Pasukan besbol kebangsaan Korea Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Korea Selatan
Maklumat
NegaraKorea Selatan Korea Selatan
PersekutuanPersatuan Sofbol Besbol Korea
KonfederasiPersekutuan Besbol Asia
PengurusKorea Selatan Lee Kang-chul (2022–kini)
KaptenKim Hyun-soo
Kedudukan WBSC
SemasaTemplat:WBSC World Rankings
Tertinggi2 (pertama pada Ogos 2021)
Terendah8 (pertama pada Disember 2014)
Uniform
South Korea's national baseball uniform
World Baseball Classic
Kemunculan5 (pertama pada 2006)
Keputusan terbaikSilver Ke-2 (2009)
Sukan Olimpik
Kemunculan3 (pertama pada 1996)
Keputusan terbaik Gold: 1 - 2008
WBSC Premier12
Kemunculan1 (pertama pada 2015)
Keputusan terbaik 1st (1 time, in 2015)
Piala Dunia
Kemunculan14 (pertama pada 1976)
Keputusan terbaik 1 (1982)
Piala Antara Benua
Kemunculan14 (pertama pada 1975)
Keputusan terbaik 1 (1977)
Sukan Asia
Kemunculan7 (pertama pada 1994)
Keputusan terbaik 1 (5: 1998, 2002, 2010, 2014, 2018)
Kejohanan Asia
Kemunculan27 (pertama pada 1954)
Keputusan terbaik 1 (8: 1963, 1971, 1975, 1983, 1989, 1997, 1999, 2015)

Pasukan besbol kebangsaan Korea Selatan (Korea: 대한민국 야구 국가대표팀) juga dikenali sebagai Blue Wave (Korea: 푸른물결) ialah pasukan kebangsaan besbol yang mewakili negara Korea Selatan. Pasukan ini pernah memenangi Piala Dunia Besbol pada 1982 dan mengambil bahagian di Sukan Olimpik pada 1984, 1988, 1996 dan 2000. Di Sukan Olimpik 2008, pasukan Korea meraih pingat emas dalam aksi final menewaskan Cuba. Pada masa kini, Korea merupakan pasukan di kedudukan keempat dalam WBSC World Rankings.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Perang Korea[sunting | sunting sumber]

Mubaligh Amerika telah membawa masuk sukan besbol ke Korea pada abad ke-19. Pada kurun ke-19, Marin Amerika Syarikat telah beraksi dalam perlawanan persahabatan mewakili ekspatriat Amerika menentang Kelab Olahraga Seoul. Sukan ini terus berkembang dan terkenal sewaktu pemerintahan Jepun.[1]

Pada Disember 1921, sebuah pasukan Amerika yang terdiri daripada pemain Major League singgah di Seoul sewaktu kunjungan Asia dan sebuah pasukan Korea dikumpulkan untuk beraksi dalam satu perlawanan antara kedua pasukan. Pasukan Korea tewas 23-3.[2] Beberapa buah bandar di Korea juga mengambil bahagian dalam kejohanan besbol antara bandar oleh pihak Jepun sejak penganjuran sulung pada 1927 sehingga 1942.[3] Pada tahun 1940 dan 1942, Seoul memenangi kejohanan tersebut dengan masing-masing menewaskan pasukan Dalian dan Osaka. Sekurang-kurangnya terdapat seorang pemain Korea yang pernah beraksi menentang Babe Ruth ketika pasukan All-Star Amerika melakukan jelajah Jepun pada 1934.

Era selepas perang[sunting | sunting sumber]

Era 1980-an menandakan permulaan era besbol dimainkan secara profesional di Korea Selatan. Pada tahun 1982, pasukan MBC Chungyong, Lotte Giants, Samsung Lions, OB Bears, Haitai Tigers dan Sammi Superstars telah ditubuhkan dan beraksi di Kejohanan Besbol Korea.[4] Liga ini terus berkembang menjadi liga utama Korea Selatan apabila pasukan-pasukan penyertaan ditambah kepada 10 buah pasukan.

Besbol mencapai populariti baru tersendiri apabila pitcher Chan Ho Park melakukan debut untuk Los Angeles Dodgers pada 1994.[5] Park meraih kejayaan kariernya di Major League Baseball dan secara tidak langsung membuka laluan kepada pemain Korea Selatan lain untuk mengembangkan karier di Amerika seperti Hee-seop Choi, Byung-hyun Kim, Bong Jung-keun, Shin-Soo Choo, Hyun-jin Ryu dan Jung-ho Kang.

