Kerabat Tudor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kerabat Tudor
Tudor Rose.svg
NegaraEngland
Ireland
Prinsipaliti Wales
Kerabat indukTudors dari Penmynydd
GelaranRaja England
Raja Ireland
Raja Perancis
Lord Ireland
Diasaskan22 Ogos 1485
PengasasHenry VII
Pemerintah terakhirElizabeth I
Dibubarkan24 Mac 1603
EtnikWelsh

Kerabat Tudor adalah sebuah keluarga diraja England yang berketurunan Welsh,[1] yang mana berdarah keturunan waris lelaki daripada Tudors dari Penmynydd. Raja-raja Tudor memerintah England dan jajahan takluknya, termasuk tanahair nenek moyang mereka Wales dan Ketuanan Ireland (kemudian Kerajaan Beraja Ireland) bermula pada tahun 1485 sehingga tahun 1603, dengan lima orang raja pada tempoh ini. Dinasti Tudor mengantikan Kerabat Plantagenet sebagai pemerintah Kerajaan Beraja England, yang mana kemudian digantikan dengan Kerabat Stuart. Raja pertamanya, Henry VII, menaiki takhta melalui ibu beliau yang mana berasal daripada cabang sah dalam Kerabat Lancaster di England. Keluarga Tudor mendapat kuasa semasa kebangkitan Perang Bunga Ros, yang mana menyebabkan Kerabat Lancaster, yang disokong oleh Tudors, musnah.

Henry Tudor berjaya menjadikan beliau sebagai seorang calon raja bukan hanya di sebabkan oleh kerana merupakan penyokong tradisi Lancaster, tetpi juga merupakan penentang tegar kepada Kerabat York, dan keupayaan beliau menaiki takhta dengan cara hak penaklukan. Kemenangan beliau dalam Pertempuran Padang Bosworth diperkuatkan oleh perkahwinan beliau dengan Elizabeth dari York, anak perempuan kepada Edward IV, secara simboliknya menyatukan kumpulan-kumpulan yang bermusuh di bawah sebuah dinasti baru. Kerabat Tudor berjaya meluaskan kuasa mereka melangkaui wilayah England moden, mencapai kesatuan penuh England dan Prinsipaliti Wales pada tahun 1542 (Undang-undang di Wales Akta 1535 dan 1542), dan berjaya mendapat pengakuan kekuasan England ke atas Kerajaan Beraja Ireland. Mereka juga berjaya mengekalkan tuntutan nominal England ke atas Kerajaan Beraja Perancis; meskipun tiada seorang pun berjaya melakukannya, Henry VIII mengistiharkan perang ke atas Perancis dalam cubaan untuk membuat tuntutan ke atas takhta. Selepas itu, anak perempuan beliau Mary I pula kehilangan kawalan ke atas wilayah di Perancis buat selama-lamanya dengan kejatuhan Calais pada tahun 1558.

Keseluruhannya, seramai lima orang raja-raja Tudor memerintah kerajaan selama lebih satu kurun. Henry VIII merupakan satu-satunya anak lelaki kepada Henry VII yang hidup sehingga umur matang. Isu-isu berkenaan pewarisan diraja (termasuk perkahwinan dan hak-hak pewarisan perempuan) menjadi tema politik utama semasa era Tudor. Kerabat Stuart, yang berkuturunan dari anak perempuan Henry VII Margaret, mendapat kuasa pada tahun 1603 apabila Elizabeth I meninggal dunia dan jurai keturunan lelaki dari Tudor terputus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/608456/House-of-Tudor House of Tudor. 2010. In Encyclopædia Britannica. Retrieved 6 March 2010, from Encyclopædia Britannica Online

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Black, J. B. The Reign of Elizabeth: 1558-1603 (2nd ed. 1958) survey by leading scholar online edition
  • Butler, Katherine.Music in Elizabethan Court Politics (Woodbridge: Boydell and Brewer, 2015)
  • Bridgen, Susan (2001). New Worlds, Lost Worlds: The Rule of the Tudors, 1485–1603.
  • Cunningham, Sean. Henry VII (2007)
  • de Lisle, Leanda : 'Tudor: The Family Story 1437-1603' (2013)
  • Garvin, Katharine (ed). The Great Tudors. E.P. Dutton and Co. Inc., 1935. ISBN 0-8414-4503-6
  • Edwards, Philip. The Making of the Modern English State: 1460–1660 (2004)
  • Guy, John. The Tudors: A Very Short Introduction (2010)
  • Guy, John. Tudor England (1990)
  • Guy, John. The Children of Henry VIII (Oxford University Press; 2013) 258 pages; traces the lives of Edward VI, Mary I, Elizabeth I, and Henry Fitzroy, Duke of Richmond.
  • Kinney, Arthur F. and David W. Swain. Tudor England: An Encyclopedia. Garland, 2001. ISBN 0-8153-0793-4.
  • Loades, David. Intrigue and Treason: The Tudor Court 1547–1558. Pearson Education Limited, 2004. ISBN 0-631-17163-0.
  • Loades, David M. The Reign of Mary Tudor: Politics, Government & Religion in England, 1553–58 (1991)
  • MacCaffrey Wallace T. Elizabeth I (1993)
  • Mackie, J. D. The Earlier Tudors, 1485–1558 (1952)
  • Neale, J. E. Queen Elizabeth I: A Biography (1934)
  • Scarisbrick, J. J. Henry VIII (1968)
  • Tittler, Robert and Norman Jones. A Companion to Tudor Britain. Blackwell Publishing, 2004. ISBN 0-631-23618-X.
  • Wagner, John A. Historical Dictionary of the Elizabethan World: Britain, Ireland, Europe, and America (1999) online edition

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kerabat Tudor
Didahului oleh
Kerabat York
Keluarga Diraja dari Kerajaan Beraja England
1485–1603
Diikuti oleh:
Keluarga Stuart