Penasihat Sains

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penasihat Sains
kepada Kerajaan Malaysia
Jata Negara Malaysia
Dilantik olehPerdana Menteri Malaysia
Tempoh jawatan2 tahun
Dimansuhkan2018
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penasihat Sains kepada Kerajaan Malaysia ialah sebuah jawatan yang pernah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Ia berperanan menasihati Perdana Menteri dan jemaah menteri dalam aspek dasar, strategi dan rancangan pelaksanaan bagi penyelidikan dan pembangunan sains, teknologi dan inovasi negara.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Penyandang jawatan Penasihat Sains kepada Kerajaan Malaysia mengetuai Pejabat Penasihat Sains (PPS) yang telah ditubuhkan pada tahun 1984 di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Pada tahun 2004, jemaah menteri Malaysia telah memutuskan supaya pejabat ini diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Jawatan ini dibubarkan pada 2018, selepas pentadbiran Malaysia diambil alih oleh Pakatan Harapan[1].

Penasihat Sains kepada Kerajaan Malaysia bertanggungjawab mengemukakan dasar, strategi, prosedur dan langkah-langkah di mana agenda sains, teknologi dan inovasi diberi keutamaan dalam pertimbangan dan tindakan Kerajaan bagi meningkatkan pencapaian dan kelestarian sosio-ekonomi negara. Tanggungjawab Penasihat Sains juga merangkumi mengoptimumkan sumber dan keutamaan bagi transformasi Malaysia kepada sebuah negara yang berteknologi tinggi, dan menjadi pakar rujuk utama dalam kemajuan sains, teknologi dan inovasi negara[2].

Penasihat Sains kepada Kerajaan Malaysia juga dipertanggungjawabkan untuk merapatkan hubungan dan jaringan di antara Kerajaan dan saintis serta organisasi sains di dalam dan luar negara, selain turut mempengerusikan Majlis Sains dan Penyelidikan Negara[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arif Atan (2018). "Sembilan jabatan kerajaan bebas, 10 lagi bubar dari JPM". Malaysia Dateline. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-22. Dicapai pada 22 Mac 2021.
  2. ^ a b Najib Razak (2010). "Pelantikan Penasihat Sains Kepada Kerajaan Malaysia". Najib Razak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-30. Dicapai pada 22 Mac 2021.