Zalif Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zalif Sidek
KelahiranMd Zalif Naquiyudin bin Wan Abu Bakar Sidek
(1985-08-01) 1 Ogos 1985 (umur 34)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007–kini

Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek (lahir 1 Ogos 1985) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal menerusi peranan lakonan di televisyen, filem dan iklan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Zalif terlebih dahulu menceburi lakonan iklan komersial sekitar 2007. Pada tahun 2008, beliau menyertai KRU Studios sebagai Eksekutif Promosi. Sekalipun sudah berkerja di KRU Studios, Zalif masih mencuri masa dan ruang berlakon iklan. Antara iklan pernah dijayakannya seperti Panadol Soluble Actifast dan maskot DiGi dengan kostum kuning serta 'duta' Astro First.[1][2]

Zalif membuat penampilan filem pertama menerusi watak sampingan dalam filem aksi komedi Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim. Beliau diberi kepercayaan oleh pengarah Hashim Rejab untuk menjayakan peranan utama bersama Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha dalam filem Papa I Love You yang ditayangkan pada 29 Disember 2011, berkisarkan tentang kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal terhadap anaknya selepas kematian isterinya.[3] Pada tahun berikutnya, Zalif digandingan bersama Zahiril Adzim dalam siri komedi Paan dan Paiz arahan Shahrulezad Mohameddin dengan skrip oleh Shamsull Hashim, mengisahkan tentang dua sahabat karib, Paan dan Paiz yang berkawan rapat sejak zaman kanak-kanak.[4][5] Zalif kemudian berlakon dalam filem komedi Islamik arahan Razif Rashid, Aji Noh Motor, yang dityangkan pada 20 September 2012.[6]

Beliau membuat penampilan khas sebagai Gangster Poyo dalam filem Langgar arahan sulung Sein Ruffedge lakonan Ady Putra, Namron, Hans Isaac dan Zul Huzaimy.[7] Zalif meninggalkan Metrowealth Pictures selepas kontraknya tamat dan memutuskan untuk menguruskan sendiri kerjayanya kerana yakin pengalaman akan membantunya berdiri lebih kukuh.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Zalif lahir dan membesar di Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim yang juga sepupu kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sekitar 2012, namun hubungan mereka berakhir akibat perbezaan kreatif.[9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2011 Bini-Biniku Gangster Mat Saja Ismail Bob Hasim
Papa I Love You Bahar Hashim Rejab
2012 Hantu Dalam Botol Kicap Azhari Mohd Zain
Aji Noh Motor Noh Razif Rashid
Aku Terima Nikahnya Eyra Rahman
Budak Pailang Hashim Rejab
2013 Ajiboy Ismail Bob Hasim
Pada Suatu Cinta Dahulu Hashim Rejab
Langgar Gangster Poyo Sein Ruffedge Penampilan khas
Bencinta Eyra Rahman
2014 Jangan Pandang Belakang Boleh Ismail Bob Hasim
Lu, Gua, Bro! Yu Ismail Bob Hasim
2019 Tiada Tajuk Mawi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Paan & Faiz Paan TV3
2013 Tanah Kubur (Musim 9) Sulaiman Astro Oasis Episod: "Aniaya Yatim"
2015 Ema Emyliana 3 Zizi TV3
2016 Love You, Mr. Arang Fairus TV3
2018 Sejuta Rasa Buat Adelia Zubir Astro Ria Slot MegaDrama
Budak Usin Hud TV3 Slot Iris
Destinasi Ukhuwah Erwan TV1 Slot Kejora

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Iklan
2007 Digi
2011 Astro First
2017 Expedia
N/A KFC
N/A Wonda Coffee
N/A Panadol Soluble Actifast

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan
Pelakon Harapan Lelaki Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rudy Imran Shamsudin (6 Ogos 2017). "Aktif belakang tabir". Harian Metro. Dicapai 18 April 2018. 
  2. ^ Norhayati Nordin (18 Disember 2014). "Zalif urus sendiri". Harian Metro. Dicapai 18 April 2018. 
  3. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (31 Disember 2011). "Papa I Love You Satukan Zalif, Mia dan Lisa". Sinar Harian. Dicapai 2 April 2014. 
  4. ^ "Bila dua sahabat asyik berkepit". Sinar Harian. 19 April 2012. Dicapai 20 April 2018. 
  5. ^ Budiey (25 April 2012). "Paan Paiz Lakonan Zahiril Adzim & Zalif Sidek". Sensasi Selebriti. Dicapai 20 April 2018. 
  6. ^ Nurrezatul Aqmar Mustaza (21 September 2012). "Aji Noh Motor, bukan sekadar komedi". Sinar Harian. Dicapai 20 April 2018. 
  7. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (4 April 2013). Langgar bukan filem aksi kosong Sinar Harian. Diperoleh pada 20 April 2018.
  8. ^ Zaidi Mohamad (5 Ogos 2017). "Zalif nekad urus sendiri kerjaya". Berita Harian. Dicapai 20 April 2018. 
  9. ^ Wahiduzzaman (11 Disember 2012). "Zalif Sidek pentingkan kerjaya berbanding Fida". mStar Online. Dicapai 19 April 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]