Penimbangan jiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malaikat Mikail dalam agama Kristian lazimnya digambarkan memegang neraca untuk menimbang jiwa manusia pada Hari Pengadilan.

Penimbangan jiwa ialah motif keagamaan yang mana hidup seseorang dinilai dengan menimbang jiwa mereka (atau bahagian lain mereka) sejurus sebelum atau selepas mati untuk menentukan nasib mereka.[1] Motif ini paling biasa dilihat dalam agama Kristian zaman pertengahan.[1]

Agama Mesir Purba[sunting | sunting sumber]

Di Mesir, konsep pengadilan selepas mati untuk menentukan nasib si mati kali pertama dilihat semasa zaman Kerajaan Lama sekitar 2400 SM. Mula-mulanya, Teks Keranda dari zaman Kerajaan Pertengahan (2160-1580 SM) membayangkannya sebagai proses penimbangan. Gambarannya yang paling terkenal, dengan jantung si mati ditimbang pada neraca dengan bulu pelepah, terdapat dalam Kitab Orang Mati dari zaman Kerajaan Baharu (1580-1090 SM).[1]

Penimbangan Jantung akan berlaku di Duat (alam ghaib), yang mana orang mati dihakimi oleh Anubis, menggunakan bulu pelepah yang mewakili Maat, dewi kebenaran dan keadilan yang bertanggungjawab menjaga aturan alam semesta. Jantung merupakan tempat roh kehidupan tinggal (ka). Jantung yang lebih berat daripada bulu Maat akan dibuang dan dimakan oleh Ammit, raksasa pembaham jiwa.

Dalam budaya Yunani Purba[sunting | sunting sumber]

Penimbangan jiwa dipanggil psikhostasia dalam bahasa Yunani dan konsepnya mempunyai variasi dalam budaya Yunani.[2] Ketika Akhilleus bertanding dengan Hector dalam Iliad,[3] Zeus yang letih dengan pertempuran mereka mengangkat neraca emasnya dan meletakkan Keres kembar di dalamnya, "dua bahagian takdir kematian"; ini dipanggil kerostasia.[4][1] Ploutarkhos mencatatkan bahawa Aiskhilos, pelopor drama tragedi Yunani, pernah menulis drama yang bertajuk Psikhostasia, tetapi dua pahlawannya Akhilleus dan Memnon.[5] Cerita ini banyak digambarkan oleh pelukis-pelukis tembikar. Satu lukisan awal ditemui pada jag minyak yang berwarna hitam, kini di Muzium British;[6] Jane Ellen Harrison menyatakan, "Keres atau ψυχαί (Bahasa Yunani Kuno: psikhai) digambarkan sebagai lelaki-lelaki kecil; yang ditimbang ialah hidup dan bukannya nasib. Jadi pengertiannya berubah." Dalam satu lukisan psikostasia pada tembikar merah Athens, dari sekitar 460 SM yang kini di Louvre, nasib Achilles dan Memnon ditimbang dengan neraca yang dipegang oleh Hermes.[7] Penulis-penulis Yunani terkemudian menceritakan bahawa psikostasia hanya boleh dilakukan oleh Minos, hakim orang-orang yang baru meninggal dunia dan berada di alam Hades.

Agama Kristian[sunting | sunting sumber]

Pengadilan Terakhir (1470), Malaikat Mikail memisahkan golongan yang baik daripada yang terkutuk sementara syaitan cuba membawanya lari.[8]

Gambaran pertama yang diketahui mengenai penimbangan jiwa secara literal dalam agama Kristian adalah daripada lukisan Perjanjian Abraham, abad ke-2.[1]

Malaikat Mikaillah yang paling biasa ditunjukkan menimbang jiwa manusia dengan neraca pada Hari Pengadilan.[8] Penggambaran ini mula muncul dalam agama Kristian awal tetapi tidak disebut dalam Alkitab.[8]

Syaitan sering digambarkan cuba mengganggu keseimbangan neraca tersebut.[1]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Dalam kepustakaan orang Mandae, Abatur, makhluk seperti malaikat, mempunyai tanggungjawab menimbang jiwa si mati untuk menentukan kemurnian mereka, dengan menggunakan neraca.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Brandon 1969.
  2. ^ Jane Ellen Harrison, Prolegomena to the Study of Greek Religion (1922), m/s 183f;
  3. ^ Iliad, XXII.208-213.
  4. ^ J.V. Morrison, "Kerostasia, the Dictates of Fate, and the Will of Zeus in the Iliad" Arethusa 30.2, Spring 1997, pp. 276-296.
  5. ^ Harrison 1922, p. 183; Harrison reports that according to the Onomasticon of Pollux (iv 130), Zeus and his attendants were suspended above the action in a crane.
  6. ^ BM B639, lukisan garisan ialah rajah oleh Harrison. 26, hlm.184
  7. ^ Musée du Louvre G399, Beazley Archive.
  8. ^ a b c Hopler, Whitney. "Archangel Michael Weighing Souls". Learn Religions (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 7, 2019.
  9. ^ Matthew Bunson, Angels A to Z (New York:Crown), 1996.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]