Vietnam Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Demokratik Vietnam
Việt Nam Dân chủ Cộng hòa

 

1945–1976
Bendera Jata
Moto
"Độc lập – Tự do – Hạnh phúc"
(Melayu: "Kemerdekaan - Kebebasan - Kebahagiaan")
Lagu kebangsaan
"Tiến Quân Ca"
(Melayu: "Mac Tentera")
Loksi Vietnam Utara di Asia Tenggara
Ibu negara Hanoi
Bahasa Vietnam (rasmi)
Agama Tiada (negeri ateisme)
Kerajaan Negara komunis parti tunggal
Presiden
 •  1945–1969 Hồ Chí Minh
 •  1969–1976 Ton Duc Thang
Setiausaha Pertama
 •  1960–1986 Lê Duẩn
Era sejarah Perang Dingin · Perang Vietnam
 •  Kemerdekaan diisytiharkan September 2, 1945
 •  Viet Minh memasuki Hanoi 10 Oktober 1954
 •  PAVN memasuki Saigon April 30, 1975
 •  Utara dan Vietnam Selatan digabungkan 2 Julai 1976
Luas
 •  1960 157,880 km² (60,958 batu²)
Populasi
 •  1960 (anggr.) 15,916,955 
     Ketumpatan 100.8 /km²  (261.1 /batu²)
 •  1974 (anggr.) 23,767,300 
     Ketumpatan 150.5 /km²  (389.9 /batu²)
Mata wang Dong
Bendera Vietnam Utara (juga merupakan bendera Vietnam)

Republik Demokratik Vietnam (RDV), Bahasa Vietnam: Việt Nam Dân Chủ Cộng Hòa), biasanya dikenali sebagai Vietnam Utara adalah sebuah negara yang diasaskan oleh Ho Chi Minh dan diiktiraf oleh Republik Rakyat China dan Kesatuan Soviet pada tahun 1950. Selepas kekalahan Perancis dalam pertempuran Dien Bien Phu pada 1954, Perancis secara rasmi mengiktiraf kedaulatan negara dan negara terbahagi dua; Vietnam Selatan yang lain.

Selepas penyelesaian itu, ramai penduduk di Utara melarikan diri ke Selatan, kebanyakan mereka penganut Katolik yang mendakwa bahawa kerajaan Utara mempunyai dasar yang tidak adil terhadap mereka.

Ibu negara Vietnam Utara berada di Hanoi dan ditadbir oleh sebuah kerajaan komunis yang mendapat sokongan dari Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China. Kedua-dua negara ini membantu Vietnam Utara semasa Perang Vietnam melawan Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan.

Selepas kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan pada 30 April 1975, kedua-dua negara tersebut bersatu pada 2 Julai 1976 ke dalam sebuah negara yang dipanggil Republik Sosialis Vietnam atau dikenali sebagai Vietnam.