Pergi ke kandungan

Golongan yang terawal memeluk Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Golongan yang terawal memeluk Islam atau al-sabiqun al-awwalun (Arab: السَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ, rumi: al-sabiqun al-awwalun) ialah kumpulan orang yang pertama kali memeluk Islam apabila disampaikan seruan dakwah oleh Nabi Muhammad. Pada awal penyebaran Islam, bilangan golongan ini terdiri daripada pelbagai peringkat[1] dari kalangan hamba dan orang merdeka, dari kalangan pembesar[2] dan rakyat biasa.

Akar kata as-sabiqun alif bahasa Arab ialah ا (سبق) yang bermaksud "mendahului"[3]. Perkataan al-awwalun pula dari awwal (أول) yang bermaksud "yang pertama"[4].

Menurut Al-Mubarakpuri, sejarawan Islam Ibnu Hisyam ada menulis senarai 40 nama as-sabiqun al-awwalun[1]. Nama-nama yang termasuk dalam senarai antaranya ialah:

# Nama Kabilah Jantina Hubungan dengan Nabi Gelaran Maklumat lain Rujukan
1 Khadijah binti Khuwailid Bani Asad (Quraisy) Perempuan Isteri Nabi Ummul Mukminin [1]
2 Ali bin Abi Talib Bani Hasyim (Quraisy) Lelaki Sepupu Abu Al-Hasan [1]
3 Abu Bakar Al-Siddiq Bani Taim (Quraisy) Lelaki Teman rapat, Mentua Abu Bakar [1]
4 Zaid bin Harithah Bani Kalb Lelaki Anak angkat Hubb Rasulullah[5] [1]
5 Aisyah binti Abu Bakar Bani Taim (Quraisy) Perempuan Isteri Nabi Ummul Mukminin [1]
6 Uthman bin Affan Bani Umaiyah (Quraisy) Lelaki Menantu Abu Abdullah [1]
7 Zubair bin Awwam Bani Asad (Quraisy) Lelaki Anak saudara Hawari Rasulullah[6] [1]
8 Saad bin Abi Waqas Bani Zuhrah (Quraisy) Lelaki Sepupu[7] [1]
9 Talhah bin Ubaidillah Bani Taim (Quraisy) Lelaki Saudara jauh[8] Al-Syahid Al-Hay[9] [1]
10 Abdul Rahman bin Auf Bani Zuhrah (Quraisy) Lelaki Sepupu[10] [1]
11 Abu Ubaidah bin Al-Jarrah Bani Al-Harith bin Fihr (Quraisy) Lelaki Saudara jauh[11] Amin Al-Ummah[12] [1]
12 Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad Bani Makhzum (Quraisy) Lelaki Tiada Abu Salamah [1]
13 Al-Arqam bin Abi Al-Arqam Bani Makhzum (Quraisy) Lelaki Tiada Abu Abdullah [1]
14 Uthman bin Maz'un Lelaki Tiada [1]
15 Ubaidah bin Al-Harith Bani Hasyim (Quraisy) Lelaki Saudara jauh[13] [1]
16 Said bin Zaid Bani Adi (Quriasy) Lelaki Saudara jauh[14] [1]
17 Fatimah binti Al-Khattab Bani Adi (Quriasy) Perempuan Saudara jauh[14] Ummu Jamil Isteri Said bin Zaid [1]
18 Asma binti Abu Bakar Bani Taim (Quraisy) Perempuan Kakak ipar
19 Qudamah bin Maz'un Lelaki Tiada Saudara Uthman bin Maz'un [1]
20 Abdullah bin Maz'un Lelaki Tiada Saudara Uthman bin Maz'un [1]
21 Khabab bin Al-Arat Lelaki Tiada [1]
22 Umair bin Abi Waqas Lelaki Sepupu[7] Adik beradik Saad bin Abi Waqas
23 Abdullah bin Mas'ud Lelaki Tiada [1]
24 Mas'ud bin Rabiah Lelaki Tiada Orang kampung badwi
25 Sulait bin Amru Lelaki Tiada
26 Ayash bin Abi Rabiah Lelaki Saudara jauh[8]
27 Asma binti Salamah Perempuan Tiada Isteri Ayash bin Abi Rabiah
28 Khunais bin Khazafah Lelaki Tiada
29 Amir bin Rabiah Lelaki Tiada
30 Abdullah bin Jahsy Lelaki Sepupu
31 Abu Ahmad bin Jahsy Lelaki Sepupu Saudara Abdullah bin Jahsy
32 Jaafar bin Abi Talib Lelaki Sepupu
33 Asma binti Umais Perempuan Isteri sepupu Isteri Jaafar bin Abi Talib
34 Hatib bin Al-Haris Lelaki Tiada
35 Fatimah binti Al-Mujalal Perempuan Tiada Isteri Hatib bin Al-Haris
36 Khitab bin Al-Haris Lelaki Tiada Saudara Hatib bin Al-Haris
37 Fukaihah binti Yassar Perempuan Tiada Isteri Khitab bin Al-Haris
38 Muammar bin Al-Haris Lelaki Tiada Saudara Hatib bin Al-Haris
39 Al-Saib bin Uthman bin Maz'un Lelaki Tiada
40 Al-Mutalib bin Azhar Lelaki Tiada Keturunan Abd Auf Al-Zuhri
41 Ramlah binti Abi Auf Perempuan Tiada Isteri Al-Mutalib bin Azhar
42 Nuaim bin Abdullah Lelaki Tiada
43 Amir bin Fuhairah Lelaki Tiada Hamba Abu Bakar Al-Siddiq
44 Khalid bin Said Lelaki Saudara jauh[13]
45 Aminah binti Khalaf Perempuan Tiada Isteri Khalid bin Said
46 Hatib bin Amru Lelaki Tiada
47 Abu Huzaifah bin Utbah Lelaki Saudara jauh[13]
48 Waqid bin Abdullah Lelaki Tiada
49 Khalid bin Al-Bakir Lelaki Tiada
50 Amir bin Al-Bakir Lelaki Tiada
51 Aqil bin Al-Bakir Lelaki Tiada
52 Iyas bin Al-Bakir Lelaki Tiada
53 Ammar bin Yasir Lelaki Tiada
54 Yasir bin Amir Lelaki Tiada Bapa Ammar bin Yasir
55 Sumayyah binti Khayyat Perempuan Tiada Ibu Ammar bin Yasir
56 Suhaib bin Sinan Lelaki Tiada
57 Jundub bin Junadah Bani Ghifar Lelaki Tiada Abu Zar
58 Amru bin Abasah Bani Sulaim Lelaki Tiada
59 Umar bin Al-Khattab Bani Adi (Quraisy) Lelaki Tiada Abu Hafs
60 Salma binti Sakhar Bani Taim (Quraisy) Perempuan Tiada Ummulkhair Ibu Abu Bakar Al-Siddiq
61 Bilal bin Rabah Lelaki [1]
62 Barakah Al-Habsyi Perempuan Pengasuh Nabi Ummu Aiman Isteri Zaid bin Harithah

