Pengawal Praetoria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Pengawal Praetoria (Latin: Prætoriani) ialah sebuah pasukan pengawal peribadi yang digunakan oleh para maharaja Rom. Gelaran ini telah digunakan di Republik Rom bagi merujuk pada pengawal kepada para jeneral Rom,sekurang-kurangnya sejak kebangkitan keluarga berpengaruh Scipio sekitar tahun 275 SM. Pasukan pengawal ini dibubarkan oleh Maharaja Constantine I pada kurun ke-4.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Istilah Praetoria berasal daripada khemah jeneral memerintah atau praetor pasukan Tentera Darat Rom di medan perang— praetorium. Mereka terdiri daripada tentera elit yang berasal dari Itali (warganegara Rom dan Latin). Kadangkala maharaja menggaji sejumlah kecil pasukan pengawal peribadi yang berasingan yang berlainan bagi menandingi Pengawal Praetoria [1]. Merupakan satu kebiasaan bagi para jeneral Rom untuk memilih pasukan tentera peribadi untuk berfungsi sebagai pengawal khemah atau individu. Mereka terdiri daripada tentera infantri dan kavalri. Pada masa itu, pasukan cohort dikenali sebagai cohors praetoria, dan ramai tokoh-tokoh ternama memilikinya termasuk Julius Caesar, Mark Antony dan Augustus (Octavian). Caesar dan Legio X Equestris sedar bahawa sebuah unit yang berkuasa lebih berbahaya daripada tentera legion di medan perang. Apabila Augustus menjadi pemerintah pertama di Empayar Rom pada tahun 27 SM, beliau memutuskan formasi sebegini berguna bukan sahaja di medan perang tetapi di arena politik. Maka, beliau menubuhkan Pengawal Praetoria dengan merekrut askar-askar daripada pasukan legion. Pengawal Praetoria ialah satu-satunya pasukan tentera bersenjata yang dibenarkan beroperasi di selatan sungai Rubicon, sebatang sungai yang menandakan sempadan utara Itali [perlu rujukan]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Julius Caesar dan Octavian Augustus yang menyusulinya telah memasukkan unit Basque sebagai pengawal peribadi terdekat sepertimana yang dimulakan oleh Sertorius. Kemudiannya, Tiberius dan Caligula bergantung pada orang Jerman pula.

Rujukan[sunting | sunting sumber]