Portal:Politik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Portal Politik
Kertas undi bertanda X yang dimasukkan ke dalam kotak undian
Politik atau siasah merupakan set kegiatan yang dikaitkan dengan membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan atau leompok, atau bentuk-bentuk hubungan kuasa yang lain di antara individu seperti pembahagian sumber atau status. Cabang sains sosial yang mengkaji politik dan kerajaan/pemerintahan dirujuk sebagai sains politik (sains siasah). Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan/pemerintahan, tingkah laku politik boleh didapati di dalam sektor korporat, akademik, agama, dan institusi-institusi lain. (Rencana penuh...)
Rencana pilihan

Satu pilihan raya kecil telah diadakan bagi bagi bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Ia merupakan pilihan raya kecil ke-9 di Malaysia selepas pilihan raya umum 2008. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor akibat jangkitan di dalam darah. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan bahawa tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober 2009 manakala 11 Oktober 2009 sebagai tarikh pilihan raya kecil ini. Pada 3 Oktober 2009, setelah ditutup pencalonan, didapati bahawa pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Barisan Nasional yang diwakili oleh calon UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dengan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Zulkefly Mohamad Omar. Setelah dibuat pengiraan pada 11 Oktober 2009, didapati bahawa calon BN, Tan Sri Isa Samad secara rasmi menang besar di dalam pilihan raya kecil kali ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya iaitu sebanyak 5,435 undi. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan lain di: Wikipedia, Portal · Sunting
Gambar pilihan
Perjanjian Damai Münster

Pengesahan Perjanjian Damai Münster pada 1648, seperti yang dilukis oleh Gerard ter Borch pada tahun yang sama. Selepas tujuh tahun rundingan, perjanjian ini telah dipersetujui di mana Sepanyol mengiktiraf kemerdekaan Belanda Bersatu. Perjanjian ini menyumbang kepada Perjanjian Damai Westfalia, yang mengakhiri Perang Tiga Puluh Tahun dan Lapan Puluh Tahun.

(Lukisan oleh Gerard ter Borch)