Penaklukan Wangsa Tudor di Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Penaklukan (semula) wangsa Tudor ke atas Ireland berlaku sewaktu dinasti tersebut memerintah England pada abad ke-16. Berikutan suatu pemberontakan melawan kerajaan tersebut oleh Thomas FitzGerald, Earl Kildare ke-10 pada 1530-an, Henry VIII telah ditabalkan sebagai Raja Ireland oleh Parlimen Ireland dengan tujuan mengembalikan segala kuasa yang terhilang di sepelusuk pulau itu berabad-abad sebelumnya.

Penaklukan ini turut membawa masuk pengaruh undang-undang, budaya dan bahasa orang Inggeris ke dalam pulau tersebut, serta juga peluasan pengaruh gereja Anglikanisme sebagai agama rasmi dalam taklukan tersebut. Politi Ireland Gael terhapus sepenuhnya serta tanah milik orang asal Ireland dirampas para pendatang dari England, Scotland dan Wales yang membawa kepada suatu pendudukan para pendatang tersebut (plantation) di kawasan Ulster.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Nicholas Canny, Making Ireland British
  • Steven G. Ellis Tudor Ireland (London, 1985) ISBN 0-582-49341-2.
  • Colm Lennon Sixteenth century Ireland