Peluru berpandu panduan wayar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peluru berpandu panduan wayar merupakan sejenis peluru berpandu yang dipandu oleh isyarat panduan yang dihantar kepada peluru berpandu ini melalui wayar-wayar halus yang menyambungkan kedua-dua hujung peluru berpandu dan mekanisma pelancarannya, yang mana terletak berhampiran dengan tapak pelancaran. Setelah peluru berpandu dilancarkan, wayar di belakangnya akan mengikut keluar. Sistem panduan ini biasanya digunakan pada peluru berpandu anti kereta kebal, di mana keupayaannya untuk digunakan di dalam kawasan "pandangan lurus" menjadikan ia sangat berguna. Walau bagaimanapun, had jaraknya yang terhad disebabkan oleh panjang wayar bukan merupakan satu kebimbangan yang serius.

Peluru berpandu panduan wayar yang memiliki jarak paling jauh yang digunakan pada masa ini dihadkan pada jarak kira-kira 2.5 batu. Peluru berpandu TOW (singkatan bagi Tube-Launched, Optically Tracked, Wire-Guided Missile System), dengan jarak 3750 m dan peluru berpandu buatan Britain iaitu Swingfire, apabila dilancarkan daripada kenderaan memiliki jarak sejauh 4000 meter [1] tetapi tidak terdapat kemungkinan ia akan digunakan pada jarak yang lebih jauh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]