Pemandangan dua gunung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh lukisan umum pemandangan dua gunung.

Di Indonesia, gambar pemandangan dua gunung (istilah lain: pemandangan gunung kembar dan gunung kembar legenda) ialah corak lukisan umum yang digambar oleh anak prasekolah (TK) atau sekolah dasar (SD) di Indonesia. Lukisan ini biasanya berupakan dua gunung, jalan, sawah, dan matahari. Kanak-kanak Indonesia biasanya akan melukis gambar ini sebagai tugasan lukis oleh guru, dengan tema bebas atau pemandangan alam. Selain objek-objek tersebut, terdapat objek-objek lain yang mungkin menyertainya dalam sebuah gambar kanak-kanak, seperti awan, rumah, pokok, dan rumput.[1][2][3]

Semua pelukis cilik pemula umumnya menggunakan susunan ini dalam melukis pemandangan gunung, yakni dua gunung dengan matahari yang sedang terbit (atau terbenam) di tengahnya. Akan tetapi, pelukis cilik yang telah mahir memperlihatkan penerokaan di luar gaya tersebut. Menurut Soesatyo (1979), lukisan ini merupakan salah satu gaya lukisan anak yang cenderung membuat simetri hal-hal yang sebenarnya tidak simetri.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gunung Sumbing dan Sindoro, salah satu gunung-gunung kembar di Indonesia.

Pemandangan dua gunung ini dipercaya berasal daripada ajaran Tino Sidin, seorang seniman ternama Indonesia dari Tebing Tinggi, Sumatra Utara.[a] Pada tahun 1980-an, beliau menjadi pembawa acara Gemar Menggambar di TVRI yang berusaha untuk meningkatkan kemampuan melukis dalam kalangan kanak-kanak Indonesia. Acara ini begitu popular di kalangan kanak-kanak ketika itu. Salah satu kaedah lukis yang disiarkan ialah menggambar pemandangan dua gunung dengan sawah di bawahnya. Corak gambar ini kemudian menjadi acuan bagi guru-guru dalam mengajar, dan diwarisi sehingga kini.[5]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Pembuatan gambar pemandangan dua gunung yang secara tidak langsung menjadi piawai di sekolah-sekolah dikritik sebagai satu bentuk pengekangan terhadap kemampuan daya cipta anak dan kebebasan berfikir. Anak dididik untuk malu atau takut menjadi berbeza atau unik. Beberapa guru seni malah mewajibkan kanak-kanak untuk menggambar pemandangan dua gunung, dan tidak diberikan kebebasan untuk menggambar objek lain, yang dipandang alih mengembangkan kemampuan kanak-kanak dalam membuat karya seni, justeru membunuh kreativiti kanak-kanak itu sendiri. Pemandangan ini juga dianggap tidak memperlihatkan keragaman tempat bagi kanak-kanak yang tinggal di daerah dengan keadaan geografi lain seperti pesisir, padang rumput atau perbandaran. Sebahagian menganggap pemandangan dua gunung ini merupakan propaganda untuk menyebarkan pemahaman Indonesia sebagai negara pertanian.[6]

Pemandangan dua gunung ini juga dianggap sebagai suatu gejala sosial berupa pengulangan terus-menerus corak gambar oleh kanak-kanak yang dianggap dapat menghalang perkembangan daya cipta anak. Pengajar kesenian disarankan untuk meneliti lebih lanjut mengenai fenomena ini.[3]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Terdapat kemungkinan bahawa gambar ini telah wujud lebih lama, dan Tino Sidin hanya berperanan untuk menyebarkannya melalui tayangan televisyen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kurniawan, Franky (2011). "Studi tentang gambar berpola gunung kembar pada hasil karya anak". Universitas Negeri Malang. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Okezone (2017-03-30). "Gunung Kembar Legendaris Ternyata Aslinya Gunung Susi! : Okezone Nasional". Okezone. Dicapai pada 2020-01-16.
  3. ^ a b Suwarna. 2008. Gejala-Gejala Karya Seni Lukis Anak-Anak TK  dan Pembinaannya di Kecamatan Bantul. Universitas Negeri Yogyakarta, PDF
  4. ^ Martono (2017). "Pembelajaran Seni Lukis Anak untuk Mengembangkan Imajinasi, Ekspresi, dan Apresiasi". Prosiding Seminar Nasional Pendidikan FKIP UNTIRTA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-05. Dicapai pada 2020-01-16. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Times, I. D. N.; Revitasari, Febriyanti. "Tahu Gak Kenapa Kita Selalu Menggambar Pemandangan yang Sama? Ini Jawabannya!". IDN Times (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-01-16.
  6. ^ Fadila, Yogie (2014-12-31). "Karena Kita Semua Pernah Menggambar Dua Gunung dengan Sawah dan Matahari: Bagaimana Sekolah Membunuh Bakat Kreatif Kita". Hipwee (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-01-16.