Pelodiscus sinensis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Labi-labi China
Pelodiscus.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Sauropsida
Order: Testudines
Keluarga: Trionychidae
Genus: Pelodiscus
Spesies: P. sinensis
Nama binomial
Pelodiscus sinensis
(Wiegmann, 1835)[1]
Sinonim

Lihat teks

Pelodiscus sinensis atau dikenali sebagai Labi-labi China merupakan sejenis labi-labi yang terdapat di China (termasuk Manchuria), Taiwan, Vietnam Utara, Jepun and Russia.[3][4]. Labi-labi China bersaiz sekitar 20 - 35 cm (8 - 14 inci). Labi-labi China aktif dan memburu makanan pada waktu malam. Ia memiliki muncung hidung yang panjang yang digunakan bagi bernafas seperti snorkel.

Ia adalah sukar bagi menentukan taburan habitat semulajadinya disebabkan tradisi lama menggunakannya sebagai makanan dan "tonic"[5] dan penyebaran berikutnya akibat perpindahan manusia.[6] Labi-labi China telah diperkenalkan ke Malaysia, Singapura, Thailand, Timor, Pulau Batan, Guam, sesetengah Kepulauan Hawai,[7] California[8] and Virginia.[9]


Labi-labi ini merupakan haiwan pemangsa yang memilik rahang yang kuat yang digunakan bagi memburu dan mempertahankan diri dan merupakan pemangsa yang baik dalam habitat akuatik mereka. Jangka hayatnya tidak diketahui.

Tidak seperti kura-kura lain, labi-labi China ini tidak mampu menyembunyikan kepalanya ke dalam cengkerangnya, Ia juga memiliki cengkerang yang lembut dan bergantung pada rahang dan gigitannya yang kuat bagi mempertahankan diri.

Permakanan[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan haiwan pemangsa malam yang makan semua haiwan yang dapat ditangkap oleh mereka termasuk siput, moluska, ketam, ikan, udang, serangga, katak, dan cacing.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Tempoh matang labi-labi ini tidak diketahui. Labi-labi China betina akan membina sarang dan bertelur di tebing paya atau kolam. Telor-telor itu akan dikambus dan ditinggalkan tanpa dijaga untuk berkembang bersendirian. Selepas tempoh sekitar 28 hari anak labi-labi akan menetas dan menggali keluar dari sarang di bawah tanah mereka dan merangkak keluar untuk mencari perlindungan di dalam air.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan labi-labi China ini tinggal di kawasan air tenang dengan dasar berpasir atau berlumpur seperti anak sungai, sungai tenang, paya, tasik dan takungan air di China, Korea dan Jepun. kadang kala mereka berjemur panas matahari tetapi kembali ke air apabila diancam.

Sinonim[sunting | sunting sumber]

  • Testudo rostrata Thunberg, 1787 (nomen suppressum)
  • Testudo striata Suckow, 1798
  • Testudo semimembranacea Hermann, 1804 (nomen suppressum et rejectum)
  • Emydes rostrataBrongniart, 1805
  • Trionyx (Aspidonectes) sinensis Wiegmann, 1834 (nomen conservandum)
  • Trionyx japonicusTemminck & Schlegel, 1835
  • Trionyx tuberculatus Cantor, 1842
  • Pelodiscus sinensisFitzinger, 1843
  • Tyrse perocellata Gray, 1844
  • Trionyx perocellatusGray, 1856
  • Trionyx schlegelii Brandt, 1857
  • Potamochelys perocellatusGray, 1864
  • Potamochelys tuberculatusGray, 1864
  • Landemania irrorata Gray, 1869
  • Landemania perocellataGray, 1869
  • Trionyx peroculatus Günther, 1869 (ex errore)
  • Gymnopus perocellatusDavid, 1872
  • Gymnopus simonii David, 1875 (nomen nudum)
  • Ceramopelta latirostris Heude, 1880
  • Cinctisternum bicinctum Heude, 1880
  • Coelognathus novemcostatus Heude, 1880
  • Coptopelta septemcostata Heude, 1880
  • Gomphopelta officinae Heude, 1880
  • Psilognathus laevis Heude, 1880
  • Temnognathus mordax Heude, 1880
  • Trionyx sinensis newtoni Bethencourt-Ferreira, 1897
  • Tortisternum novemcostatum Heude, 1880
  • Temnognanthus mordaxBoulenger, 1889
  • Tyrse sinensisHay, 1904
  • Amyda japonicaStejneger, 1907
  • Amyda schlegeliiStejneger, 1907
  • Amyda sinensisStejneger, 1907
  • Amyda tuberculataSchmidt, 1927
  • Trionyx sinensis sinensisSmith, 1931
  • Trionyx sinensis tuberculatusSmith, 1931
  • Amyda schlegelii haseri Pavlov, 1932
  • Amyda schlegelii licenti Pavlov, 1932
  • Amyda sinensis sinensisMertens, Müller & Rust, 1934
  • Amyda sinensis tuberculataMertens, Müller & Rust, 1934
  • Trionyx schlegeli Chkhikvadze, 1987 (ex errore)
  • Trionix sinensisRichard, 1999
  • Pelodiscus sinensis sinensisFerri, 2002
  • Pelodiscus sinensis tuberculatusFerri, 2002
  • Pelodiscus sinensis japonicusJoseph-Ouni, 2004

[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • The Complete Illustrated Encyclopedia of Animals of the World, Herms House, Anness Publishing Ltd-2008,2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • ^ a b Templat:Harnvb
  • ^ Asian Turtle Trade Working Group (2000). "Pelodiscus sinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2012.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai 22 October 2012. 
  • ^ Distribution map from WWF: shows the species' distribution within NE China and Russian Far East
  • ^ "Khankaisky Zapovednik". The Center for Russian Nature Conservation (CRNC). 
  • ^ Louis A. Somma. 2009. Pelodiscus sinensis. USGS Nonindigenous Aquatic Species Database, Gainesville, FL. [1] Revision Date: 6/29/2004 Accessed: 15/05/2009
  • ^ C.H. Ernst, R.G.M. Altenburg & R.W. Barbour - Turtles of the World - Pelodiscus sinensis [2]
  • ^ Brock, V. E. (1947). "The establishment of Trionyx sinensis in Hawaii". Copeia. 1947 (2): 142. 
  • ^ Van Denburgh, John (1897). "The Reptiles of the Pacific Coast and Great Basin: An account of the species known to inhabit California, Oregon, Washington, Idaho and Nevada". Occasional Papers of the California Academy of Sciences. 5: 28. 
  • ^ Mitchell, J. C., B. W. Steury, K. A. Buhlmann, & P. P. van Dijk (2007). "Chinese softshell turtle (Pelodiscus sinensis) in the Potomac River and notes on eastern spiny softshells (Apalone spinifera) in Northern Virginia". Banisteria. 30: 41–43. 
  • ^ Fritz Uwe (2007). "Checklist of Chelonians of the World". Vertebrate Zoology. 57 (2): 319–320. ISSN 18640-5755. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai 29 May 2012.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)