Zahiril Adzim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zahiril Adzim
Zahiril Adzim on MeleTOP.jpg
Zahiril di studio MeleTOP pada Ogos 2016.
Kelahiran
Mohd Zahiril Adzim bin Mohd Mokhtar

(1984-01-22) 22 Januari 1984 (umur 37)
Nama lainBobbySan
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara, streamer e-sukan
Tahun aktif2007–kini
PasanganShera Aiyob (k. 2011)[1]
Anak1

Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar (lahir 22 Januari 1984) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang perfileman, TV, penstriman dan teater. Beliau terkenal dengan membintangi filem termasuk KAMI The Movie (2008), Senjakala (2011), siri filem Juvana (2013–2016), Pekak (2016) dan One Two Jaga (2018) serta drama TV termasuk Juvana (2011), Paan & Paiz (2012), Aku Bukan Bimbo (2016) dan KL Gangster: Underworld (2018). Zahiril bersama-sama dengan Nam Ron, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, June Lojong, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2007 menerusi drama muzikal bebas 8TV, KAMI The Series menerusi watak Boy. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam filem KAMI The Movie yang ditayangkan pada 2008, sekaligus ia menjadi filem pertama lakonannya.

Pada tahun 2011, Zahiril telah menerbitkan buku antologinya yang bertajuk Bogel Menuju Tuhan terbitan Merpati Jingga.[3][4] Pada tahun yang sama juga beliau berlakon dalam tiga drama – antaranya ialah drama Juvana yang mana beliau memegang watak sebagai Daim, yang dihantar ke sekolah Wira Bakti atas tuduhan membunuh ibunya.[5] Zahiril kembali menjayakan wataknya dalam filem 2013 bertajuk sama dan dua filem susulannya – Terperangkap Dalam Kebebasan (2015) dan Perhitungan Terakhir (2016).

Beliau muncul dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan bersama Beto Kusyairy yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada Hambanya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[6]

Zahiril juga melibatkan diri dalam bidang pengacaraan televisyen apabila beliau dan isteri, Shera Aiyob telah diberi tanggungawab mengacarakan rancangan bual bicara Masam-Masam Manis di TV AlHijrah untuk musim ketiga.[7]

Beliau juga aktif bermain permainan video dan kini giat mempromosikan e-Sports.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pengacara, pelakon dan wartawan, Shera Aiyob pada 20 November 2011[9] dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Nadi Anaqi.[10][11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 KAMI The Movie Boy Filem pertama
2009 Gadoh Khalil
Karaoke Betik
Shortcut Dirinya sendiri Penampilan khas
2011 Senjakala Arman
Tolong Awek Aku Pontianak Bob
Klip 3GP Eddie
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Arshad
Bunohan Adil
2013 Juvana Daim
2014 Qadr
Rentap Rashid
Terbaik dari Langit Warung Patron 2 Penampilan khas
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Daim
2016 Redha Faizal
Pekak Uda
Juvana 3: Perhitungan Terakhir[12] Daim
2018 One, Two, Jaga Hussein
2019 Kron Sham
Rise to Power: KLGU Adi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 KAMI - The Series Boy 8TV
2009 Ghost (Musim 2) Ridzuan
Merah Putih Merah TV3
Waris Finn TV2
2010 Apa Dosaku: Sybil Kathigasu Rahmat Astro Citra
2011–2013 6 Progresif Nik TV9
2011 Juvana Daim TV3
Khurafat The Series Johan Astro Ria
2012 Paan dan Paiz Paiz TV3
Mana Hilangnya Juwita Haider Astro Ria
Hanya Padamu Bukhari TV3
2014 Aku Ada Wali Naim TV AlHijrah
Dalam Iradatmu Ustaz Iqbal
2015 Sayap Jibril Ustaz Rayhan Astro Oasis
2016 Aku Bukan Bimbo Azad Astro Ria
Tika Langit Terbuka Kamal Astro Oasis Episod 2
Tanah Kubur (Musim 15) Zikri Episod: "Habil, Qabil & Iblis"
Ainur Mardhiyah Saiful TV9
2017 Perempuan Paling Bahagia Rafa Astro Oasis
Waris Kampung Semarah Padi Bustamam Hakim TV1
2018 Banteras Joe Harry Astro Ria
KOPI Tonton 3 episod: "Kopi Donat", "Bayang" dan "Gadis Berambut Hijau"
KL Gangster: Underworld Adi Iflix
Jibril Zerkala ntv7
Mencari Qiblat TV3
2019 Hola Hermosa Ridzuan TV1
Warkah Dari Firenza Walik TV2
2020 Sepenggal Puisi Harun Astro Citra
KL Gangster: Underworld 2 Adi Iflix