Pasukan kebangsaan Korea Selatan pula diuruskan oleh Pertubuhan Besbol Korea (KBO). Pasukan kebangsaan terus berkembang di arena besbol antarabangsa pada pertengahan 2000-an apabila meraih tempat kedua di World Baseball Classic 2009, merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik 2000 di Sydney serta memperoleh pingat emas mengalahkan Cuba di Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Selepas kejohanan World Baseball Classic 2023, Korea Selatan berada di kedudukan kelima berdasarkan WBSC World Rankings.[6]

Rekod[sunting | sunting sumber]

Sukan Olimpik[sunting | sunting sumber]

Rekod Sukan Olimpik Kelayakan
Tahun Pusingan Posisi M K RS RA
Amerika Syarikat 1984 Akhir Ke-4 [a] 2 3 12 17 Gold Siri Dunia Amatur 1982
Korea Selatan 1988 Akhir Ke-4 [a] 2 3 11 19 Layak sebagai tuan rumah
Sepanyol 1992 tidak layak Kejohanan Besbol Asia 1987
Amerika Syarikat 1996 Utama Ke-8 1 6 40 59 Kejohanan Besbol Asia 1995
Australia 2000 Akhir Ke-3 4 3 45 30 Kejohanan Besbol Asia 1999
Yunani 2004 tidak layak Kejohanan Besbol Asia 2003
Republik Rakyat China 2008 Akhir 1 9 0 50 26 Kejohanan Besbol Asia 2007
Kejohanan Kelayakan Akhir
Jepun 2020 Aksi pingat gangsa Ke-4 3 4 33 35 Kejohanan Besbol Asia 2007
WBSC Premier12 2019
Jumlah [b] 4/6 17 13 178 150
  1. ^ a b Tiada penyampaian pingat; hanya sebagai demonstrasi sukan
  2. ^ Jumlah hanya termasuk tahun 1992 sehingga 2020, ketika besbol menjadi sukan rasmi pingat.

Sukan Asia[sunting | sunting sumber]

Tahun Keputusan Perlawanan Menang Kalah
Jepun 1994 Ke-2 4 3 0
Thailand 1998 1 6 6 0
Korea Selatan 2002 1 6 6 0
Qatar 2006 Ke-3 5 3 2
Republik Rakyat China 2010 1 5 5 0
Korea Selatan 2014 1 5 5 0
Indonesia 2018 1 5 4 1
Jumlah 7/7 41 37 4

World Baseball Classic[sunting | sunting sumber]

Rekod World Baseball Classic Rekod kelayakan
Tahun Pusingan Posisi M K RS RA M K RS RA
Jepun Amerika Syarikat 2006 Separuh akhir Bronze Ke-3 6 1 26 14 Tiada kelayakan diadakan
Jepun Amerika Syarikat 2009 Final Silver Ke-2 6 3 53 30 Tiada kelayakan diadakan
Taiwan 2013 Pusingan 1 Ke-9 2 1 9 7 Layak secara automatik
Korea Selatan 2017 Pusingan 1 Ke-10 1 2 12 15 Layak secara automatik
Jepun 2023 Pusingan 1 Ke-9 2 2 40 26 Layak secara automatik
Jumlah 5/5 17 9 140 92 - - - -

Kejohanan Premier12[sunting | sunting sumber]

Rekod Premier12 Kelayakan
Tahun Pusingan Posisi M K RS RA
2015 Akhir Gold 1 6 2 WBSC World Rank Ke-8
2019 Akhir Silver Ke-2 5 3 WBSC World Rank Ke-3

Kejohanan lain[sunting | sunting sumber]

Piala Dunia Besbol
Tahun Tuan rumah Posisi M K #
pasukan
1976 Cartagena 6 5 5 11
1978 Rom 3 9 2 11
1980 Tokyo 2 9 2 12
1982 Seoul 1 8 1 10
1984 Havana 5 5 7 13
1986 Amsterdam 2 8 3 12
1988 Rome 8 5 6 12
1990 Edmonton 3 5 4 12
1994 Managua 2 7 3 16
1998 Rome 2 6 4 16
2001 Taipei 6 6 4 16
2003 Havana 8 3 6 16
2005 Rotterdam 2 7 4 18
2007 Taipei 5 6 4 16
2009 Nettuno 9 4 6 22
2011 Panama 6 6 6 16

Piala Antara Benua
Tahun Tuan rumah Posisi M K #
pasukan
1975 Kanada 5 3 4 8
1977 Managua 1 10 4 9
1981 Edmonton 4 5 4 8
1983 Belgium 5 3 3 7
1985 Edmonton 2 6 3 8
1987 Havana 6 6 7 10
1989 San Juan 4 3 5 8
1991 Barcelona 5 6 3 10
1993 Itali 5 5 4 10
1995 Havana 4 5 4 12
1999 Australia 7 2 5 8
2002 Havana 2 7 3 10
2006 Taichung 7 3 6 8
2010 Taichung 6 3 5 10

Kejohanan Besbol Asia

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jeong, Andrew (27 December 2017). "What's That Rocketing Into the North Korean Sky? A Baseball!". The Wall Street Journal. Dicapai pada 27 December 2017.
  2. ^ Reaves, Joseph (2006). Gmelch, George (penyunting). Baseball Without Borders: The International Pastime. University of Nebraska Press. m/s. 96.
  3. ^ ja:都市対抗野球大会 (朝鮮)
  4. ^ "Korea.net".
  5. ^ "Chan Ho Park Player Page". Baseball-Reference.com. Dicapai pada 4 November 2014.
  6. ^ "WBSC World Rankings". WBSC.org. 28 March 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]