Pencerobohan Poland
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
Pencerobohan Poland, juga dikenali sebagai Kempen September atau Perang Defensif 1939 atau Pembahagian Keempat Poland (Poland: Kampania wrześniowa atau Wojna obronna 1939 roku atau IV rozbiór Polski) dalam bahasa Poland dan Kempen Poland (Jerman: Polenfeldzug) atau Fall Weiss (Kes Putih) dalam bahasa Jerman, ialah satu penaklukan keatas Poland oleh Jerman, Soviet Union, dan kontinjen kecil tentera Slovakia yang mencetuskan Perang Dunia II di Eropah. Pencerobohan Jerman bermula pada 1 September 1939, seminggu selepas Pakatan Molotov–Ribbentrop dimeterai, manakala penjajahan Soviet bermula pada 17 September 1939 selepas persetujuan Molotov-Tōgō yang menamatkan peristiwa Nomonhan pada 16 September 1939. Kempen tersebut berakhir pada 6 Oktober 1939 dengan Jerman dan Soviet Union membahagi dan mengilhak keseluruhan Poland.
Pada pagi selepas peristiwa Gleiwitz, tentera Jerman menceroboh Poland dari arah utara, selatan dan barat. Sewaktu kemaraan Jerman, tentera Poland berundur dari pengkalan operasi hadapan mereka ke sempadan Poland–Jerman bagi mengukuhkan lagi garisan pertahanan ke arah timur. Selepas kekalahan Poland pada pertengahan September dalam Pertempuran Bzura, pihak Jerman mendapat kelebihan yang sangat besar. Tentera Poland kemudian berundur ke arah tenggara untuk mempersiapkan satu pertahanan yang panjang di Kawasan Romania dan menunggu bantuan yang diharapkan daripada Perancis dan United Kingdom. Kedua-dua negara tersebut telah berpakat dengan Poland dan telah mengisytiharkan perang terhadap Jerman pada 3 September, namun pertolongan mereka keatas Poland adalah sangat terhad.
Pencerobohan Tentera Merah Soviet keatas Timur Poland pada 17 September, mengikut satu protokol rahsia Perjanjian Molotov–Ribbentrop, menyebabkan rancangan pertahanan Poland menjadi buruk. Menghadapi satu barisan hadapan yang kedua, kerajaan Poland menyimpulkan bahawa garisan pertahanan tidak mampu dilaksanakan di Kawasan Romania dan mengarah pemindahan kecemasan semua tentera ke negara berkecuali Romania. Pada 6 Oktober, susulan daripada kekalahan Poland dalam Pertempuran Kock, tentera Jerman dan Soviet telah menguasai sepenuhnya Poland. Kejayaan ini menandakan berakhirnya Republik Poland Kedua, walaupun Poland tidak pernah menyerah kalah secara rasmi.
Pada 8 Oktober, selepas satu tempoh awal pentadbiran tentera, Jerman terus mengilhak barat Poland dan Bandar Bebas Danzig dan meletakkan saki-baki wilayah tersebut di bawah pentadbiran Kerajaan Am yang baru ditubuhkan. Soviet Union memasukkan wilayah yang baru diambil alih ini kedalam konstituen republik Belarusia dan Ukraine, dan lantas memulakan kempen sovietization. Selepas pencerobohan ini, pertubuhan penentang bawah tanah sepakat membentuk Pergerakan Bawah Tanah Poland di dalam wilayah bekas negara itu. Ramai pegawai tentera Poland yang berjaya melarikan diri kemudiannya menyertai Angkatan Tentera Poland di Barat, iaitu angkatan bersenjata yang setia kepada kerajaan buangan Poland.
Isi kandungan
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Nota[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Cooper, Matthew (1978). The German Army 1939–1945: Its Political and Military Failure. New York: Stein and Day. ISBN 0-8128-2468-7.
- Baliszewski, Dariusz (10 October 2004). "Wojna sukcesów". Wprost (dalam bahasa Polish) (1141). Dicapai 24 March 2005.
- Baliszewski, Dariusz (19 September 2004). "Most honoru". Wprost (dalam bahasa Polish) (1138). Dicapai 24 March 2005.
- Chodakiewicz, Marek Jan (2004). Between Nazis and Soviets: Occupation Politics in Poland, 1939–1947. Lexington Books. ISBN 0-7391-0484-5.
- Ellis, John (1999). Brute Force: Allied Strategy and Tactics in the Second World War (edisi 1st American). Viking Adult. ISBN 0-670-80773-7.
- Fischer, Benjamin B. (Winter 1999–2000). "The Katyn Controversy: Stalin's Killing Field". Studies in Intelligence. Dicapai 10 December 2005.
- Goldman, Stuart D. (2012). Nomonhan, 1939; The Red Army's Victory That Shaped World War II. Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-329-1.
