Sukan Asia Tenggara 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Kuala Lumpur 2017" dilencongkan ke sini. Untuk Sukan Para ASEAN, sila lihat Sukan Para ASEAN 2017.
Sukan Asia Tenggara ke-29
Kuala-lumpur-2017.png
Bandar tuan rumah Kuala Lumpur
Negara Malaysia
Cogan kata Bangkit Bersama
(Bahasa Inggeris: Rising Together)
Penyertaan negara 11
Penyertaan atlet ≈4888 orang
Acara 404
Sukan 38
Upacara pembukaan 19 Ogos 2017
Upacara penutup 30 Ogos 2017
Dirasmikan oleh Sultan Muhammad V, Kelantan
Yang di-Pertuan Agong
Pembaca ikrar Atlet Nauraj Singh Randhawa
Pembaca ikrar Juri Megat Zulkarnain Omardin
Pembawa Obor Nur Dhabitah Sabri
Stadium Utama Stadium Nasional Bukit Jalil
Laman Sesawang Sukan Asia Tenggara 2017
2015 2019  >

Sukan Asia Tenggara 2017, dikenali secara rasminya sebagai Sukan Asia Tenggara ke-29 dan secara umumnya sebagai Kuala Lumpur 2017 merupakan temasya sukan berperingkat rantau Asia Tenggara yang telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 19hb hingga 30hb Ogos 2017.[1] Temasya sukan ini merupakan kali keenam Sukan Asia Tenggara itu diadakan di Malaysia, selepas tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. Sehingga temasya sukan ini, 16 tahun telah berlalu sejak kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan dwi-tahunan tersebut.[2][3]

Stadium Nasional Bukit Jalil, lokasi utama Sukan SEA 2017.

Pengelolaan[sunting | sunting sumber]

Bandar tuan rumah[sunting | sunting sumber]

Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Kuala Lumpur
Kedudukan Kuala Lumpur di Malaysia.

Mengikut tradisi Sukan Asia Tenggara, setiap ahli Persekutuan Sukan Asia Tenggara (South East Asian Games Federation), menganjurkan Temasya Sukan Asia Tenggara mengikut giliran. Setiap negara ditetapkan satu tahun tertentu untuk menganjurkan temasya sukan, tetapi bebas untuk memilih sama ada ingin menganjurkannya atau tidak.[4]

Pada Julai 2012, sebuah mesyurat Persekutuan Sukan Asia Tenggara di Myanmar telah pasti bahawa Malaysia akan menganjurkan Sukan Asia Tenggara pada tahun 2017, sekiranya tiada negara rela menganjurkan temasya sukan dwi-tahunan tersebut.[2] Ketua setiausaha Majlis Olimpik Malaysia Sieh Kok Chi yang menghadiri mesyuarat berkata bahawa Myanmar akan menganjurkan Temasya Sukan pada tahun 2013, manakala Singapura pada tahun 2015. Temasya Sukan 2017 sepatutnya dianjurkan Brunei mengikut giliran, tetapi Brunei memilih untuk menganjurkan temasya sukan 2019. Oleh itu, Malaysia secara rela hati menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2017.

Pembangunan dan persiapan[sunting | sunting sumber]

Jawatankuasa pengelolaan Sukan Asia Tenggara Malaysia terbentuk pada tahun 2015 untuk memantau penganjuran temasya sukan.

Tempat[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Sukan Asia Tenggara 2017 jika dilihat dari Semenanjung Malaysia
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Selangor
Selangor
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Terengganu
Terengganu
Kedah
Kedah
Putrajaya
Putrajaya
Negeri-negeri tuan rumah temasya Sukan Asia Tenggara 2017

Sukan Asia Tenggara 2017 akan dianjurkan dalam beberapa negeri di Malaysia.[5][6] Kesemua tempat yang sedia ada di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil telah dinaikkan taraf sementara sebuah velodrom baru, berharga RM 80 juta telah dibina di Nilai, Negeri Sembilan untuk menganjurkan acara lumba basikal trek. Velodrom tersebut telah disiapkan pada akhir Mac 2017 lalu dibuka pada 26 Mei 2017.[7][8] Pada asalnya, Sabah dan Sarawak telah dipertimbangkan untuk penganjuran beberapa acara sukan.[5] Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017, Zolkples Embong telah memutuskan untuk tidak melibatkan negeri-negeri Malaysia Timur dengan memetik "kos tinggi" sebagai sebab utama untuk tidak melibatkan negeri-negeri tersebut.[9]

