Panzerwaffe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Panji-panji pasukan dalam warna kor
Deretan kereta kebal dan kenderaan perisai lain Panzerwaffe, berhampiran Stalingrad, 1942
Kolonel kor armor berseragam khas.

Panzerwaffe, kemudian juga Panzertruppe (Bahasa Jerman untuk "Pasukan Armor", "Cabang Armor" atau "Pasukan Kereta Kebal". Waffe: "pasukan" [tempur]) merujuk kepada sebuah ketumbukan didalam Heer Wehrmacht Jerman, bertanggungjawab bagi hal ehwal panzer (kereta kebal) dan pasukan motoris sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Ia asalnya dikenali sebagai Schnelltruppen ("Pasukan Atur Cepat"); iaitu pasukan motoris yang ditubuhkan dalam Reichswehr selepas Perang Dunia Pertama, dibentuk semula sebagai Panzerwaffe pada tahun 1936 oleh Generalleutnant Heinz Guderian.

Anggota-anggota Panzerwaffe, dirujuk sebagai Panzertruppen (Pasukan Armor), telah dibezakan dengan pakaian seragam ketat hitam mereka, dikenali sebagai pelilit Panzer . Warna kor bagi Panzertruppe Jerman ialah merah jambu.

Selepas tahun 1943, Panzerwaffe, seperti kebanyakkan pasukan tentera Jerman yang lain, telah melonggarkan tatacara beruniform dan ramai Panzertruppen memakai pelbagai pakaian, termasuk penyamaran dan barangan musim sejuk.

Dua buah maktab latihan diwujudkan untuk krew-krew panzer sepanjang peperangan, Panzertruppenschule I dan II.

Infantri motoris merupakan formasi awal, dan terdiri daripada infantri yang di angkut dengan trak. Pada permulaan perang, terdapat beberapa divisyen ringan, setiap pasukan kavalri separa motorise diwujudkan dari kompromi dengan pasukan kavalri Heer. Ia kurang dinilai selepas Pencerobohan Poland dan ditukarkan ke unit penuh motoris.

Tulang belakang Panzerwaffe adalah divisyen panzer. Ia terdiri daripada sebuah briged panzer (dua rejimen kereta kebal) dan dua rejimen infantri motoris atau mekanis . Kesemua pasukan divisyen Panzer adalah mudah alih. Elemen bantuan termasuk artileri bergerak, pemusnah kereta kebal, dan kenderaan peninjau armor. Selepas kempen ketenteraan di Poland dan Perancis, saiz divisyen Panzer telah dikurangkan, dengan hanya satu Panzerregiment setiap Divisyen. Langkah ini diambil untuk membolehkan penubuhan beberapa divisiyen baru dengan kereta kebal yang sedia ada.

Semasa Perang Dunia II tentera darat Jerman juga meletakkan beberapa divisyen Panzergrenadier yang terdiri daripada infantri motoris (atau infantri berperisai untuk beberapa batalion, apabila pengangkut berperisai separa runut cukup disediakan), serta artileri bergerak dan Jagdpanzer, dan dalam beberapa kes sebuah komponen penting panzer.

Sebuah kor panzer mengandungi dua hingga tiga divisyen dan elemen tambahan. Panzergruppen ("Kumpulan Panzer") adalah ketumbukan yang lebih besar dari kor, kira-kira bersaiz sebuah tentera darat medan, dan dinamakan selepas panglimanya (sebagai contoh Panzergruppe Hoth). Ia kemudian dikenali sebagai Panzerarmeen ("Tentera Darat Panzer"), sebuah ketumbukan tentera darat yang memerintah dua hingga tiga kor. Organisasi peringkat tertinggi ini selalunya hampir mempunyai unit-unit campuran biasa infantri dengan Panzerwaffe. (Cerita dongeng mengatakan bahawa pada tahun 1944 terdapat sebuah Panzerarmee yang berjuang di Itali memerintah hanya satu Panzerkorps berserta dengan aset-aset lain, dan Panzerkorps pula menguasai hanya sebuah divisyen Panzer dan manakala divisyen hanya mempunyai empat buah kereta kebal, hasilnya keseluruhan Panzerarmee mempunyai kekuatan sebenar armor bersaiz sebuah platun kereta kebal.)

Beberapa formasi penting panzer dan motoris adalah dari Waffen-SS. Ia tidak berada dibawah pentadbiran Panzerwaffe, namun secara operasi mereka disusun dan berjuang sebagai sebahagian daripada formasi tentera darat dan dibawah pemerintahan mereka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]