PasMa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan / NGO yang baru ditubuhkan. Presidennya ialah Phahrolrazi Mohd Zawawi adalah ADUN Pengkalan Kundor .NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS. PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS.

PasMa ditubuhkan oleh anggota PAS untuk mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat dengan menganjurkan dialog dan wacana. Tujuannya untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah belah. Kumpulan dan pemimpin yang menyertai forum kami mungkin menimbulkan idea untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS apabila melihat perkembangan baru, contohnya PAS cuba keluar dari Pakatan. Timbul spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS.

PasMa tidak berniat untuk menggulingkan kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama. Rangka kerja dalam parti tidak membenarkan untuk membincangkan isu sensiti.Semua ahli PAs perlu merujuk kepada proses parti jika ingin menjemput sesiapa untuk berbincang.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]