Pascal (unit)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Unit pascal (simbol: Pa) ialah satu unit terbitan SI bagi tekanan, tekanan dalaman, stres, modulus Young dan kekuatan tegangan[1] yang dinamakan sempena ahli matematik, ahli fizik, pencipta, penulis dan ahli falsafah dari Perancis, Blaise Pascal. Ia adalah ukuran daya bagi setiap unit keluasan yang ditakrifkan sebagai satu newton per meter persegi.

Unit gandaan biasa bagi pascal ialah hektopascal (1 hPa ≡ 100 Pa), kilopascal (1 kPa ≡ 1000 Pa), megapascal (1 MPa ≡ 1,000,000 Pa), dan gigapascal (1 GPa ≡ 1,000,000,000 Pa).

Tekanan atmosfera piawai di Bumi ialah 101,325 Pa. Laporan tekanan barometrik meteorologi biasanya melaporkan tekanan udara dalam hektopascal.[2] Kilopaskal digunakan dalam kegunaan lain seperti dalam penanda panduan pengembungan tayar basikal.[3] Satu hektopascal bersamaan dengan 0.1% daripada tekanan atmosfera atas sedikit daripada aras laut; satu kilopascal pula bersamaan dengan 1% tekanan atmosfera. Satu hektopascal bersamaan dengan satu milibar; satu atmosfera piawai bersamaan dengan 101.325 kPa atau 1,013.25 hPa atau 101,325 Pa. Unit imperial bagi pascal ialah paun per inci persegi (psi).

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.