Lebih daripada RM1.6 billion telah diperuntukkan oleh negara tuan rumah untuk menukarkan Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan kawasan di sekitarnya kepada Bandar Sukan.[10] Kerja-kerja fasa pertama adalah untuk menyediakan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menganjurkan temasya Sukan Asia Tenggara 2017.[11]

Temasya Sukan Asia Tenggara ke-29 mempunyai 36 tempat untuk temasya sukan, 19 di Kuala Lumpur, 10 di Selangor, 3 di Putrajaya, 2 di Negeri Sembilan dan 1 masing-masing di Terengganu dan Kedah.[12]

Negeri Tempat Pertandingan Sukan
Kuala Lumpur Kompleks Sukan Negara
Pusat Akuatik Negara Akuatik (Renang, Terjun, Renang berirama, Polo air)
Padang Sintetik Memanah
Stadium Nasional Bukit Jalil Olahraga, Bola sepak
Stadium Putra Badminton
Stadium Hoki Nasional Malaysia Hoki padang
Kompleks Sukan Bukit Kiara
Pusat Boling Padang Negara Boling padang
Stadium Juara Bola Jaring
Lain
Stadium MABA Bola Keranjang
Pusat Skuasy Negara Skuasy
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Biliard dan snuker, Judo, Karate, Pencak silat, Taekwondo, Wushu
Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia Tinju, Lawan pedang, Gimnastik, Hoki, Muay, Angkat berat, Ping pong
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Bola sepak
Universiti Malaya Bola sepak
Kelab Raintree Skuasy
Taman Rekreasi Pudu Ulu, Kuala Lumpur Petanque
Pusat Tenis Negara, Jalan Duta Tenis
Stadium Badminton Cheras Bola tampar
Arena Ais Empire City Hoki ais, Luncur ais
Stadium Titiwangsa Sepak takraw
Selangor Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Bola sepak
Stadium Shah Alam Bola sepak
Stadium Selayang Bola sepak
Kinrara Oval, Puchong Kriket
Taman Ekuestrian 3Q Rawang Ekuestrian (Dressage, Pertandingan Lompat Kuda)
Kelab Golf Mines Resort City Golf
Stadium MBPJ Ragbi bertujuh
Lapangan sasar menembak negara Menembak
Megalanes, Sunway Pyramid Boling Tenpin
Panasonic Stadium Shah Alam Futsal
Putrajaya Tasik Putrajaya Triathlon, Lumba ski air, Akuatik (Renang perairan terbuka)
Putrajaya Basikal Jalan, Olahraga (Maraton)
Taman Ekuestrian Putrajaya Ekuestrian (Polo)
Negeri Sembilan Velodrom Nilai dan Litar BMX Basikal Trek, BMX
Dataran Nilai Basikal Jalan
Terengganu Taman Ekuestrian Antarabangsa Terengganu Ekuestrian (Daya Ketahanan)
Kedah Pusat Kapal Layar Negara, Langkawi Lumba layar

Sukarelawan[sunting | sunting sumber]

Para penganjur menjangkakan bahawa 20,000 orang sukarelawan diperlukan untuk menganjurkan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN dengan jayanya. Mereka ditugaskan tugasan, seperti catatan keputusan, pengawalan orang ramai, penjualan tiket, promosi. Pengambilan sukarelawan bermula pada 14 November 2015, serentak dengan tarikh parti pelancaran logo, cogan kata dan maskot temasya sukan,[13] sehingga Julai 2017 dengan 50,000 orang memohon sebagai sukarelawan. Fasa pertama program sukarelawan temasya sukan telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi[14] pada Februari 2017, fasa kedua latihan telah diadakan pada April sementara fasa ketiga dan terakhir latihan telah masing-masing diadakan pada Mei dan Jun.[15] Pada 19 Julai 2017, daripada 50,000 orang pemohon dalam talian, 13,000 orang telah dipilih sebagai sukarelawan temasya sukan. 9000 orang telah dipilih sebagai sukarelawan Sukan Asia Tenggara 2017, sementara 4000 orang lain telah dipilih sebagai sukarelawan Sukan Para ASEAN 2017.[16]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Rimau, Harimau Malaya, Maskot rasmi temasya sukan.

