Pembunuhan beramai-ramai di Vukovar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ovčara massacre memorial
Fail:Dnevnik 09.jpg
Ovčara massacre

Pembunuhan Vukovar atau Vukovar Masacre adalah jenayah perang yang terjadi pada 18 November 1991 hingga 21 November 1991 di bandar Vukovar , utara Croatia. Bandar ini terletak di sempadan Croatia / Serbia dan Montenegro. Lebih 200 orang kebanyakannya orang Croat ( termasuk orang awam dan askar tawanan) telah dibunuh dengan kejam . 194 orang telah dikenalpasti , dibunuh oleh tentera Serbia dan Montenegro dibantu oleh Tentera Yugoslavia ( JNA).

Pemimpin tentera Yugoslavia diketuai oleh Veselin Šljivančanin dan Mile Mrkšić telah didakwa kerana peranan dan tanggungjawab mereka dalam merancang pembunuhan beramai-ramai dan disabitkan oleh Mahkamah Jenayah Antabangsa pada 2007. Pendakwaan asal terhadap mereka termasuk pembunuhan 264 bukan Serbia .

Ovčara[sunting | sunting sumber]

Ovčara adalah satu lokasi dekat Vukovar, Croatia di mana 200 orang banduan daripada Hospital Vukovar telah ditewaskan oleh kuasa Serbia pada 20 November 1991. Ovčara adalah satu 'kem transit' yang dikendalikan oleh Serbia untuk tawanan Croatia dari Oktober hingga Disember 1991.

Kem Penjara[sunting | sunting sumber]

Ovčara terletak kira-kira 5 km di tenggara bandar Vukovar. Kawasan kni adalah kawasan pertanian dan ada ladang lembu yang diteroka sejak Perang Dunia II. Di sini terdapat gudang-gudang / stor penyimpanan yang dibina daripada batu-bata.

Pemerintah Serbia telah menukarnya menjadi kem penjara pada awal Oktober 1991 . 3000 hingga 4000 orang tawanan telah ditahan/ dipenjarakan di sini. Kemudian mereka akan diangkut ke penjara Sremska Mitrovika atau kem Stajićevo, Begejci dan lain-lain.

Arkib kerajaan bandar Ovčara ada testimoni-testimoni tawan perang itu. Apabila mereka keluar dari bas, mereka telah dihentak dengan buntut senapang dan lain-lain senjata. Ovčara telah ditutup pada 25 Disember 1991. Sekitar 200 orang telah dibunuh dan 61 orang lagi hilang begitu sahaja.

Hospital Vukovar[sunting | sunting sumber]

Sebelum tercetusnya permusuhan, penduduk Serbia melayan mereka dengan buruk di hospital dan mereka takut untuk bertanya dan meminta pertolongan. Selepas pertempuran Vukovar pada 18 November 1991, ramai askar Croatia telah bersembunyi di hospital dan menyamar sebagai pesakit atau kakitangan hospital. Pihak Serbia berjaya menguasai hospital Vukovar dan berjanji mereka yang keluar akan selamat .

Tetapi pihak berkuasa Serbia yang baru tidak menepati janji antara Serbia dengan Croatia. 300 lelaki telah dihimpunkan , dibawa masuk ke dalam bas dan hendak dihantar ke kem Ovčara. Ramai di antara mereka telah dipukul dan sampai di satu gaung di tengah hutan , mereka telah dibunuh. Sebuah jentolak menggali parit panjang dan mereka ditanah beramai-ramai. Di antara mereka yang terbunuh itu termasuklah warga Perancis yang menjadi askar upahan.

Akibat[sunting | sunting sumber]

Kubur besar Ovčara itu terletak 1 km dari jalan menuju ke Grabovo. Kerja menggali untuk siasatan telah dilakukan pada 1 September 1996 selam 40 hari. 200 jasad telah ditemui dan 194 rangka telah dikenalpasti melalui pakaian, pengenalan diri, rekod gigi san sebagainya.

Tugu Ovčara telah dibina bagi mengenang kembali mereka yang telah terbunuh. Tugu ini dibina oleh kerajaan Croatia , atas arahan Slavomir Drinković dan boleh dilawati mulai 29 Disember 1998.

Perbicaraan di mahkamah antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Slavko Dokmanović selaku pengerusi Majlis Perbandaran Vukovar telah membawa kes ini ke peringkat antarabangsa di Hague,Belanda pada 29 Jun 1998. Antara mereka yang dipertanggungjawabkan ialah bekas pegawai-pegawai seperti Veselin Šljivančanin, Mile Mrkšić dan Miroslav Radić.

Pada 27 September 2007 , Mrkšić telah dihukum oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai bersalah membunuh dan menyiksa dan dipenjara 20 tahun. Šljivančanin didapati bersalah menyiksa dan dihukum penjara selama 5 tahun. Miroslav Radić telah dibebaskan.

Perbicaraan di Serbia[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Disember 2003 di Serbia dan Montenegro , Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah megadakan pen dakwaan terhadap Miroljub Vujović dan rakan-rakannya atas jenayah perang terhadap tawanan perang. Dakwaan juga dikenakan terhadap Milan Lazunčanin dan rakan-rakan pada 24, 2004 dan terhadap penjenayah Predrag Dragović .