Pergi ke kandungan

Zolkifly Md Lazim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zolkifly Md Lazim
ذولكيفلي محمد لازيم
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Telok Bahang
Dalam jawatan
2 Ogos 2018 – 5 Mac 2023
Didahului olehShah Haedan Ayoob Hussain Shah
Maklumat peribadi
Lahir (1964-11-13) 13 November 1964 (umur 61)
Malaysia
Parti politik BERSATU (2018-)
PAS (-2018)
PasanganDr. Rosnah Abu Hassan

Zolkifly Md Lazim (lahir 13 November 1964) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi DUN Telok Bahang mewakili BERSATU.[1] Sebelum menyertai BERSATU, beliau ialah anggota Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kemudiannya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi PASMA Pulau Pinang[2] sebelum menyertai BERSATU.

Beliau telah bertanding kerusi DUN Telok Bahang, Pulau Pinang pada PRU 14 dan telah mengalahkan penyandang kerusi dari UMNO, Datuk Shah Haedan Ayoob Hussain Shah.[3]

Pada 8 Ogos 2018, beliau telah mencadangkan agar Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan Bank Negeri Pulau Pinang bagi membiayai projek mega di Pulau Pinang tanpa mengharapkan pembiayaan dari Kerajaan Persekutuan.[4]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[5][6]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 N40 Telok Bahang Zolkifly Md Lazim (PPBM) 5,482 45.65% Shah Headan Ayoob Hussain Shah (UMNO) 5,057 42.11% 12,231 425 85.30%
Mohd Ali Othman (PAS) 1,469 12.23%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Zolkifly Md Lazim di Facebook

  1. ^ Maklumat calon DUN Telok Bahang, Pulau Pinang
  2. ^ Pengerusi PasMa Pulau Pinang Zolkifly Md Lazim berkata perdebatan itu tidak akan menguntungkan sesiapa memandangkan PAS sudah mengisytiharkan menjadi pembangkang negeri
  3. ^ Keputusan PRU 14 Pulau Pinang
  4. ^ Let’s have Penang state bank for projects, says rep
  5. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.