- Hooton, E. R. (2007). Luftwaffe at War: Gathering Storm 1933–1939 Volume 1. London: Chervron/Ian Allen. ISBN 978-1-903223-71-0.
- Kennedy, Robert M. (1980). The German Campaign in Poland (1939). Zenger. ISBN 0-89201-064-9.
- Kushner, Tony (1999). Refugees in an Age of Genocide. London, New York: Routledge. ISBN 0-7146-4783-7. Dicapai 2 November 2011. Parameter
|coauthors=
tidak diketahui diabaikan (guna|author=
) (bantuan) - Lukas, Richard C. (2001). Forgotten Holocaust: The Poles Under German Occupation, 1939–1944. Hippocrene Books. ISBN 0-7818-0901-0.
- Majer, Diemut (2003). Non-Germans under the Third Reich: The Nazi Judicial and Administrative System in Germany and Occupied Eastern Europe, with Special Regard to Occupied Poland, 1939–1945. Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-6493-3. Parameter
|coauthors=
tidak diketahui diabaikan (guna|author=
) (bantuan) - "Nazi Loss in Poland Placed at 290,000". The New York Times (Siaran akhbar). 28 September 1941. Dicapai 17 January 2009.
- Prazmowska, Anita J. (1995). Britain and Poland 1939–1943: The Betrayed Ally. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-48385-9.
- Piotrowski, Tadeusz (1998). Poland's Holocaust: Ethnic Strife, Collaboration With Occupying Forces and Genocide in the Second Republic, 1918–1947. Jefferson, NC: McFarland & Company. ISBN 978-0-7864-2913-4.
- Sanford, George (2005). Katyn and the Soviet Massacre of 1940: Truth, Justice And Memory. London, New York: Routledge. ISBN 0-415-33873-5.
- Seidner, Stanley S. (1978). Marshal Edward Śmigły-Rydz Rydz and the defence of Poland. New York.
- Taylor, A. J. P. (1974). A History of World War Two. London: Octopus Books. ISBN 0-7064-0399-1. Parameter
|coauthors=
tidak diketahui diabaikan (guna|author=
) (bantuan) - Weinberg, Gerhard (1994). A World at Arms: A Global History of World War II. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-44317-2.
- Zaloga, Steve (2002). Poland 1939: The Birth of Blitzkrieg. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 1-84176-408-6. Parameter
|coauthors=
tidak diketahui diabaikan (guna|author=
) (bantuan) - Zaloga, Steve (1982). The Polish Army 1939–1945. Oxford: Osprey Publishing. ISBN 0-85045-417-4.
- KAMPANIA WRZEŚNIOWA 1939. Internetowa encyklopedia PWN (dalam bahasa Polish). Dicapai 10 December 2005. [pautan putus]
- Hahn, Fritz. Waffen und Geheimwaffen des deutschen Heeres 1933–1945. m/s. olen 1939.
Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]
- Böhler, Jochen (2006). Auftakt zum Vernichtungskrieg; Die Wehrmacht in Polen 1939 (Preface to the War of Annihilation: Wehrmacht in Poland) (dalam bahasa German). Frankfurt: Fischer Taschenbuch Verlag. ISBN 3-596-16307-2.
- Gross, Jan T. (2002). Revolution from Abroad: The Soviet Conquest of Poland's Western Ukraine and Western Belorussia. Princeton: Princeton University Press. ISBN 0-691-09603-1.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: Polish September Campaign |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pencerobohan Poland |
- The Conquest of Poland and the Beginnings of Jewish Persecution on the Yad Vashem website
- German invasion of Poland Original reports from The Times
- Detailed outline of campaign, mainly from German documents
- The Campaign in Poland at WorldWar2 Database
- The Campaign in Poland at Achtung! Panzer
- German Statistics including September Campaign losses
- Brief Campaign losses and more statistics
- Fall Weiß – The Fall of Poland
- Radio reports on the German invasion of Poland[pautan putus] and Nazi broadcast claiming that Germany's action is an act of defence[pautan putus]
- Headline story on BBC: Germany invades Poland 1 September 1939.
- Halford Mackinder's Necessary War An essay describing the Polish Campaign in a larger strategic context of the war
- Detailed Polish Army organization schemas by Dr. Leo Niehorster
- Detailed German Army organization schemas by Dr. Leo Niehorster
- Polish Armoured Units 1939
- Nazi invasion of Poland in 1939: Images and Documents from the Harrison Forman collection
- "The Polish Campaign of September 1939 in Perspective" Polish News, 24 September 2008
- Invasion of Poland by Bradley Lightbody, Last updated 2011-03-30
- The Mythical Polish Cavalry Charge
- Cavalry Brigade, Propaganda, Misconceptions and Lost Opportunity