Pasport Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pasport Brunei
ڤسڤورت بروني
Pasport berwarna merah dengan lambang negara Brunei di bahagian tengah, nama Brunei Darussalam dalam tulisan Jawi dan Rumi di bahagian atas lambang, dan perkataan passport dan simbol pasport biometrik di bahagian bawah lambang.
Muka depan pasport (dengan cip ) yang dikeluarkan sejak 2008.
JenisPasport
Dikeluarkan oleh
 Brunei
— Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Pertama kali dikeluarkan
5 Mei 2008 (versi biometrik)
TujuanPengenalan
KelayakanWarganegara Brunei
Tempoh tamat
5 tahun
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pasport Brunei ialah dokumen perjalanan yang dikeluarkan untuk pemegang kerakyatan Brunei oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Ia memberikan kebenaran kepada pemegangnya untuk membuat perjalanan antarabangsa. Sewaktu pentadbiran British di Brunei, pasport British digunakan.

Kesahan[sunting | sunting sumber]

Pasport Brunei sah untuk tempoh lima tahun dan pasport tersebut mestilah sah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh bagi membuat perjalanan antarabangsa.[1]

Jenis pasport Brunei[sunting | sunting sumber]

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mengeluarkan tiga jenis pasport Brunei dengan tujuan yang berbeza seperti di bawah.[2] Sejak tahun 2008, kesemua pasport Brunei mengandungi ciri biometrik, di mana pasport tersebut mengandungi cip yang menyimpan imej wajah dan cap jari pemegangnya.[3]

Kategori Warna kulit Bayaran Tempoh mansuh Penerangan
Pasport biometrik Merah BN$60.00 5 tahun Dikeluarkan kepada semua warganegara Brunei
Pasport rasmi Hitam Percuma Dikeluarkan kepada warganegara Brunei dengan sokongan daripada kementerian atau jabatan di Brunei dan mendapat kebenaran daripada Jabatan Perdana Menteri.
Pasport diplomatik Biru tua Dikeluarkan kepada warganegara Brunei dengan sokongan dan kebenaran daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Tataletak[sunting | sunting sumber]

Format[sunting | sunting sumber]

Di kulit hadapan pasport, perlambangan lambang negara Brunei berada di tengah. Nama negara Brunei Darussalam dalam tulisan Jawi iaitu بروني دارالسلام dan tulisan Rumi iaitu "BRUNEI DARUSSALAM" (kesemuanya dalam huruf besar) dipaparkan di atas perlambangan, manakala perkataan "PASSPORT" terletak di bahagian bawah lambang dan simbol cip pasport biometrik (Ikon pasport biometrik) dipaparkan di bawahnya. Bagi pasport-pasport rasmi dan diplomatik, perkataan "PASSPORT" tersebut digantikan dengan "DIPLOMATIC PASSPORT" dan "OFFICIAL PASSPORT" (kesemuanya dalam huruf besar) masing-masing.

Halaman pengenalan[sunting | sunting sumber]

Halaman data dan maklumat dicetak dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Di halaman data, terdapat maklumat berkaitan dengan pemegang pasport, di maklumat tersebut terdiri daripada gambar yang didigitalkan serta data pasport dan pemegang pasport:

  • Gambar pemegang pasport
  • Jenis ("P" untuk pasport)
  • Kod negara
  • Nombor siri pasport
  • Nama pemegang pasport
  • Jantina
  • Kerakyatan
  • Tarikh lahir (HH-BB-TTTT)
  • Tempat lahir
  • Tarikh pasport dikeluarkan (HH-BB-TTTT)
  • Pihak berkuasa yang mengeluarkan pasport
  • Tarikh mansuh (HH-BB-TTTT)
  • Nombor kad pengenalan
  • Perubahan (jika ada)

Catatan pasport[sunting | sunting sumber]

Seperti kebanyakkan negara di dunia, pasport Brunei juga mempunyai catatan bagi mengenal pasti bahawa pembawa sebagai warganegara negara pengeluar, meminta pemegang itu dibenarkan masuk dan melalui negara lain, dan selanjutnya meminta, apabila perlu, diberikan bantuan selaras dengan norma antarabangsa. Catatan tersebut dipaparkan dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi dan bahasa Inggeris:

Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Tulisan Jawi

بهواسڽ اتس نام کباوە دولي يڠمها مليا ڤادک سري بݢندا سلطان دان يڠدڤرتوان نݢارا بروني دارالسلام دمينتا سکلين يڠ برکناٴن سڤاي ممبنرکن ڤمباوا ڤسڤورت اين لالو دڠن بيبس دڠن تياد هلاڠن دان ممبري کڤداڽ اڤ٢ جوا ڤرتولوڠن دان ڤرليندوڠن يڠ ڤرلو.

Tulisan Rumi (tidak tersedia di dalam pasport)

Bahawasanya atas nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diminta sekalian yang berkenaan supaya membenarkan pembawa pasport ini lalu dengan bebas dengan tiada halangan dan memberi kepadanya apa-apa jua pertolongan dan perlindungan yang perlu.

Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

These are to request and require in the name of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, all those whom it may concern to allow the bearer to pass freely without let or hindrance and to afford the bearer such assistance and protection as may be necessary.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Passport Renewal". mfa.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Kedutaan Besar Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2021. Dicapai pada 16 Mei 2022.
  2. ^ "Dokumen Perjalanan". immigration.gov.bn. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2022. Dicapai pada 16 Mei 2022.
  3. ^ Shareen Han (5 Mei 2008). "New biometric passport to be launched today". www.bt.com.bn. The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Disember 2015. Dicapai pada 16 Mei 2022.