Pasukan bola jaring kebangsaan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasukan bola jaring kebangsaan Malaysia adalah pasukan bola jaring yang mewakili Malaysia dalam persaingan antarabangsa. Pada tahun 2005, pasukan Singapura memenangi Kejohanan Bola Jaring Asia dengan jaringan 53-39 ke atas pasukan Malaysia. Malaysia layak ke Kejohanan Bola Jaring Dunia pada edisi 2011 di Singapura, menamatkan di kedudukan keenam belas. Pasukan untuk Kejohanan Dunia dilatih oleh Choo Kon Lee dan diketuai oleh Aruna Santhappan. Sehingga 21 Julai 2019, pasukan Malaysia berada di tangga ke-27 dalam Kedudukan Dunia INF.[1] Berikutan pelantikan Tracey Robinson Australia sebagai ketua jurulatih pada tahun 2016, pasukan Malaysia menjadi Juara Asia pada tahun 2016, menewaskan Sri Lanka pada perlawanan akhir dan menyusuli kemenangan dengan kemenangan lain pada 2017 di Sukan Asia Tenggara selepas membelasah Singapura dalam perebutan pingat emas di perlawanan akhir. Pasukan Malaysia sekali lagi ulangi pencapaian 2017 pada temasya Sukan Asia Tenggara 2019 di Filipina dengan menundukkan lawan yang sama dengan keputusan 48-42, sekaligus mempertahankan pingat emas.[2]

Pasukan bola jaring kebangsaan Malaysia dikelola oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) dan presiden terkini ialah Alwiyah Talib.[3]

Barisan pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad Sukan Sea 2017[sunting | sunting sumber]

Pasukan bola jaring kebangsaan Malaysia
Pemain Staf kejurulatihan
  • Karishma S. Loganathan
  • Norashikin Kamal Zaman
  • Pow Mei Foong
  • Yap Suo Kuen
  • Shandralelka Shanmugam
  • An Najwa Azizan
  • Siti Nor Farhana Mustafa
  • Izyan Syazana Mohd Wazir
  • Nur Fariha Abdul Razak
  • Nur Syafazliyana Mohd Ali
  • Noramirah Dayana Noor Azhar
  • Puah Pei San
  • Ketua jurulatih: Tracey Robinson

Rujukan[sunting | sunting sumber]