Pandan laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Pandan laut
Starr 030729-0031 Pandanus tectorius.jpg
Sepohon pandan laut di Hawaii
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. tectorius
Nama binomial
Pandanus tectorius
Sinonim[1]

banyak termasuk:

  • Pandanus adscendens H.St.John
  • Pandanus baptistii Misonne
  • Pandanus chamissonis Gaudich.
  • Pandanus laevis Lour.
  • Pandanus pedunculatus R.Br.
  • Pandanus repens Miq.
  • Pandanus sabotan Blanco
  • Pandanus samak Hassk.
  • Pandanus spurius (Willd.) Miq.
  • Pandanus veitchii Mast.

Pandan laut, mengkuang duri atau mengkuang laut (nama saintifik: Pandanus tectorius) bertaburan di pantai-pantai dan pulau-pulau di kawasan Asia Selatan dan Timur sampai ke Polinesia.

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok ini renek bercabang lebar mencapai setinggi 4 hingga 11 meter[2] kadang-kadang berbatang banyak. Ia berakar tunjang dari sekitar pangkal batang.[3] Daun-daun pokok ini berbentuk nipis mirip pita dengan panjang 70 hingga 250 sm lebar dengan permukaan licin berlilin, tepi dan sisi daun mempunyai duri tempel yang berhujung meruncing. Daun-daun berkumpul rapat di ujung ranting, dalam 3 baris yang tersusun spiral, duduk, dengan pangkal memeluk batang, meninggalkan bekas bentuk cincin bila rontok.[3]

Buahnya (cephalium) muncul tunggal dalam berbagai-bagai bentuk, ukuran dan warna, kulit buah (eksokarp) hijau bertukar kepada kuning, jingga kemerahan apabila masak.[4]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buah pandan laut boleh dimakan, ada baka-baka yang boleh dimakan terus mentah namun ada baka yang menghasilkan kalsium oksalat yang mampu merengsakan maka perlu dimasak terlebih dahulu.[5] Masyarakat-masyarakat kepulauan di Mikronesia dan Polinesia mengisar ia menjadi tepung yang digunakan dalam masakan mereka;[6] begitu juga di Maldives.[7]

Masyarakat peribumi kepulauan Hawaii menggunakan daun-daun pokok ini (hala; seakar Austronesia dengan kata pandan dalam bahasa Melayu[8][9]) secara serba guna untuk menganyam tikar, membuat layar perahu serta membuat atap sementara batang pokok dijadikan bahan binaan rumah.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pandanus tectorius Parkinson ex Du Roi". World Flora Onine.
  2. ^ Kinsey, Beth (2017). "Pandanus tectorius- Hala". Wild Life of Hawaii. Dicapai pada 6 April 2017.
  3. ^ a b van Steenis, Cornelis Gijsbert Gerrit Jan (1981). Flora, untuk sekolah di Indonesia. Jakarta: PT Pradnya Paramita. m/s. 104-5.
  4. ^ Thomson, L. A. J.; Englberger, L.; Guarino, L.; R. R. Thaman; Elevitch, C. R. (2006). "Pandanus tectorius (pandanus)" (PDF). The Traditional Tree Initiative.
  5. ^ Arnold, Michael A. (2014). "Pandanus tectorius S. Parkinson" (PDF). Aggie Horticulture. Texas A&M University. Dicapai pada 2020-09-30.
  6. ^ Miller, C.D.; Murai, M.; Pen, F. (1956). "The Use of Pandanus Fruit As Food in Micronesia". Pacific Science. 10. hdl:10125/8178.
  7. ^ Romero-Frias, Xavier. "Eating on the Islands - As times have changed, so has the Maldives' unique cuisine and culture". Himalmag Vol 26 No 2 – melalui www.academia.edu.
  8. ^ Wolff, John U. (2018). Proto-Austronesian Phonology with Glossary. II. Cornell Southeast Asia Program Publications. m/s. 927. ISBN 9781501735998.
  9. ^ "*Fara". Te Mära Reo: The Language Garden. Benton Family Trust. Dicapai pada 15 Januari 2019.
  10. ^ Lex A.J. Thomson; Lois Englberger; Luigi Guarino; R.R. Thaman; Craig R. Elevitch (2006). "Pandanus tectorius (pandanus)". Dalam Craig R. Elevitch (penyunting). Species Profiles for Pacific Island Agroforestry (PDF) (ed. online version 1.1). Hōlualoa, Hawai‘i: Permanent Agriculture Resources (PAR).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]