Payday 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Payday 2
Fail:Payday2cover.jpg
PembangunOverkill Software
Penerbit505 Games
PengarahDavid Goldfarb
PengeluarAlmir Listo
PerekaUlf Andersson
Pengatur cara
  • George Giannakos
  • Martin Waern
ArtisTomislav Spajic
Komposer
SiriPayday Sunting ini di Wikidata
EnjinEnjin Diesel 2.0[2]
Platform
Pelepasan
13 Ogos 2013
  • Microsoft Windows
    • WW: 13 Ogos 2013
  • PlayStation 3, Xbox 360
    • NA: 13 Ogos 2013
    • EU: 16 Ogos 2013
  • PlayStation 4, Xbox One
    • EU: 12 Jun 2015
    • NA: 16 Jun 2015
  • Linux
    • WW: 21 Mac 2016
  • Nintendo Switch
    • EU: 23 Februari 2018
    • NA: 27 Februari 2018
Genre
Mod

Payday 2 (ڤايداي ٢) ialah permainan video POP berkoperasi yang dibangunkan oleh Overkill Software dan diterbitkan oleh 505 Games. Permainan ini ialah sekuel kepada Payday: The Heist yang keluar pada tahun 2011. Permainan rasmi terbit pada Ogos 2013 bagi platform Windows, PlayStation 3 dan Xbox 360. Versi mengemas semula permainan, yang disarikata Crimewave Edition, telah teebit bagi PlayStation 4 dan Xbox One pada Jun 2015 [3]. Versi bagi Nintendo Switch terbit hampir 3 tahun selepasnya pada Februari 2018.[4]

Ia mengambil latar dua tahun selepas peristiwa permainan sebelumnya, kumpulan samseng yang bernama Payday datang semula meneror kawasan perbandaran Washington, DC bagi melakukan misi jenayah mereka yang selanjutnya. Pemain boleh memainkan salah seorang daripada dua puluh dua anggota samseng itu. Moda permainan terbahagi antara melakukan rompakan bersendirian, atau dengan bantuan tiga rakan sepasukan.

Berbeza dari permainan prekuel yang hanya boleh merompak bank, pemain boleh menjenayah lebih banyak: merompak kedai perhiasan atau pusat beli-belah, menghasilkan dadah selepas itu dan menyebarkannya. Terdapat beberapa fitur baharu seperti kereta perisai bagi lawan karakter utama iaitu polis.

Permainan juga mempunyai siri web yang bagi memasarkan permainan.[5] Dari pra-pesanan sahaja, permainan video ini untung besar dan menerima ulasan yang positif, dari ahli kritik maupun pemainan awam.[6] Payday 2: Crimewave Edition menawarkan pembaharuan grafik yang lebih baik, kandungan baharu dan beberapa kandungan yang boleh dimuat turun. Versi pengemasan semula itu hanya terbit bagi Konsol permainan terbaharu PlayStation 4 dan Xbox One pada Jun 2015. [7]

Sekuel permainan ini bertajuk Payday 3, diterbitkan oleh Deep Silver di bawah Plaion, telah dikeluarkan pada tarikh 21 September 2023.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Clay, Sam (13 Ogos 2013). "Music to heist to: Payday 2's musical masterpiece". VG247. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 August 2017. Dicapai pada 15 November 2016.
  2. ^ "Walking Dead Developer Acquiring Valhalla Engine". November 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2021. Dicapai pada 20 June 2016.
  3. ^ "Payday 2 Brings More Cops-Versus-Robbers Shooting to Xbox One and PS4". gamespot.com. 2014-06-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2014. Dicapai pada 2014-06-13.
  4. ^ "PAYDAY 2™ coming to the Nintendo Switch System in February" (dalam bahasa Inggeris). 2017-12-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2017. Dicapai pada 2017-12-12.
  5. ^ Gauntlett, Adam (2013-06-06). "Payday 2 Live Action Web Series Cracks Its First Vault". The Escapist. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2019. Dicapai pada 2014-08-28.
  6. ^ Mudgal, Kartik (8 August 2013). "Gamechup Payday 2 profitable before launch". gamechup.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2017. Dicapai pada 12 August 2013.
  7. ^ "PAYDAY 2: Crimewave Edition brings the ultimate heist experience on June 21st". Made For Gaming. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2017. Dicapai pada 2015-05-10.
  8. ^ "Starbreeze enters co-publishing agreement with Koch Media for 2023 PAYDAY 3 launch – Starbreeze". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2022. Dicapai pada 2021-03-19.