Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Peluru berpandu Trident melepasi permukaan air selepas pelancarannya dari kapal selam Tentera Laut AS pada 1984

Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam atau submarine launched ballistic missile (SLBM) merujuk kepada peluru berpandu balistik yang boleh dilancarkan kapal selam dari bawah permukaan air. Jenis-jenis moden biasanya melancarkan pesawat masuk kembali bebas sasar berganda (MIRV) yang setiap satunya membawa kepala peledak nuklear dan membolehkan satu peluru berpandu tunggal yang dilancarkan untuk membedil beberapa sasaran. Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam berfungsi secara berbeza daripada peluru berpandu krus lancaran kapal selam.

Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam moden berkait rapat dengan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), dan dalam banyak keadaan SLBM dan ICBM boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan senjata yang sama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekaan praktikal pertama bagi pelantar pelancaran berdasar kapal selam dibangunkan oleh pihak Jerman ketika Perang Dunia Kedua hampir tamat. Rekaannya terdiri daripada tiub pelancaran yang mengandungi peluru berpandu balistik dan ditunda di belakang kapal selam. Ia dikenali dengan kod nama Prüfstand XII. Perang tersebut berakhir sebelum ia dapat diuji, tetapi jurutera-jurutera yang terlibat dalam rekaan ini kemudiannya bekerja untuk Amerika Syarikat dan USSR dalam program SLBM masing-masing. Prüfstand XII dan sistem-sistem SLBM awal memerlukan kapal yang membawanya untuk ke permukaan bagi melancar peluru berpandu, tetapi lama-kelamaan sistem pelancaran diadaptasi untuk membolehkan pelancaran bawah air pada 1950-an hingga 1960-an. Amerika Syarikat melakukan pelancaran bawah air berjaya pertama dengan Polaris A1 pada 20 Julai 1960.[1] Empat puluh hari kemudian, Kesatuan Soviet melakukan pelancaran bawah air sebuah peluru berpandu balistik kapal selam pertama dengan jayanya di Laut Putih pada 10 September 1960 dari kapal selam Project 611 (Kelas Zulu) terubahsuai yang turut melancarkan R-11FM (SS-N-1 Scud-A, ubahsuai lautan SS-1 Scud) pada 16 September 1955.[2][3] Namun, Kesatuan Soviet berjaya mengalahkan Amerika Syarikat dalam melancar dan menguji SLBM bersenjata pertama, sebuah R-13 yang meletup di Lapangan Ujian Novaya Zemlya di Lautan Artik; ujian ini dijalankan pada 20 Oktober 1961,[4] hanya sepuluh hari sebelum Tsar Bomba 50 Mt yang besar diletupkan di sekitar kawasan yang sama.

M45 SLBM dan M51 SLBM milik Perancis

Kapal selam peluru berpandu balistik merupakan kepentingan strategik yang besar bagi AS dan Rusia serta kuasa-kuasa bersenjata nuklear lain sejak mulanya Perang Dingin kerana ia boleh bersembunyi daripada satelit peninjau dan melancar senjata-senjata nuklearnya dengan cara yang bebas daripada pengesanan visual. Ini menjadikannya selamat daripada serangan pertama yang diarahkan ke arah senjara-senjata nuklear, membolehkan setiap pihak mengekalkan kemampuan melancar serangan tindakan balas yang memusnahkan, meskipun apabila semua peluru berpandu berdasar daratan telah dimusnahkan. Ini melegakan setiap pihak daripada keperluan untuk menggunakan sikap lancar mengikut amaran, dengan risiko perang nuklear secara tidak sengaja. Tambahan lagi, pemasangan peluru berpandu yang teramat tepat pada kapal selam yang teramat senyap membolehkan penyerang untuk menyelinap hampir dengan pantai musuh dan melancarkan peluru berpandu pada trajektori depresi (trajektori balistik tidak optimum yang mengorbankan baling-berat bagi laluan lebih pantas dan rendah, lantas mengurangkan masa antara pelancaran dan impak), lantas membuka kemungkinan untuk serangan pemutus kawalan.

Jenis-jenis SLBM[sunting | sunting sumber]

Montaj pelancaran SLBM Trident C4 dan haluan kenderaan kemasukan semula

Jenis-jenis SLBM tertentu (kini, lampau dan dalam pembangunan) termasuklah:

Amerika Syarikat Amerika Syarikat (juga dikenali sebagai Peluru Berpandu Balistik Armada)
Kesatuan Soviet/Rusia Kesatuan Soviet / Persekutuan Rusia
United Kingdom United Kingdom
Perancis Perancis
  • M1 – Dihentikan
  • M2 – Dihentikan
  • M20 – Dihentikan
  • M4 – Dihentikan
  • M45 – Beroperasi
  • M51 – Beroperasi
Republik Rakyat China Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat
India India

Kegunaan bukan ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Beberapa SLBM Rusia terdahulu telah ditukarkan kepada kenderaan pelancaran Volna dan Shtil' untuk melancar satelit-satelit – sama ada dari kapal selam atau dari tapak pelancaran di permukaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Missiles 1963", Flight International, 7 November 1963: 752
  2. ^ Wade, Mark. "R-11". Encyclopedia Astronautica. Diperoleh 23 April 2011.
  3. ^ Dygalo, V.A. "Start razreshaju (dalam bahasa Rusia)". Nauka i Zhizn'. Diperoleh 23 April 2011.
  4. ^ Polmar, Norman; White, Michael (2010). Project Azorian: The CIA and the Raising of the K-129. Naval Institute Press. m/s 21. ISBN 978-1-59114-690-2.
  5. ^ a b c d e Korabli VMF SSSR, Jil. 1, Bhg 1, Yu. Apalkov, Sankt Peterburg, 2003, ISBN 5-8172-0069-4
  6. ^ SS-NX-13 SLBM System (U), Defense Intelligence Agency, D5T-1020S-4l7-75, 1 Oktober 1975
  7. ^ "SSBN K-51 Verkhoturye arrived to Zvezdochka for repairs today". Rusnavy.com. 23 Ogos 2010. Dicapai 8 Oktober 2010. 
  8. ^ NASIC-1031-0985-09
  9. ^ "JL-1 [CSS-N-3] – China Nuclear Forces". Fas.org. Dicapai 10 Februari 2012. 
  10. ^ http://www.drdo.gov.in/drdo/English/dpi/Frontline02Jan09.pdf
  11. ^ 'INS Arihant' to sail on deterrent patrol after commissioning[pautan putus]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]