Cogan kata[sunting | sunting sumber]

Cogan kata rasmi Sukan Asia Tenggara 2017 ialah “Bangkit Bersama” (bahasa Inggeris: Rising Together). Ia telah dipilih untuk menunjukkan perpaduan negara-negara Asia Tenggara dan juga menunjukkan bahawa Temasya sukan Kuala Lumpur sebagai temasya pertama Sukan Asia Tenggara yang diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada tahun 2015.[17]

[sunting | sunting sumber]

Logo Sukan Asia Tenggara 2017 ialah imej sebuah Wau Bulan, sejenis layang-layang berbentuk bulan sabit yang terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.[18] Gabungan jalur warna-warni dikumpulkan daripada panji-panji semua negara Asia Tenggara. Sebuah pertandingan seluruh negara telah dianjurkan untuk memilih logo temasya sukan. Sejumlah 174 penyertaan telah dihantar untuk pertandingan rekaan logo tersebut.[19]

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot Rasmi Sukan Asia Tenggara 2017 ialah seekor Harimau Malaya beranimasi yang bernama Rimau. Ia telah dilancarkan pada 14hb November 2015 berserta logo dan tema temasya sukan. Namanya ialah singkatan nilai-nilai teras temasya sukan, iaitu: Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) dan Bersatu (Unity). Dia disifatkan sebagai seorang atlet yang gagah perkasa, peramah, berdaya saing dan berjiwa atlet sebenar.[18]

Temasya sukan[sunting | sunting sumber]

Negara bertanding[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 38 sukan telah dipertandingkan dalam edisi ini.

Takwim[sunting | sunting sumber]

OC Upacara pembukaan Pertandingan acara 1 Acara pingat emas CC Upacara penutupan
Ogos 14
Isn
15
Sel
16
Rab
17
Kha
18
Jum
19
Sab
20
Aha
21
Isn
22
Sel
23
Rab
24
Kha
25
Jum
26
Sab
27
Aha
28
Isn
29
Sel
30
Rab
Acara pingat emas
Upacara OC CC
Memanah 2 2 1 2 2 1 10
Olahraga 2 8 9 9 9 8 45
Badminton 2 5 7
Bola keranjang 2 2
Billiard dan snuker 2 1 1 3 7
Boling 2 2 1 2 2 2 11
Tinju 6 6
Kriket 1 1 1 3
Lumba basikal 2 1 1 1 2 4 4 5 20
Terjun 3 2 3 3 2 13
Ekuestrian 2 1 1 1 1 6
Lawan pedang 2 2 2 6
Hoki padang 1 1 2
Luncur ais berbunga 2 2
Bola sepak 1 1 2
Futsal 2 2
Golf 4 4 4
Gimnastik 1 1 5 5 1 2 5 20
Hoki ais 1 1
Hoki dalam dewan 1 1 2
Judo 3 3 6
Karate 6 6 4 16
Boling padang 2 2 2 2 8
Muay 5 5
Bola jaring 1 1
Pencak silat pictogram.svg Pencak silat 1 1 1 1 16 20
Petanque pictogram.svg Pétanque 2 2 2 1 7
Polo 1 1
Ragbi bertujuh 2 2
Lumba layar 3 4 2 5 14
Sepak takraw 2 2 1 1 1 2 2 1 12
Menembak 1 3 2 3 2 3 14
Luncur ais laju trek pendek 2 4 6
Skuasy 2 3 2 2 9
Renang 2 6 6 6 7 7 6 40
Renang berirama 2 1 2 5
Ping pong 3 2 2 7
Taekwondo 5 4 3 4 16
Tenis 2 3 5
Triathlon 2 2
Bola tampar 2 2
Polo air 1 1 2
Luncur air 4 1 6 11
Angkat berat 2 2 1 5
Wushu 5 6 6 20
Jumlah acara pingat emas 0 0 4 6 4 4 21 25 45 40 49 29 51 34 25 60 7 404
Jumlah terkumpul 0 0 4 10 14 18 39 64 109 149 198 227 278 312 337 397 404
Ogos 14
Isn
15
Sel
16
Rab
17
Kha
18
Jum
19
Sab
20
Aha
21
Isn
22
Sel
23
Rab
24
Kha
25
Jum
26
Sab
27
Aha
28
Isn
29
Sel
30
Rab
Acara pingat emas

