyitah TV1
2016-17 Jawatankuasa Kalut TV3
2016 Lip Lap Raya HyppTV
I-Kids Astro Ceria
2017 Cik Serba Tahu Aerna Isyqee Astro Ria
Inayah Inayah Astro Mustika HD

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2007 Hotlink bersama Bront Palarae

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2015 Hexa X Unus

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Perangkap Perkahwinan Astro Ria Penerbit
Penjara Seorang Isteri Salmah Astro Oasis
Ramadan Berteduh Syawal TV9
Ayah Den Lapeh Astro Ria
2016 Segi Tiga Alina Astro Ria
2017 Roda Ceketeng TV2
Surat Buat Bakal Isteriku Qiasara Astro Ria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2014 Fear Factor Malaysia Astro Ria Peserta
2017 Sepahtu Reunion Astro Warna Tetamu undangan

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Artis Baru Wanita Popular Sari Yanti Dicalonkan
2011 Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/2012 Anugerah Rambut Menawan Wanita Dicalonkan
2016 Anugerah Stail EH! 2016 Selebriti Paling Fotogenik Dicalonkan
2017 Anugerah Stail EH! 2017 Dicalonkan
Pasangan Selebriti Pilihan Jep Sepahtu & Sari Yanti Dicalonkan
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Couple Meletop Menang

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon wanita Korea Selatan, Ku Hye-sun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (31 Oktober 2007). Drama bersiri Kisah Kaisara lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Jun 2011.
  2. ^ Sari Yanti selesa bertudung Sinar Harian. 21 Mac 2012.
  3. ^ Wahida Asrani (25 Jun 2009). "Kaisara ingin rasai dunia percintaan". mSTAR Online. Dicapai 23 April 2010. 
  4. ^ Zainuri Misfar (21 Ogos 2007). "Aksi Impak Maksima Ada Mesej Tersendiri". Berita Harian. Dicapai 23 April 2010. 
  5. ^ Drama Juanna lakonan Sari Yanti Sensasi Selebriti (5 November 2008). Dicapai pada 21 Jun 2010.
  6. ^ Budiey (24 Mei 2011). "Suria Di Cordoba di Astro Prima". Senasasi Selebriti. Dicapai 3 Jun 2011. 
  7. ^ Khadijah Ibrahim (6 Jun 2011). "Temui Suria Di Cordoba". Utusan Malaysia. Dicapai 3 Jun 2011. 
  8. ^ "Sari Yanti dalam Teman Tapi Mesra". Sinar Harian. 9 Februari 2012. Dicapai 18 Jun 2012. 
  9. ^ Zaidi Mohamad (6 Jun 2015). "Sari Yanti sudah dua tahun bergelar penerbit". Berita Harian. Dicapai 1 Jun 2015. 
  10. ^ Zaidi Mohamad (3 Ogos 2015). "Sar Yanti cemas diganding dengan Aqasha". Berita Harian. Dicapai 24 Jun 2017. 
  11. ^ "Simpan rahsia anak majikan". Harian Metro. 16 Mac 2017. Dicapai 2 Mei 2018. 
  12. ^ "Sari Yanti bercerai dengan ahli perniagaan". Berita Harian. 18 Disember 2014. Dicapai 22 Jun 2015. 
  13. ^ "Sari Yanti minta 'berpisah'". Utusan Malaysia. 10 Mac 2014. Dicapai 22 Jun 2015. 
  14. ^ Nurul Fadila Awaludin (13 Jun 2015). "Status janda buat Sari sibuk". Kosmo!. Dicapai 6 Mei 2018. 
  15. ^ "Sesibuk mana Sari Yanti tetap luang masa dengan anak". Berita Harian. 25 September 2014. Dicapai 25 Jun 2018. 
  16. ^ Izwan Mohd Isa (22 Disember 2014). "Hidup baharu Sari Yanti". Kosmo!. Dicapai 25 Jun 2018. 
  17. ^ Dhiyazulhilmi Daud (14 Jun 2016). "Sari Yanti, bekas suami setuju selesai kes nusyuz secara baik". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Jun 2018. 
  18. ^ Mohd Azrin Mohammad (13 Jun 2016). "Mohd. Edy, Sari Yanti setuju selesai nusyuz secara baik". Kosmo!. Dicapai 2 Julai 2016. 
  19. ^ Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad (24 Februari 2017). "Sari Yanti, Jep bernikah". Berita Harian. Dicapai 5 Jun 2017. 
  20. ^ Zaidi Mohamad (20 Februari 2017). "Sari Yanti selesa dengan personaliti Jep". Berita Harian. Dicapai 5 Jun 2017. 
  21. ^ Ifqdar Rahman (26 Februari 2017). "Jep Sepahtu, Sari Yanti bergelar suami isteri". Utusan Malaysia. Dicapai 6 Julai 2017. 
  22. ^ (TAHNIAH) Sari Yanti Dan Jep Sepahtu Timang Cahaya Mata Pertama Beautifulnara (26 April 2018). Dicapai pada 7 Mei 2018.
  23. ^ Siti Zurina (26 April 2018). Tahniah! Sari Yanti selamat timang anak ketiga selepas 8 tahun alami keguguran sebelum ini Hijabista. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  24. ^ Sariyanti, Jep selamat timang anak perempuan Sinar Harian (26 April 2018). Dicapai pada 5 Julai 2018.
  25. ^ Nan Hidayat Nan Azmie (6 Mei 2018). Sari Yanti turut wujudkan IG anak Kosmo!. Dicapai pada 8 Jun 2018.
  26. ^ Kenneth Chaw (6 Julai 2016). "Actress Sari Yanti was once chased by a cow". Star2. Dicapai 5 Jun 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]