18 November
Penampilan
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
18 November merupakan hari ke-322 (hari ke-323 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 43 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Latvia (1918)
- Hari Kebangsaan di Oman (1940).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 326 - Gereja St. Peter lama ditakdiskan.
- 1307 - Ahli pemanah legenda di Switzerland, Wilhelm Tell dikatakan berjaya menembak sebiji epal di atas kepala anaknya menggunakan busur silang dengan satu percubaan.
- 1421 - Benteng daik Zuiderzee pecah, menyebabkan 72 perkampungan dibanjiri air dan lebih kurang 10,000 orang terkorban di Belanda.
- 1493 - Christopher Columbus menemui pulau yang kini dikenali sebagai Puerto Rico.
- 1626 - Basilika St. Peter (gambar) di Kota Vatikan ditahbiskan.
- 1820 - Kapten Nathaniel Palmer menjadi warga Amerika pertama yang menemui benua Antartika.
- 1865 - Cereka The Celebrated Jumping Frog of Calaveras County karya Mark Twain disiarkan dalam akhbar New York Saturday Press.
- 1883 - Perkhidmatan kereta api Amerika Syarikat dan Kanada menetapkan lima zon waktu piawai di seluruh benua, agar menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari ribuan waktu tempatan.
- 1904 - Jeneral Esteban Huertas meletak jawatan setelah kerajaan Panama khuatir beliau hendak merampas kuasa.
- 1905 - Putera Carl dari Denmark menjadi Haakon VII, Raja Norway pertama selepas penyatuan Sweden-Norway dibubarkan.
- 1918 - Latvia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Rusia.
- 1926 - George Bernard Shaw enggan menerima habuan wang Hadiah Nobelnya, dengan alasan "Saya memaafkan Alfred Nobel atas ciptaan dinamitnya, tetapi hanya iblis berwajah manusia yang terdaya untuk mencipta Hadiah Nobel."
- 1928 - Filem animasi pendek Steamboat Willie dikeluarkan, selaku kartun berbunyi segerak pasca penerbitan sepenuhnya yang pertama, arahan Walt Disney dan Ub Iwerks, dibintangi watak Mickey Mouse dan Minnie Mouse buat kali ketiga sahaja. Hari ini dianggap sebagai "hari jadi" Mickey oleh syarikat Disney.
- 1930 - Sōka Kyōiku Gakkai, sebuah persatuan agama Buddha yang kini dikenali sebagai Soka Gakkai, diasaskan oleh dua orang guru Jepun bernama Tsunesaburo Makiguchi dan Josei Toda.
- 1940 - Perang Dunia Kedua: Pemimpin Jerman Adolf Hitler dan Menteri Luar Itali Galeazzo Ciano berjumpa untuk membincangkan kegagalan Benito Mussolini menyerang Greece.
- 1963 - Telefon tekan punat pertama diperkenalkan, kepada pelanggan AT&T di A.S.
- 1978 - Peristiwa Jonestown: Di negara Guyana, Jim Jones memimpin kultus Peoples Temple dalam upacara saling berbunuhan yang meragut 918 nyawa kesemuanya, 909 di perkampungan Jonestown sahaja, termasuk 270 kanak-kanak. Leo J. Ryan dibunuh oleh ahli-ahli Peoples Temple sebelum ini.
- 1985 - Lerang komik Calvin and Hobbes karya Bill Watterson disiarkan buat pertama kali.
- 1987 - 31 orang maut dalam kebakaran di stesen tersibuk London Underground King's Cross St Pancras.
- 1988 - Perang Dadah: Presiden A.S. Ronald Reagan meluluskan undang-undang yang membenarkan hukuman mati bagi kesalahan membunuh oleh pengedar dadah.
- 1991 - Militan Syiah di Lubnan membebaskan orang utusan Gereja Anglikan bernama Terry Waite dan Thomas Sutherland.
- 1991 - Perang Kemerdekaan Croatia: Angkatan Tentera Rakyat Yugoslav menawan bandar Vukovar, mengakhiri pengepungan 87-hari.
- 1993 - 21 parti politik mempersetujui perlembagaan sementara baharu di Afrika Selatan.
- 2002 - Krisis pelucutan senjata Iraq: Sekumpulan pegawai pemeriksaan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pimpinan Hans Blix tiba di Iraq.
- 2004 - Rusia secara rasminya meratifikasi Protokol Kyoto.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1945 - Mahinda Rajapaksa, Perdana Menteri Sri Lanka ke-18
- 1966 - Nawal El Kuwaitia, penyanyi dan pelakon wanita Kuwait
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1886 - Chester A. Arthur, Presiden Amerika Syarikat ke-21
- 1941 - Chris Watson, Perdana Menteri Australia ke-3