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

Petunjuk

  *   Negara tuan rumah (Malaysia)

Jadual pingat Sukan Asia Tenggara 2017
Ked. JOK Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Malaysia (MAS)* 145 92 86 323
2  Thailand (THA) 72 86 88 246
3  Vietnam (VIE) 58 50 60 168
4  Singapura (SGP) 57 58 73 188
5  Indonesia (INA) 38 63 90 191
6  Filipina (PHI) 24 33 64 121
7  Myanmar (MYA) 7 10 20 37
8  Kemboja (CAM) 3 2 12 17
9  Laos (LAO) 2 3 21 26
10  Brunei (BRU) 0 5 9 14
11  Timor-Leste (TLS) 0 0 3 3
Jumlah (11 JOK) 406 402 526 1,334
Pungutan pingat SUKAN SEA 2017

Siaran rasmi[sunting | sunting sumber]

Kebimbangan dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kesilapan cetakan bendera Indonesia dalam keadaan terbalik di buku cenderamata Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur telah menimbulkan kecaman daripada warga siber Indonesia.[20] Lantaran kejadian tersebut, Presiden Indonesia, Joko Widodo, menantikan permohonan maaf rasmi daripada Malaysia. Beliau juga menasihati rakyat Indonesia agar tidak membesar-besarkan isu berkenaan.[21] Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin, telah menemui Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi, untuk "menjelaskan kesilapan yang dikesali dan menyampaikan permintaan maaf bagi pihak MASOC (Jawatankuasa Pengelola Malaysia)".[22] Walaupun setelah memohon maaf secara rasmi, beberapa laman web Malaysia telah digodam oleh sekumpulan penggodam Indonesia yang menggelar diri mereka sebagai ExtremeCrew. Antaranya termasuklah laman web Sekolah Seri Puteri (seriputeri.edu.my) dan innercircle.my.[23]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wan Noriza Meor Idris (14 Oktober 2015). "2017 Kuala Lumpur SEA Games: New dates announced" [Sukan Asia Tenggara Kuala Lumpur 2017: Tarikh baharu diumumkan]. Malay Mail Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2015. Dicapai pada 14 November 2015. 
  2. ^ a b Bernama (18 Julai 2012). "Malaysia to host 2017 SEA Games" [Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2017]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Star Media Group Berhad. Diarkibkan daripada original pada 4 November 2012. Dicapai pada 6 Ogos 2012. 
  3. ^ Bernama (17 Julai 2012). "M'sia to host 2017 SEA Games" [M'sia bakal menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2017]. The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada original pada 19 Julai 2012. Dicapai pada 6 Ogos 2012. [pautan putus]
  4. ^ Michael Angelo S. Murillo (25 September 2015). "Ready for SEA Games 2019" [Bersedia untuk Sukan Asia Tenggara 2019]. Weekender (dalam bahasa Inggeris). BusinessWorld Online. Diarkibkan daripada original pada 25 September 2015. Dicapai pada 25 September 2015. 
  5. ^ a b Ruben Sario (7 September 2013). "Khairy proposes Sabah, Sarawak for SEA games" [Khairy mencadangkan Sabah, Sarawak bagi Sukan Asia Tenggara]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Star Media Group Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2015. Dicapai pada 16 Jun 2015. 
  6. ^ "South East Asian NOCs in Singapore for the 28th SEA Games 28th SEA Games" [Jawatankuasa Kebangsaan Olimpik (NOC) Asia Tenggara berada di Singapura untuk berbincang mengenai Sukan Asia Tenggara ke-29] (Press release) (dalam bahasa Inggeris). Singapura: Singapore National Olympic Council. 5 Jun 2015. Diarkibkan daripada original pada 17 Jun 2015. Dicapai pada 15 Jun 2015. 
  7. ^ Bernama (17 Jun 2015). "KL to be main venue for 2017 SEA Games" [KL bakal menjadi tempat utama bagi Sukan Asia Tenggara 2017]. Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2015. Dicapai pada 17 Jun 2015. 
