Penguasa Pembangunan Media

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Penguasa Pembangunan Media
ڤڠواس ڤمباڠونن ميديا
Mda Intl ID RGB.jpg
Gambaran keseluruhan
Dibentuk2003
Agensi-agensi terdahulu
  • Penguasa Penyiaran Singapura
  • Jabatan Filem dan Penerbitan
  • Suruhanjaya Filem Singapura
Di bawah bidang kuasaPemerintah Singapura
Eksekutif agensi
  • Niam Chiang Meng, Pengerusi
  • Gabriel Lim, Ketua pegawai eksekutif
Agensi indukKementerian Perhubungan dan Penerangan
Tapak webhttp://www.mda.gov.sg

Penguasa Pembangunan Media (Kependekan: MDA; Inggeris: Media Development Authority; Cina ringkas: 媒体发展管理局) merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Badan berkanun ini dibentuk pada 1 Januari 2003 dengan penggabungan Penguasa Penyiaran Singapura (SBA), Jabatan Filem dan Penerbitan (FPD) dan Suruhanjaya Filem Singapura. Satu cetakan biru ini yang dipanggil sebagai 'Media 21' telah dibuat dan kemudiannya disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Ekonomi 2002 (dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Lee Hsien Loong) sebagai sebahagian daripada Strategi Pembangunan Industri Kreatif untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi kreatif Singapura.

Pada 18 Januari 2016, Kementerian Perhubungan dan Penerangan mengumumkan kedua-dua badan ini dan Penguasa Pembangunan Infokom Singapura akan menjalani penyusunan semula kepada dua badan baharu iaitu Penguasa Pembangunan Infokom Media dan Pertubuhan Teknologi Pemerintah pada penggal akhir tahun 2016.[1]

Peranan[sunting | sunting sumber]

MDA berperanan dalam mempromosikan dan mengawal atur sektor media di Singapura. Fungsi MDA juga adalah untuk mengembangkan industri media merangsang peluang pekerjaan, memupuk dan menarik pelaburan, serta menetapkan piawaian yang meletakkan asas untuk membina masyarakat yang bersatu padu dan inklusif.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "IDA, MDA to be restructured to capitalise on converging media and ICT landscape". Channel NewsAsia. Dicapai 23 Januari 2016. 
  2. ^ "MDA "About" Page". Dicapai 29 April 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]