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Rujukan dan nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri (2014). Al-Raheeq Al-Makhtum. Diterjemahkan oleh Mohd Darus Senawi Ali. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar. m/s. 83.
  2. ^ Zawawi Yusoff; Fakhrul Adabi Abdul Kadir (2013). "Konsep Pembesar dalam Islam sebagai Sasaran Dakwah". Jurnal Usuluddin (Julai – Disember 2013). 38: 117–145.
  3. ^ Haji Ishak Abbas (1988). Qamus Al-Jadid (Arab-Melayu). Kuala Lumpur: Penerbitan Seri Kota. m/s. 116.
  4. ^ Haji Ishak Abbas (1988). Qamus Al-Jadid (Arab-Melayu). Kuala Lumpur: Penerbitan Seri Kota. m/s. 40.
  5. ^ Kesayangan Rasulullah
  6. ^ Penolong Rasulullah
  7. ^ a b Ayahnya sepupu kepada bonda Nabi, Aminah binti Wahab
  8. ^ a b Salasilah keluarga bertemu di Murah bin Kilab
  9. ^ Syahid yang hidup
  10. ^ Datuk keempat kedua-dua mereka ialah Zuhrah bin Kilab
  11. ^ Salasilah keluarga bertemu di Fahr bin Malik
  12. ^ Orang dipercayai Umah (Rujukan: Al-Mubarakpuri)
  13. ^ a b c Salasilah keluarga bertemu di Abdu Manaf bin Qusai
  14. ^ a b Salasilah keluarga bertemu di Kaab bin Luai

Bacaan lain

[sunting | sunting sumber]