Phahrolrazi Mohd Zawawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk Ir.

Phahrolrazi Mohd Zawawi
Phahrolrazi.jpg

Pengerusi Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga
Penyandang
Tempoh jawatan 
3 Mac 2009

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah
Tempoh jawatan
?? – kini

Tempoh jawatan
2008 – kini

Parti politik PAS logo.svg PAS
Pekerjaan Jurutera, Ahli Politik
Agama Islam


Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi merupakan ahli politik PAS Kedah yang juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor. Selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Kedah.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda (Hons) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Di antara pengalaman-pengalaman beliau setelah mendapat ijazah dari UTM adalah Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), Pemaju Perumahan, kontraktor binaan dan jurutera perunding.

Politik[sunting | sunting sumber]

Setelah menang pilihan raya umum 2008, beliau telah dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Kerjaraya.[1][2]Kemudian selepas itu dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga. Pada 12 April 2008, beliau dilantik menjadi Ahli Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).[3]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya 1999, beliau menang bertanding di N17 Pengkalan Kundor dengan majoriti 675 undi . Tetapi kalah dalam Pilihan raya 2004 kepada calon BN/UMNO Mohd Jamil Idrus yang mendapat 12,584 undi. Sementara Phahrolrazi Mohd. Zawawi (Pas) mendapat 9,155 undi.

Dalam Pilihan raya 2008, beliau menang bertanding di kawasan N17 N17 Pengkalan Kundor dengan 12,575 undi. Sementara Mohd Jamil bin Hj Md Idross dari BN/UMNO mendapat 9,453 undi.

'Berbalah dengan Azizan Abdul Razak'[sunting | sunting sumber]

Dua daripada Exco Pas – Phahrolrazi Mohd Nawawi (Adun Pengkalan Kundor) dan Dr Ismail Salleh (Adun Alor Mengkudu) dilaporkan tidak mahu dilantik semula ke jawatan itu “kerana kurang yakin dengan kepemimpinan Azizan.” Pada hari Selasa 28 Februari 2012, Azizan cuba “mendapat mandat daripada kepemimpinan tertinggi parti bagi mengelakkan krisis politik.” Lapan daripada 10 exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah. Dua lagi exco iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dikatakan enggan menyambung jawatannya.[4]

Mahfuz Omar (Pas Pokok Sena) menolak tanggapan ketegasan Azizan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menjadi punca permasalahan di negeri itu. Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab menyatakan beberapa pertubuhan pelajar memberi amaran akan mengadakan protes di hadapan Wisma Darul Aman pada 19 Februari 2012.

Azizan dianggap seorang pemimpin tua (72 tahun) yang degil dan sukar didisplinkan.[5] Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan naib presidennya, Salahuddin Ayub ke Kedah sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda.[6][7]

Akhbar Utusan Malaysia dan pihak UMNO cuba melaga-lagakan mereka tetapi Phahrolrazi nafi wujudkan gerakan menentang Menteri Besar.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]