Peginterferon alfa-2b

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peginterferon alfa-2b
Data klinikal
Nama dagangPegIntron, Sylatron, ViraferonPeg, dan lain-lain
AHFS/Drugs.comProfessional Drug Facts
MedlinePlusa605030
Data lesen
Kategori
kehamilan
  • C, X (denganribavirin)
Kaedah
pemberian
subQ
Kelas ubatInterferon alfa[1]
Data farmakokinetik
Penyingkiran separuh hayat22–60 jam
Pengecam
  • Interferon alfa 2b manusia terPEGil
ECHA InfoCard100.208.164 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC860H1353N229O255S9
Jisim molar19,269.17 g·mol−1
 ☒N☑Y (what is this?)  (verify)

Interferon alfa-2b terpegil, antaranya dijual di bawah nama dagang PegIntron, merupakan ubat yang digunakan untuk merawat hepatitis C dan melanoma.[1] Untuk hepatitis C ia biasanya digunakan berserta ribavirin dan kadar penyembuhan adalah di antara 33 hingga 82%.[1][2] Untuk melanoma ia digunakan sebagai rawatan tambahan kepada pembedahan.[1] Ubat ini diberikan melalui suntikan di bawah kulit.[1]

Kesan sampingan merupakan perkara biasa,[3] yang antaranya mungkin termasuk sakit kepala, rasa letih, perubahan pada emosi, masalah tidur, keguguran rambut, loya, sakit di tempat suntikan dan demam.[1] Antara kesan-kesan sampingan yang teruk mungkin termasuk psikosis, masalah hati, pembekuan darah, jangkitan, atau degupan jantung yang tidak teratur.[1] Penggunaan bersama ribavirin tidak digalakkan semasa mengandung.[1] Interferon alfa-2b terpegil adalah di bawah keluarga ubat interferon alfa.[1] Ia terpegil untuk melindungi molekul daripada penguraian.[3]

Interferon alfa-2b terpegil ini telah lulus untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 2001.[1] Ia berada di dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[4] Kos borong di negara membangun adalah antara 500 dan 4,800 dolar AS untuk kegunaan 12 minggu.[5] Di Amerika Syarikat kegunaan dalam jangka masa tersebut memerlukan kos kira-kira 8,400 USD,[3] manakala di United Kingdom kos tampungan dari NHS kira-kira 1595 paun.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j "Peginterferon Alfa-2b (Professional Patient Advice) - Drugs.com". www.drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2017. Dicapai pada 12 January 2017.
  2. ^ "ViraferonPeg Pen 50, 80, 100, 120 or 150 micrograms powder and solvent for solution for injection in pre-filled pen CLEAR CLICK - Summary of Product Characteristics (SPC) - (eMC)". www.medicines.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2017. Dicapai pada 12 January 2017.
  3. ^ a b c "Peginterferon alfa-2b (PegIntron) - Treatment - Hepatitis C Online". www.hepatitisc.uw.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2016. Dicapai pada 12 January 2017.
  4. ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
  5. ^ "Inclusion of the injectable formulation of peginterferon alfa-2a and -2b is proposed for the treatment of hepatitis C among adults" (PDF). who.int. m/s. 11. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 January 2017. Dicapai pada 12 January 2017.
  6. ^ British national formulary : BNF 69 (ed. 69). British Medical Association. 2015. m/s. 639. ISBN 9780857111562.