Pembunuhan John F. Kennedy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Presiden Kennedy dan isterinya Jacqueline, dan Gabenor Texas John Connally dalam kereta limosin sebelum pembunuhannya.

Pembunuhan John F. Kennedy, presiden AS ke-35, berlaku pada hari Jumaat 22 November 1963 di Dallas, Texas pada jam 12:30 tengah hari (waktu sentral) di Plaza Dealey. Kennedy ditembak mati di dalam kereta ketika bersama isterinya Jacqueline dalam perarakan kereta presiden. Siasatan oleh Suruhanjaya Warren (1963-1964), Jawatankuasa Pilihan Dewan Senat AS mengenai Pembunuhan (1976-1979) dan siasatan kerajaan lain sepakat mendapati presiden dibunuh oleh Lee Harvey Oswald yang juga dibunuh tanpa sempat dibicarakan.

Pada mulanya kesimpulan ini diterima orang ramai tetapi undian yang dibuat dari tahun 1966 menunjukkan seramai 80% rakyat Amerika mempunyai pandangan yang berbeza daripada penemuan rasmi kerajaan. Pembunuhan ini masih menjadi perdebatan ramai dan mengundang banyak teori konspirasi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]