  8. ^ "VELODROM NASIONAL DIRASMI GEMILANG, SEDIA SEPENUHNYA UNTUK KL2017". kualalumpur2017.com.my. 25 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2017. Dicapai pada 21 Julai 2017. 
  9. ^ Bernama (6 Oktober 2015). "Sabah, Sarawak may not host 2017 SEA Games" [Sabah, Sarawak barangkali tidak menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2017]. The Malaysian Insider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada original pada 7 Oktober 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2015. 
  10. ^ Mohd Farhan Shah (3 Jun 2015). "RM1bil allocated to build Sports City" [RM1bil diperuntukkan untuk membina Bandar Sukan]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Star Media Group Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2015. Dicapai pada 19 November 2015. 
  11. ^ Bernama (28 Oktober 2015). "MRCB wins bid to regenerate Bukit Jalil sports complex" [Hak bangun semula kompleks sukan Bukit Jalil dimenangi MRCB]. New Straits Times Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2015. Dicapai pada 19 November 2015. 
  12. ^ "Sukan SEA". kualalumpur2017.com.my. 23 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 23 Jun 2017. 
  13. ^ "20,000 volunteers needed for 2017 SEA Games" [20,000 orang sukarelawan diperlukan untuk Sukan Asia Tenggara 2017]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Star Media Group Berhad. 16 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 30 Disember 2015. 
  14. ^ "PROGRAM LATIHAN SUKARELAWAN KUALA LUMPUR 2017 BERMULA". kualalumpur2017.com.my. 28 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Julai 2017. 
  15. ^ "KL2017: 2,000 SUKARELAWAN BAGI UPACARA PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN RASMI". kualalumpur2017.com.my. 20 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Julai 2017. 
  16. ^ "KL2017: SUKARELAWAN WAU FACTOR TERUJA BERCAMPUR GEMENTAR". kualalumpur2017.com.my. 19 Julai 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Julai 2017. 
  17. ^ "Sea Games 2017: Rising Together As One" [Sukan Asia Tenggara 2017: Bersatu Bangkit Bersama]. Vision KL (dalam bahasa Inggeris). 17 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Ogos 2017. 
  18. ^ a b "Jenama dan maskot Sukan SEA". kualalumpur2017.com.my. 10 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 10 Disember 2015. 
  19. ^ "PELANCARAN LOGO, MASKOT, TEMA DAN PENDAFTARAN SUKARELAWAN SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017". kualalumpur2017.com.my. 14 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2017. Dicapai pada 24 Ogos 2017. 
  20. ^ Wan Asrudi Wan Hasan (20 Ogos 2017). "'Tidak disengajakan, tiada niat buruk'". myMetro. The New Straits Press (Malaysia) Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Ogos 2017. 
  21. ^ HM Digital (20 Ogos 2017). "'Tidak usah dibesarkan-besarkan' - Jokowi". myMetro. The New Straits Press (Malaysia) Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Ogos 2017. 
  22. ^ Mohd Husni Mohd Noor (20 Ogos 2017). "Malaysia kesal insiden bendera terbalik - Anifah". myMetro. The New Straits Press (Malaysia) Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Ogos 2017. 
  23. ^ Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail (21 Ogos 2017). "Laman web sekolah pun nak godam". myMetro. The New Straits Press (Malaysia) Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 22 Ogos 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh:
2015
Singapura
Sukan Asia Tenggara Diikuti oleh:
2019
Filipina