Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia
PK-AXC, pesawat yang hilang, pada 2011
Ringkasan insiden
Tarikh 28 Disember 2014 (2014-12-28)
Ringkasan Hilang
Tempat Selat Karimata, ke arah timur Pulau Belitung dan arah barat wilayah Kalimantan[1]
3°22′15″S 109°41′28″E / 3.3708°S 109.6911°E / -3.3708; 109.6911Koordinat: 3°22′15″S 109°41′28″E / 3.3708°S 109.6911°E / -3.3708; 109.6911[2]
Penumpang 155
Anak kapal 7
Kematian 7 (ditentu)[3]
162 (semua; dianggap)
Jenis pesawat Airbus A320-216
Pengendali Indonesia AirAsia
Pendaftaran PK-AXC
Asal penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, Indonesia
Destinasi Lapangan Terbang Changi Singapura

Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia (QZ8501/AWQ8501) ialah penerbangan Airbus A320-216 Indonesia AirAsia yang hilang dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia pada 28 Disember 2014[4] dengan 155 penumpang dan 7 krew di dalamnya.[5] Indonesia AirAsia ialah sebuah anggota gabungan syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia.

Kehilangan[sunting | sunting sumber]

QZ8501 flight path.png
Air Asia QZ8501 Flight Path and Satellite Imagery.jpg
Laluan penerbangan (atas) ditindih di atas imej satelit inframerah garis-wap-air warna-palsu pada 07:32 WIB (bawah). Biru melambangkan suhu lebih panas, manakala merah dan hitam melambangkan bahagian atas awan-awan altitud tinggi

Penerbangan ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, pada 05:35 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB, UTC+7), dan telah dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 08:30 Waktu Piawai Singapura (SST, UTC+8).[6] Kapal terbang ini berada di bawah kawalan trafik udara Indonesia ketika ia meminta kebenaran untuk memesong dari laluan penerbangan asal disebabkan keadaan cuaca yang tidak baik.[7] Juruterbang meminta untuk terbang lebih tinggi pada altitud 38,000 kaki (11,600 m) untuk mengelak awan tebal,[8] namun ketinggian akhir yang dinyatakan oleh transponder dan dikumpul oleh Flightradar24 ialah 32,000 kaki (9,750 m).[6] Kapal terbang ini terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada 06:17 WIB[lower-alpha 1] ketika melalui di atas Laut Jawa di antara Kalimantan (Borneo) dan Jawa, sedang ia masih berada di bawah kawalan trafik udara Indonesia pada altitud dan kelajuan penerbangan normal.[11] Analisis meteorologi menunjukkan bahawa pesawat tersebut sedang merentasi awan ribut beberapa minit sebelum kehilangannya.[12]

Tiada isyarat kecemasan dihantar daripada pesawat yang hilang tersebut, menurut Jabatan Pengangkutan Indonesia.[13][14]

Garis masa kehilangan pesawat[sunting | sunting sumber]

Masa berlalu (JJ:MM) Masa Kejadian
UTC WIB
UTC+7
SST
UTC+8
00:00 27 Disember 28 Disember Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda[6]
22:35 05:35 06:35
00:42 23:17 06:17 07:17 Hilang daripada radar kawalan trafik udara Indonesia[10]
00:49 23:24 06:24 07:24 Hubungan radio dengan kawalan trafik udara terputus[10]
01:55 28 Disember 07:30 08:30 Pesawat terlepas pendaratan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Changi Singapura (WSSS)[6]
00:30

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat ini ialah pesawat Airbus A320-216[lower-alpha 2] dengan nombor siri 3648, dan didaftarkan sebagai PK-AXC. Ia pertama kali terbang pada 25 September 2008, dan dihantar sebagai pesawat baru ke AirAsia pada 15 Oktober 2008. Pesawat ini telah mengumpul kira-kira 23,000 jam penerbangan dalam kira-kira 13,600 penerbangan. Ia telah melalui penyelenggaran terjadualnya yang terkini pada 16 November 2014.[9] Pesawat ini digerakkan oleh dua enjin CFM International CFM56-5B6 dan diatur untuk menampung 180 penumpang.[15]

Penumpang dan anak kapal[sunting | sunting sumber]

Penumpang atas pesawat mengikut kerakyatan[16]
Negara Bil.
 Indonesia[lower-alpha 3] 155
 Korea Selatan 3
 Perancis[lower-alpha 4] 1
 Malaysia 1
 Singapura 1
 United Kingdom 1
Jumlah 162

