Palam (hortikultur)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Palam tomato pir kuning

Palam dalam hortikultur ialah anak pokok bersaiz kecil yang ditanam dalam bekas polistirena atau politena yang diisi dengan gambut atau kompos[1]. Palam ini digunakan untuk sayur-sayuran dan tumbuhan komersial. Juga, palam merujuk kepada kepingan rumput, atau sod, yang dijual seperti permaidani. Selepas ditanam, rumput tersebut akan meliputi kawasan yang diletakkannya.

Anak palam ialah anak pokok yang ditanam di dalam acuan-acuan kecil, untuk dipindahkan ke pasu atau laman. [2] Menanam sayur-sayuran atau pokok bunga dalam suasana yang dikawal secara khas semasa tempoh tumbesaran (4–6 minggu pertama) dapat membantu meningkatkan kesihatan tumbuhan[2] dan supaya tumbuhan dapat mencapai kemampuan maksimum mereka semasa musim semi/tuai. Mengusahakan taman menggunakan anak palam selalunya lebih mudah daripada menggunakan benih.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Anak palam yang diusahakan dalam rumah hijau di New Place Nurseries di Pulborough, West Sussex, England

Menanam dengan palam mengurangkan masa tanaman kena berada di dalam tanah, dan lebih praktikal untuk kawasan yang kecil. Palam boleh meningkatkan hasil: tumbuhan yang sihat dan kuat akan membesar dengan cepat dan elok apabila ditanam dalam tanah, dan lebih tahan makhluk perosak, penyakit dan kemarau. Menjayakan beberapa jenis anak benih boleh menjadi sukar, jadi anak palam boleh mengurangkan tekanan terhadap pekebun yang kurang berpengalaman. Tumbuhan palam memberi manfaat kepada pekebun yang ingin mencuba varieti baru atau jenis pokok lain, tanpa perlu membeli biji benih. Anak palam sangat berguna jika terlepas peluang untuk semai benih, dan palam boleh dibeli dengan cepat untuk menggantikan tanaman yang telah gagal.

Apabila taman diusahakan, menanam seling (intercropping) tanaman yang sedia ada dengan palam, lebih-lebih lagi dengan tumbuhan regu, dapat memastikan kecekapan dalam penggunaan tanah dan juga tingkatkan hasil tanaman – kerana tumbuhan yang disemai harus bersaing untuk mendapat zat berbanding tumbuhan yang tertubuh. Rumpai lebih mudah dibuang daripada palam berbanding semaian.

Tumbuhan yang sudah bercambah memudahkan tugasan untuk menghias petak sayuran mahupun taman. Oleh kerana tumbuhan tersebut sudah pun mula tumbuh, masa untuk capai kematangan dikurangkan.[4] Dalam beberapa hari sahaja tanda-tanda tumbesaran mula ketara: daun nampak lebih segar dan akar akan mula mencengkam tanah. Palam cantas udara (air pruning) dapat memupuk tumbesaran yang pantas sejurus sahaja dimasuk ke dalam tanah.

Oleh sebab mudahnya kaedah ini—hanya perlu dimasukkan sahaja ke dalam tanah—palam juga digunakan dalam penerapan plastikultur di lereng bukit.[4]

Penanaman dan tumbesaran[sunting | sunting sumber]

Palam rumput St. Augustine sedia untuk disprigkan

Tumbuhan palam membesar dengan lebih tekal dan lebih cepat, seperti yang dapat diperhatikan dalam industri sayur berskala komersial; ladang brassica berskala besar ditanam secara khas daripada palam di sesetengah kawasan di Eropah. Kejayaan ini dalam skala komersial adalah sebuah bukti kepada keberhasilan palam apabila ditanam.

Pelbagai varieti dapat manfaat apabila dipindah tanam, kerana memotong akar tunjang utama dapat memupuk akar untuk tumbuh dengan lebih lebat. Selalunya hampir semua brassica disemai dalam batas biji benih asing, dijarangkan (thinning), dan yang terpilih ditanam dalam batas selepas 6-8 minggu. Ada pelbagai jenis makhluk perosak yang suka memakan brassica; hal ini tambahan pula dengan musim tumbesaran yang lama menyebabkan menanam brassica daripada palam pilihan yang lebih mudah.

Sayur berumbi[sunting | sunting sumber]

Sayur berumbi sering kalinya, tetapi bukanlah selalunya, disemai dari biji benih, dan bukan daripada palam, di mana mereka boleh jadi matang dan dijarangkan. Penjarangan memberi manfaat kerana ia membenarkan pengudaraan tanah tanpa mengganggu akar. Kepadatan anak benih juga mengurangkan kerosakan dari makhluk perosak dan memberi sumber makanan kepada petani atau juga kepada kompos daripada hasil penjarangan. Ubi bit, lobak dan famili brassica berumbi seperti swede dan turnip, tidak akan mencapai potensi maksimum dengan sebarang pemeriksaan penumbuhan akar. Juga, benih-benih ini selalunya tidak dijual mahal, dan anak benihnya amat halus dan mudah patah; jadi tidak wajar untuk petani membeli mahupun tanam menggunakan palam.

Images[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dunnett, Nigel; dll. (2011). Small Green Roofs: Low-Tech Options for Greener Living. Timber Press. m/s. 67–68. Dicapai pada March 30, 2012.
  2. ^ a b Naqvi, SAMH (2004). "Diseases of fruits and vegetables: diagnosis and management, Volume 2". New York; Dordrecht ; London: Kluwer Academic. m/s. 466. Dicapai pada March 30, 2012. ISBN 1402026072 – "An alternative to field-grown transplants is the use of container-grown, or plug plants. Plug plants rooted in soil-less media offer the advantage of being grown under controlled environmental conditions that practically ensure that the..."
  3. ^ Greenwood, Pippa; Beazley, Mitchell (2008). 1001 Ideas for Better Gardening. Creative Homeowner Press. m/s. 106. Dicapai pada March 30, 2012. ISBN 9781580111805
  4. ^ a b Gough, Robert Edward; Poling, E. Barclay (1996). Small Fruits in the Home Garden. Food Products Press. m/s. 253–254. Dicapai pada March 30, 2012.

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]