Sawah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sawah di Terengganu, Malaysia.

Sawah (Jawi: ساوه) atau bendang (Jawi: بندڠ) adalah kawasan yang bencah atau digenangi air untuk bercucuk tanam padi,[1] keladi cina atau tanaman lain. Sawah diairkan dengan menggunakan sistem perparitan digunakan yang lazimnya mengambil air dari parit, sungai, terusan atau tali air. Sawah lazimnya mempunyai banyak petak yang disempadani oleh batas-batas.

Teknologi penanaman ini datang daripada masyarakat tamadun Neolitik di lembangan sungai Yangtze di selatan China. Ia disebarkan pada zaman prasejarah oleh orang Austronesia ke Asia Tenggara Maritim, Madagaskar, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia, ia juga disebarkan budaya-budaya lain di tanah besar Asia ke Asia Timur dan Asia Selatan. Kaedah penanaman ini diamalkan giat di Bangladesh, Cambodia, China, Filipina, India Timur Laut, Indonesia, Iran, Jepun, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Korea Utara, Korea Selatan, Pakistan, Sri Lanka, Thailand, Taiwan, dan Vietnam.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "sawah". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Sang, Anisia Jati; Tay, Kai Meng; Lim, Chee Peng; Saeid, Nahavandi (2018). "Application of a Genetic-Fuzzy FMEA to Rainfed Lowland Rice Production in Sarawak: Environmental, Health, and Safety Perspectives". IEEE Access. 6: 74628–74647. doi:10.1109/ACCESS.2018.2883115.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.