AirAsia telah mengeluarkan senarai kerakyatan 162 penumpang dan anak kapal yang termasuk 144 orang dewasa, 17 kanak-kanak dan seorang bayi. Anak kapal di kabin terdiri daripada empat pramugari. Tambahan lagi, AirAsia mempunyai seorang jurutera penerbangan sebagai sebahagian daripada anak kapal.[17]

Juruterbang yang mengendali penerbangan ini adalah:[18]

  • Kapten Iriyanto, yang mempunyai 20,537 jam penerbangan, 6,100 daripadanya adalah bersama Indonesia AirAsia di dalam Airbus A320.
  • Pegawai pertama Rémi Emmanuel Plesel, yang memiliki 2,275 jam penerbangan bersama Indonesia AirAsia.[19]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Menurut kenyataan AirAsia, masa putus hubungan sepatutnya 07:24 WIB.[9] Namun, laporan-laporan bercanggah daripada pihak berkuasa penerbangan Indonesia menyatakan ia berlaku lebih awal pada 06:17 WIB.[10]
  2. ^ Pesawat ini ialah pesawat model Airbus A320-200; angka 16 menyatakan ia dilengkapi dengan enjin CFM International CFM56-5B6.
  3. ^ 149 penumpang dan 6 anak kapal, termasuk Kapten Iriyanto
  4. ^ 1 anak kapal, juruterbang kedua Rémi Emmanuel Plesel

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "detikNews: TNI AL: KRI Bung Tomo Evakuasi Jenazah Penumpang AirAsia dan Dibawa ke Pangkalan Bun". detikNews. Dicapai pada 30 Disember 2014. 
  2. ^ Simon Hradecky (30 Disember 2014). "Crash: Indonesia Asia A320 over Java Sea on Dec 28th 2014, aircraft went missing believed to have impacted waters". The Aviation Herald. Dicapai pada 30 Disember 2014. 
  3. ^ Michael Bachelard (30 Disember 2014). "AirAsia flight QZ8501 crash: debris does belong to missing plane, missing plane found and 'emergency slide and plane door' spotted". StuffNZ. 
  4. ^ "AirAsia flight QZ8501 loses contact with air traffic control". Reuters. 28 Disember 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  5. ^ Schabner, Dean; McGuire, Bill; Candea, Ben (28 Disember 2014). "Search and Rescue Operation Resume for Missing AirAsia Jet". ABC News. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  6. ^ a b c d "QZ8501 / Indonesia AirAsia". FlightRadar24. Dicapai pada 28 December 2014.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "Flightradar24" defined multiple times with different content Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "Flightradar24" defined multiple times with different content
  7. ^ "AirAsia jet carrying 162 missing on way to Singapore - CNN.com". CNN. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  8. ^ "Indonesia AirAsia flight QZ8501 to Singapore missing". BBC News. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  9. ^ a b "[Updated statement] QZ8501". AirAsia Facebook page. 28 Disember 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014.  Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "facebook" defined multiple times with different content
  10. ^ a b c "AirAsia jet with 162 on board goes missing on way to Singapore". CNN International Edition. 28 Disember 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  11. ^ "AirAsia (Indonesia) Flight QZ8501 Incident". Transport Malaysia. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  12. ^ "AirAsia Flight 8501:Preliminary meteorological analysis - Weather Graphics". Weather Graphics. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  13. ^ Nusatya, Chris; Fabi, Randy (28 Disember 2014). "AirAsia flight carrying 162 people goes missing in Southeast Asia - officials". Reuters. Reuters. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  14. ^ "Live: AirAsia flight from Indonesia to Singapore loses contact with air traffic control". ABC News (Australia). Australian Broadcasting Corporation. 28 Disember 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  15. ^ "Seat options". Indonesia AirAsia. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  16. ^ "[Updated statement] QZ8501 (as at 6:54pm, GMT+8)". AirAsia Facebook. 28 December 2014. Dicapai pada 28 December 2014. 
  17. ^ AirAsia. "Indonesia AirAsia Flight QZ8501". Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  18. ^ "LIVE BLOG: AirAsia QZ8501 from Indonesia to Singapore missing". Channel NewsAsia. 28 Disember 2014. Dicapai pada 28 Disember 2014. 
  19. ^ AirAsia. "Indonesia AirAsia Flight QZ8501". Dicapai pada 28 Disember 2014.