Pengaruh Kristian dalam Agama Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengaruh Kristian dalam agama Islam berakar dari Gereja Timur. Agama Islam pada mulanya dianggap sebagai ajaran sesat oleh agamawan Kristian, atau “ajaran sesat Bani Ismail”.

Orang Kristian memperkenalkan pemikiran Yunani kepada orang Islam. Pemikir-pemikir Kristian Timur terutamanya Kristian Nestoria menyumbang kepada kemajuan Tamadun Islam dengan menerjemah karya-karya falsafah Yunani ke dalam Bahasa Arab pada zaman Kekhalifahan Ummayyah dan Abbasiyyah.

Sarjana-sarjana dan cendekiawan sepakat agama Kristian Timur telah menyumbang kepada kemajuan tamadun Arab dan Islam malah kawasan Timur Tengah itu sendiri.

Solat[sunting | sunting sumber]

Sembahyang Kristian dalam tradisi Ortodoks timur melibatkan sujud.


Ahli akademik barat berpendapat ibadah solat dalam agama Islam adalah dipengaruhi agama Kristian dan Yahudi dan bahawa solat lima waktu dalam agama Islam berasal dari jam kanonis agama Kristian khususnya yang diamalkan oleh Gereja Ortodoks Timur pada abad ke-4 yang melakukan sembahyang 7 kali sehari memandangkan hubungan nabi Muhammad dan para sahabat dengan biarawan Kristian Syria.

Wudu' sebelum solat pula dipercayai dipengaruhi amalan Yahudi membasuh kaki dan tangan sebelum sembahyang, amalan yang lazim dalam kalangan Yahudi Syria dan Yaman. Talmud iaitu kitab suci agama Yahudi yang berasal dari Babilonia mengajarkan sekiranya tiada air tanah dapat digunakan, amalan yang diserap ke dalam agama Islam sebagai tayamum. Orang Yahudi sembahyang menghala ke Baitulmaqdis, sama seperti orang Muslim awal sebelum akhirnya diganti menghala ke Kakbah.

Peranan Agama Kristian dalam Bidang Sains Tamadun Islam[sunting | sunting sumber]

Orang Kristian terutamanya Kristian Nestoria menyumbang kepada kemajuan tamadun Arab Islam pada zaman Kekhalifahan Ummayyah dan Abbasiyyah dengan menerjemahkan karya-karya pemikir Yunani ke dalam bahasa Arab. Mereka juga sangat mahir dalam bidang falsafah, sains, teologi dan lain-lain.