Akhilleus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Akhilleus (Bahasa Yunani: Ἀχιλλεύς, nama dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris: Achilles) adalah seorang pahlawan dalam mitologi Yunani yang masyhur terlibat dalam Perang Trojan, bahkan juga sebagai watak utama yang diceritakan dalam hikayat Iliad karya Homeros.

Penceritaan[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Akhilleus adalah anak kepada Thetis dan Peleus, raja Myrmidones. Zeus dan Poseidon sebelumnya berlumba-lumba mendapatkan izn Thetis sehingga Prometheus, pemikir utama, memperingatkan Zeus tentang suatu ramalan (yang pernah dkatakan Themis, dewi penghakiman kayangan) bahawa Thetis akan menanggung seorang anak yang lebih besar dari bapanya. Atas sebab ini, kedua tuhan menarik diri dari pengejaran mereka, dan telah mempersembahkannya Peleus.[1]

Menurut hikayat Achilleid ditulis Statius pada abad ke-1 Masihi serta sumber-sumber yang hilang, ketika Achilles dilahirkan Thetis cuba menjadikannya Akhilleus abadi sebaik sahaja dilahirkan dengan memandikan badannya di sungai Styx.[2] Akhilleus dipegang pada tumit kirinya semasa direndamkan dalam sungai ini - bahagian inilah yang menjadikannya sangat terdedah [3] Dalam suatu versi lain cerita ini, Thetis mengurapkan anaknya dengan ambrosia serta meletakkannya di atas api untuk membakar bahagian tubuh badan yang fana; namun mereka diganggu oleh Peleus sehinffa Thetis meninggalkan kedua anak-beranak itu dalam keadaan marah. [4]

Peleus mengamanahkan seekor sentora bernama Chiron dari Gunung Pelion untuk menjaga Akhilleus.[5] Sementara itu, Thetis meramalkan bahawa Akhilleus ada dua nasib iaitu sama ada anaknya itu akan mati muda tapi mulia atau menjalani kehidupan yang panjang tetapi tidak begitu menyohor. Homeros pula ada mencatat bahawa Akhilleus dibesarkan di Phthia bersama teman rapatnya Patroklos.[6]

Dalam Perang Troy dan terkorbannya dia[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak catatan berpincang dan berbezamengenai bagaimana Akhilleus meninggal, antaranya:[7]

  • Catatan yang terkenal dan tertua diceritakan dalam Iliad di mana tumit Akhilleus dipanah Paris, ada yang mengatakan Paris diiringi dewa Apollo. Kejadian ini turut diabadikan di mana titik lemah yang membunuh Akhilleus menjadi gambaran kepada sebarang kelemahan secara umum misalnya simpulan bahasa Inggeris Achilles' heel ("tumit Akhilleus").[8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aeschylus, Prometheus Bound 755–768; Pindar, Nemean 5.34–37, Isthmian 8.26–47; Pseudo-Apollodorus, Bibliotheca 3.13.5; Poeticon astronomicon 2.15.
  2. ^ Statius, Achilleid 1.269; Hyginus, Fabulae 107.
  3. ^ Jonathan S. Burgess (2009). The Death and Afterlife of Achilles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. m/s. 9. ISBN 978-0-8018-9029-1. Dicapai 5 February 2010. 
  4. ^ Apollonius of Rhodes, Argonautica 4.869–879.
  5. ^ Hesiod, Catalogue of Women, fr. 204.87–89 MW; Iliad 11.830–832.
  6. ^ Achilles. Brill's New Pauly. Brill Reference Online. doi:10.1163/1574-9347_bnp_e102220. 
  7. ^ Abrantes 2016: c. 4.3.1
  8. ^ "'Achilles' heel' - Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 26 September 2019. 
  9. ^ "The meaning and origin of the expression: Achilles' heel". The Phrase Finder. Dicapai 26 September 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]