Penuaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Penuaan (ڤنواٴن) ialah proses menjadi lebih tua. Istilah ini mengacu terutamanya kepada manusia, banyak binatang, dan kulat, sedangkan bakteria, tanaman saka dan beberapa jenis haiwan ringkas, berpotensi untuk menjadi abadi. Dalam erti kata yang lebih luas, penuaan dapat merujuk kepada sel-sel tunggal dalam sesuatu organisma yang telah tidak lagi melakukan proses pembahagian (ketuaan sel) atau kepada populasi suatu spesies (penuaan penduduk).