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 100 Hari Jadi Amir Astro Ria
Seandainya Aku Siti Suhaimi ntv7
2009 Abam Abam TV3
2011 Belum Khatam Dah Khatan Astro Prima
Parit Jawa Jalal Astro Box Office
2012 Haruskah Ada Rindu Malik TV2
Cinta Vlog Azmi
Biarlah Rahsia Rizwan Astro Prima
Jodoh Kita Taufiq TV1
2013 Bayangan Rindu Baien Astro Box Office
Qadr Fareed Astro First Eksklusif
Raya Nora Jambu Astro Ria
Cinta Azmi TV2
Cinta Kamikaze Khalish TV9
Walau Siapa Pun Aku Iqbal TV1
2014 Pekerja Terbaik Shaudin TV9
Selempang Kuning Osman Astro Prima
Talkin Di Birai Katil Fakhri TV1
2015 Wang Atau Cinta? Zairil TV9
Selamat Pagi Cikgu Cikgu Ridzuan TVi
Bila Cinta Berbunga Zaki
Mahar Izzat TV AlHijrah
Aku Pilih Endingnya Raden TV1
Calon Isteri Haris
Tanah Kubur Ummah Jahiliah Ustaz Reyhan Astro Oasis
2016 Awe Keno Nikah Awe TV1
Sawadee Thirat Wichai
Malam Ku Bermimpi Karem
Niqabi Airil TV2
2017 Siapa Tak Sayang Laki Yunus
Cupid Ridzuan Astro Citra
Selamat Tinggal Aidilfitri Adam Astro Prima
Nak Jadi Menantu Ye? Tuan Mohd Haikal TV1
Ilham Aidil Astro Citra
2018 Kitab Sijjin Adi
Syahadah Terakhir Zaidi TV3
Kerantung Umar TV1
Iman Ke Syurga Alif TV3
Kekasih Di Kala Maghrib Sufian TV1
2019 Sirna Isnan
Yang Terindah Syed Umar
Jubakar Zamarul
Mencari Mardhatillah Ustaz Aidil TV2
Tetamu Iman Iman
Pendoa Yang Ikhlas TV1
2020 Arus Merah Risham Astro First Eksklusif

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Masam-Masam Manis Pengacara TV AlHijrah mengacara bersama isteri beliau; Shera Aiyob
2017 Jom Berbuka Artis jemputan TV9 bersama ahli keluarga beliau (10 Jun)
2018 Mencari Hamka Pengacara Astro Oasis

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009
Festival Filem Malaysia ke–22
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik KAMI The Movie Menang
Anugerah Shout! Pertama
Pasangan Layar Terbaik N/A Tercalon
Artis Lelaki Kacak Pilihan Tercalon
2012
Festival Filem Malaysia ke-25
Pelakon Lelaki Terbaik Bunohan Tercalon
2014
Anugerah Skrin ke–18
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Walau Siapapun Aku Tercalon
2016
International Motivational Film Festival Bridge Of Arts 2016 (Russia)
Pelakon Lelaki Terbaik Pekak Menang
2017
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30
Gandingan Serasi Filem (bersama Shera Aiyob) Juvana 3: Perhitungan Terakhir Tercalon
Anugerah Skrin ke–21
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Pekak Tercalon
2019
Anugerah Skrin ke-23
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem One Two Jaga Menang
2020
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33
Pelakon Filem Lelaki Popular[13] N/A Menang

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Zahiril Adzim (2011). Bogel Menuju Tuhan. Merpati Jingga. ISBN 9789671012635.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muhammad Azrol Mohd. Radi (1 Mei 2014). Pertemuan ibarat drama Utusan Online. Diperoleh pada 20 April 2015.
  2. ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  3. ^ Buku Bogel Menuju Tuhan Zahiril laris mStar Online (5 Julai 2011). Dicapai pada 20 November 2011.
  4. ^ Wahida Othman (5 Julai 2011). "Zahiril setanding Rosyam?". Mangga. Diarkib daripada yang asal pada 24 Julai 2011. Dicapai pada 17 Julai 2018.
  5. ^ "Zahirl Adzim masih dibayangi watak Daim". mStar Online. 1 Oktober 2016. Dicapai pada 1 Oktober 2016.
  6. ^ Ajami Hussain (17 Februari 2014). Qadr, kisah peluang kedua selepas kesakitan Astro Awani. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  7. ^ Kemalia Othman (10 April 2016). Shera Aiyob Pujuk Zahiril Adzim Terima Tawaran Pengacara 'Masam-Masam Manis' mStar Online. Dicapai pada 19 Februari 2018.
  8. ^ Syafil Syazwan Jefri (16 Ogos 2019). Zahiril Adzim buat duit dengan eSport Harian Metro. Dicapai pada 17 Ogos 2019.
  9. ^ Budiey (1 Mei 2011). Zahiril Adzim & Shera Aiyob Bakal Kahwin 20 November Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 20 April 2018.
  10. ^ Siti Azira Abd. Aziz (19 Mac 2011). Zahiril Adzim Mahu Cepat Kahwin Dengan Shera Aiyob mStar Online. Diperoleh pada 20 April 2012.
  11. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (23 September 2017). Zahiril Adzim Kekok Dengan Isteri mStar Online. Diperoleh pada 20 April 2018.
  12. ^ Zahiril Adzim Masih Dibayangi Watak Daim mStar Online (1 Oktober 2016). Diperoleh pada 1 Oktober 2016.
  13. ^ Zahiril Adzim bolot trofi Pelakon Filem Lelaki Popular Berita Harian. 13 November 2020. Dicapai pada 25 Februari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]